Pergigian Batu Pahat

Pergigian Batu Pahat Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat

30/04/2026
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 🇲🇾
HARI PEKERJA | 1 MEI 2026 🛠️🩺

"Pekerja KESUMA Bangsa"
Hari ini merupakan satu penghormatan buat seluruh warga kerja di Malaysia, khususnya para petugas kesihatan termasuk kesihatan pergigian yang sentiasa komited dalam mencurahkan bakti demi kesejahteraan rakyat. Segala penat lelah, keringat, dan dedikasi anda adalah tunjang kepada kemajuan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pekerja di luar sana yang terus berbakti dengan penuh integriti dan dedikasi. Anda adalah nadi pembangunan negara!

Ikhlas daripada:
Warga Kerja Bahagian Kesihatan Pergigian,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Sekalung tahniah diucapkan kepada PPP Shahizan bin Ishek atas kejayaan merangkul Naib Johan Qari bagi Majlis Tilawah Al-...
29/04/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada PPP Shahizan bin Ishek atas kejayaan merangkul Naib Johan Qari bagi Majlis Tilawah Al-Quran JKNJ Peringkat Daerah Batu Pahat pada hari ni. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta diberkati Allah SWT dalam setiap usaha dan perjuangan yang mendatang.

27/04/2026

Cuaca Panas Melampau? Jangan Biarkan Mulut Anda 'Kehausan'! ☀️🌡️
Sedar atau tidak, cuaca panas bukan sahaja memberi kesan kepada badan, malah kesihatan mulut kita juga terancam.

Apabila suhu meningkat, badan mudah terhidrasi, menyebabkan kurangnya penghasilan air liur (mulut kering).

Kenapa Mulut Kering Bahaya?
• 🦷 Karies Gigi: Air liur berfungsi meneutralkan asid; tanpanya, gigi mudah berlubang.
• 👄 Nafas Berbau: Bakteria lebih cepat membiak dalam keadaan mulut kering.
• 🩸 Masalah Gusi: Mulut yang kering memudahkan jangkitan dan keradangan gusi.

Langkah Pencegahan:
1. Minum air kosong secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
2. Elakkan minuman berkafein dan tinggi gula secara berlebihan.
3. Gunakan ubat gigi berfluorida.
Jaga diri, jaga senyuman anda!

Oleh Dr Nur Aishah binti Rosman
KP Tongkang Pechah

Katakan tidak pada va**ng...Katakan tidak pada rokok...
27/04/2026

Katakan tidak pada va**ng...
Katakan tidak pada rokok...

[POSTER INFOGRAFIK]

Ramai yang menganggap va**ng lebih "selamat," namun realitinya ia membawa ancaman senyap kepada kesihatan mulut kita.

Selain membahayakan paru-paru, asap v**e juga "menyerang" kawasan mulut anda. Dari nafas berbau hingga risiko kanser, jangan biarkan tabiat ini merosakkan masa depan anda.

🚫 Berhenti Sebelum Terlambat.

Tag rakan anda untuk saling mengingati! 👇
Jangan tunggu sehingga kerosakan menjadi kekal.
Berhenti sebelum terlambat. Sayangi diri, sayangi senyuman anda.



Oleh Dr Tan Hui Juan
KP Batu Pahat.

18/04/2026

Terima kasih atas peruntukan bagi pembinaan blok baharu Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Sri Gading dan Klinik Kesihatan Parit Yaani, serta penambahan sebuah bilik rawatan pergigian di Klinik Kesihatan Tongkang Pechah. Selain itu, pihak kami juga berbesar hati atas peruntukan bagi penggantian tiga (3) unit kerusi pergigian yang telah uzur. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan pergigian. Diharapkan peruntukan ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian serta memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat.

17/04/2026
15/04/2026

Podcast Gerobok Senyum Ep 15

“Google kata tak serious… tapi kenapa sakit makin menjadi?” 🦷😬

Zaman sekarang semua benda hujung jari… sakit gigi pun ramai terus tanya Google dulu 👀
Tapi betul ke semua info tu tepat? Atau kita sebenarnya tengah ambil risiko dengan kesihatan sendiri?

Jom join podcast live kita:
“Klinik Google vs Klinik Gigi: Mana Pilihan Saya?”

Dalam sesi santai ni, kita akan bongkar:
🦷 Macam mana media sosial mempengaruhi cara kita jaga kesihatan gigi
🦷 Mitos & tips viral yang nampak legit… tapi sebenarnya bahaya
🦷 Bila boleh percaya Google, dan bila wajib jumpa doktor gigi

🎙 Penceramah:
Dr Suhaila binti Mat Said
Pakar Pergigian Pra-warta (Kesihatan Awam Pergigian)
Pejabat Pergigian Daerah Pontian.

👩‍⚕️ Pengacara:
Dr Liyana & Dr Azim

📅 16 April 2026
⏰ 10:00 pagi
📍 Siaran Langsung di TikTok Pergigian

Kalau korang pernah self-diagnose sebelum pergi klinik… this is your sign to join 👀

📲 Set reminder dan sertai kami secara LIVE!






)

Mari kita ketahui gejala penyakit gusi dan cara-cara mengelakkan penyakit ini daripada berlanjutan.
15/04/2026

Mari kita ketahui gejala penyakit gusi dan cara-cara mengelakkan penyakit ini daripada berlanjutan.

[POSTER INFOGRAFIK]

Gusi berdarah ? Nafas berbau ? Gusi bengkak ?
Mungkin anda mempunyai penyakit gusi. Jangan bertangguh untuk membuat janji temu di aplikasi MySejahtera untuk pemeriksaan kesihatan pergigian.

Hal ini kerana penyakit gusi yang tidak dirawat akan berlarutan dan menyebabkan penyakit periodontitis di mana gigi anda mula goyang.
Sila buat janji temu segera.

Gusi sihat, gigi sihat, senyuman ceria ~

Oleh Dr Ng May Wei
Klinik Pergigian Rengit

09/04/2026

[POSTER INFOGRAFIK]

Kemalangan melibatkan gigi anda boleh berlaku bila-bila masa tetapi tindakan awal yang betul boleh menyelamatkan gigi tersebut.

Minit pertama selepas trauma adalah sangat penting untuk kecederaan gigi tercabut.

Mari kita lihat info ini sebagai rujukan kecemasan untuk meningkatkan peluang rawatan berjaya dan mengurangkan komplikasi jangka panjang.

Simpan info ini sebagai rujukan kecemasan dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan — semoga bermanfaat saat diperlukan.

Oleh Dr Aina Aqilah binti Abdul Razak
Klinik Pergigian Ayer Hitam.

Address

Jalan Kluang
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074341619

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share