24/08/2025
Ramai di antara kita terbeban dengan hutang & kesempitan rezeki.
Tahukah anda, Nabi ﷺ pernah ajar doa khusus sebelum tidur untuk minta Allah lunaskan hutang & cukupkan rezeki? 🤲
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الحَبِّ وَالنَّوَى، مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ، وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
“Ya Allah, Tuhan langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu, yang membelah biji dan benih, yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkau Yang Awal, tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkau Yang Akhir, tiada sesuatu selepas-Mu. Engkau Yang Zahir, tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau Yang Batin, tiada sesuatu di bawah-Mu. Lunaskanlah hutang kami, dan kurniakanlah kekayaan (kecukupan) sehingga kami terlepas dari kefakiran.”
(HR al-Bukhari (832) & Muslim (2710))
🌙 Bacalah doa ini sebelum tidur setiap malam dengan hati penuh yakin & tawakkal.
Semoga Allah melapangkan rezeki, memudahkan hutang, dan memberi kita ketenangan jiwa.