19/03/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rentetan daripada pengumuman seperti kenyataan media rasmi berkenaan cuti tambahan pada tarikh esok iaitu 20 MAC 2026, Perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan seperti dibawah akan ditutup dan tidak beroperasi pada esok hari.
Perkhidmatan/Unit terlibat:
1. Jabatan Pesakit Luar
2. Makmal Pengambilan Darah
3. Unit X-Ray
4. Farmasi Pesakit Luar
Bagi pesakit yang telah diberikan tarikh janji temu pada tarikh tersebut, pesakit adalah dibenarkan untuk hadir semula pada mana-mana hari bekerja dalam minggu berikutnya.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk merancang lawatan ke fasiliti kesihatan dengan sewajarnya.
Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ๐ค๐