30/11/2025
๐Kesan Pada Kulit selepas berbekam
Hasil diagnosis daripada bekam dapat dilihat daripada warna pigmen kulit setelah pembekaman dilakukan. Dalam buku โCanon of Internal Medicineโ menyatakan, โKeadaan organ dalaman dapat diketahui dengan cara memerhatikan gejala-gejala luaran dan tanda-tanda fizikal, sehingga penyakit dapat didiagnosisโ.
โBekas bekam yang timbul berwarna merah cerah, biasanya ini menunjukkan peredaran darah yang baik.
โBekas bekam yang timbul berwarna merah gelap, ini memberi petunjuk keadaan lemak di dalam darah yang tinggi dan peredaran darah kurang baik.
โBekas bekam yang timbul berwarna ungu kegelapan atau hitam. Pada umumnya keadaan ini memberi petunjuk kekurangan pembekal darah dan pembuluh darah tidak lancar yang disertai bersama-sama darah beku, peredaran darah sangat lemah.
โBekas bekam yang timbul dilihat berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tahap warna yang berbeza darah beku, darah bertoksin yang tersekat.
โBekas bekam yang timbul berwarna ungu akan disertai dengan plaque (bercak-bercak), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan atau kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.
Adanya lepuhan/lecur pada bekas bekam (blister), menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada lepuhan merupakan reaksi gas panas toksin.
โBekas bekam yang muncul berwarna agak pucat atau putih dan tidak hangat ketika disentuh, ini memberi petunjuk terjadinya sejuk (cold).
Begitu juga, sekiranya muncul wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, ini menandakan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.