24/05/2021
Jika saya sudah mempunyai insurans hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?
Insurans hayat perlu dimiliki kerana dapat menolong menstabilkan situasi kewangan apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kematian. Walaupun begitu, perlindungan insurans hayat agak terhad dalam menampung kos perubatan.
Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, kad perubatan kini sudah menjadi suatu keperluan. Dengan adanya kad perubatan, anda dapat membuat tuntutan untuk kos-kos seperti penginapan hospital, rawatan, pembedahan, dan rawatan susulan.