18/11/2021
13 Rabiul Akhir 1443H - Coretan Pertengahan Dhuha Yang Menyingkap Resa, Tidak Lama Lagi Zuhur akan menjelma membuka ruang Rasa.
Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar
Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim
Pernah seorang pesakit datang berjumpa ambo, katanya dia ada masalah Gout yang lama, macam2 dah usaha tetapi masih belum nampak kesannya, lebih teruk lagi ada.
Ambo tanya apa yang telah dia usahakan, katanya kawalan diet, beberapa preskripsi herba dan berbekam. Katanya dah istiqamah selama 3 tahun.
Alhamdulillah, ambo ucapkan tahniah atas usahanya itu, selepas itu ambo minta nak pegang tangannya, kesan refleks nadinya berasaskan Teknik AKS RAM. Kemudian bertanya pelbagai sejarah kehidupan, sejarah kesihatan(gejala/penyakit), sejarah rawatan, sejarah pekerjaan, sejarah keluarga dan pelbagai soalan tentang gaya hidup seharian dari bangun tidur hingga ke tidur kembali dan apa2 yang dia perasaan dalam tidurnya seperti kekerapan buang air kecil malam serta kondisi tidurnya.
Dari dapatan ini, berasaskan Model RAM, ambo teliti dan menceritakan beberapa perkara asas tentang keseimbangan ROH-HAYAT-JASAD yang perlu dia usahakan secara peringkat demi peringkat untuk mencari kembali keseimbangan kehidupan dan kesihatan. Hampir 1 jam ambo ambil masa jelaskan satu per satu, soal usaha pembetulan keyakinan, soal hubungan dengan orang sekelilingnya, soal pemakanan, soal amalan2 khusus yang perlu diusahakan(Solat, Zikir, Selawat dll) dan akhir sekali beberapa terapi alami (herba, mandian dan bekam) yang beliau perlu usahakan dalam beberapa bulan.
Alhamdulillah, beliau mula faham dan beriya2 menyatakan akan mengusahakannya. Maka ambo susun jadual Rundingcara Bersemuka secara berkala setiap 3 minggu sekali untuk memantau akan usahanya itu. Syukur, dalam 2 bulan sudah mula nampak hasilnya, serangan Goutnya telah mula berkurangan, malah sepanjang tempoh 2 bulan rawatan itu tiada lansung serangan teruk walaupun tersalah makan.
Kini, telah hampir 18 bulan usaha beliau, Alhamdulillah, nampak Goutnya telah boleh dikatakan hilang sepenuhnya, juga kesihatan lain2 juga sudah hampir tiada lagi mengganggunya. Ujian darahnya yang terkini menunjuk keputusan yang sangat baik.
Inilah sebahagian daripada pengalaman ambo bersama2 dengan pesakit, ramai yang mesej/telefon ambo akhir2 ini bertanya apa ubat Gout atau apa2 penyakit, maka amat susah untuk ambo jawab apa ubatnya. Cara yang mungkin boleh bantu atau cadangkan adalah melalui Rundingcara Bersemuka dan Analisa Ketidakseimbangan(AKS).
Moga2 catatan ini memberikan sedikit gambaran asas tentang apa yang dimaksudkan pendekatan RAWATAN ALAMI MELAYU (RAM).
Bagi yang masih Sihat, berusahalah kekal sihat dengan usaha yang menyeluruh meliputi aspek ROH, HAYAT & JASAD. Wallahua'lam.
Norhissam Mustafa
ATMeDIK/SiHAT2U/PuRNAMA/PeNCETUS