Jabatan KEMAS P192 Mas Gading

Jabatan KEMAS P192 Mas Gading "PENGGERAK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR"

30/03/2026

πŸ’§ π‰πšππ’π€πšπ§ 𝐀𝐒𝐫 𝐊𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐒𝐀 𝐊𝐒𝐭𝐚!

Hampa semua cukup minum air dah ka hari ni? πŸ‘€...Jangan tunggu haus baru nak minum naaβ€¦πŸ’¦

Badan kita perlukan air dari pagi sampai malam!
πŸ“ŒIkut jadual ni, insyaAllah:
βœ…οΈ Badan segar
βœ…οΈ Otak cergas
βœ…οΈ Kurang risiko dehidrasi

πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘§πŸ» Anak-anak pun kena biasakan dari kecil! πŸ’§ Air kosong tu simple… tapi power! πŸ’™


Selamat kembali ke sekolah!Selamat kembali ke sekolah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal pertama. Semoga...
29/03/2026

Selamat kembali ke sekolah!

Selamat kembali ke sekolah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal pertama.

Semoga semua murid hadir dengan semangat baharu, ceria, dan lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

Gunakan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh, hormati guru, dan eratkan persahabatan sesama rakan.

Semoga segala usaha kita diberkati dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Selamat belajar dan teruskan berusaha demi masa depan yang gemilang! βœ¨πŸ“š

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Mas Gading.

🌞 Musim panas bukan alasan untuk abaikan kesihatan!Cuaca panas boleh memberi kesan kepada tubuh jika kita tidak menjaga ...
26/03/2026

🌞 Musim panas bukan alasan untuk abaikan kesihatan!

Cuaca panas boleh memberi kesan kepada tubuh jika kita tidak menjaga diri dengan baik. Jom bersama KEMAS kekal sihat dengan langkah mudah tetapi berkesan:

πŸ’§ Utamakan minum air kosong secukupnya
🚫 Elakkan minuman berkafein dan terlalu manis
🏑 Kekal aktif dengan aktiviti ringan di dalam rumah
🌬️ Pastikan aliran udara yang baik untuk keselesaan
πŸ‘• Pilih pakaian nipis dan longgar
β˜‚οΈ Gunakan payung apabila berada di luar

Kesihatan diri adalah tanggungjawab bersama. Lindungi diri, lindungi keluarga πŸ’™

26/03/2026

Rumah masih panas walaupun malam dah turun?

Sepanjang siang, lantai, jubin, simen porch dan balkoni serap panas diam-diam.
Bila malam, semua haba itu dilepaskan balik perlahan-lahan ke dalam rumah.

Sebab itu ada rumah yang kipas dah pusing laju pun tetap rasa melekit, bahang, susah tidur, badan cepat rimas.

Satu trik mudah yang ramai tak buat ialah mop lantai lewat petang atau awal malam.
Bukan mop sebab nak bersih semata-mata.
Tapi sebab kita nak turunkan suhu pada permukaan yang simpan haba sejak tengah hari.

Kalau ada porch atau balkoni yang kena matahari, basahkan sekali.
Kadang-kadang bukan ruang tamu yang β€œpanas”.
Puncanya bermula dari permukaan rumah yang tak sempat lepaskan haba.

Nampak macam benda kecil.
Tapi bila permukaan rumah kurang panas, bahang dalam rumah pun mula turun.
Malam rasa lain.
Tidur pun lebih selesa.

Lepas ni cuba tengok.
Rumah anda panas sebab cuaca semata-mata.
Atau sebab lantai rumah tengah β€œmembakar” perlahan-lahan sampai ke malam?

Terima kasih atas jemputan yang diberikan kepada pihak KEMAS Bau/Lundu sempena Sambutan Hari Polis ke-219. Kehadiran dar...
26/03/2026

Terima kasih atas jemputan yang diberikan kepada pihak KEMAS Bau/Lundu sempena Sambutan Hari Polis ke-219.

Kehadiran dari pihak kami iaitu Puan Jeswin Liew Pegawai KEMAS Daerah amat berbesar hati dan menghargai layanan yang diberikan sepanjang majlis berlangsung.

Semoga Polis Diraja Malaysia terus cemerlang dalam menjalankan amanah menjaga keamanan serta kesejahteraan masyarakat.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Mas Gading.

26/03/2026
25/03/2026

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

24/03/2026

Aidilfitri mengajar kita erti silaturahim yang sebenar.

Ketika berziarah,
βœ” Hormati tuan rumah
βœ” Jaga tutur kata
βœ” Hargai layanan yang diberikan

Adab yang baik mencerminkan keindahan budaya masyarakat kita. Semoga kunjungan Aidilfitri membawa kegembiraan kepada semua.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











24/03/2026
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Maaf zahir dan batin atas segala khilaf dan salah.

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Hati yang bersih, jiwa yang tenang,
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya.

Selamat menyambut Hari Raya 1447H/2026M! πŸŽ‰

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Mas Gading.

Address

D/A Pusat Sumber KEMAS Kampung Apar, Singai
Bau
94000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan KEMAS P192 Mas Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan KEMAS P192 Mas Gading:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram