20/02/2021
Kenyataan Akhbar KPK 20 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,782 kes (244,753 kes kumulatif, 87.3%);
• Kes baharu : 2,461 kes (280,272 kes kumulatif);
• Kes import : Tiada
• Kes tempatan : 2,461 kes [1,589 warganegara (64.6%); 872 bukan warganegara (35.4%)];
• Kes aktif : 34,468 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 207 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
• Kes kematian : 8 kes (1,051 kes kumulatif, 0.37%).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).
Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan p**a adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes), Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di:
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 20 FEBRUARI 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20…