MADU QUAD Tualang Asli

MADU QUAD Tualang Asli Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MADU QUAD Tualang Asli, Medical and health, 77, Kampung Tersusun Sungai Ara, Bayan Lepas.

"MADU PALING UNGGUL HUTAN ALAM MELAYU"
Madu Lebah yang diambil dari gunung - gunung dan pokok-pokok adalah unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak kerana berhubungkait dengan habitat(sumber nektah) lebah- Kitab Thibb an-Nabawi

KAJIAN HUBUNGAN ANTARA MANFAAT MADU TUALANG DENGAN PENYAKIT KANSERKita dengar disana sini orang diuji dengan kanser. Tak...
21/08/2021

KAJIAN HUBUNGAN ANTARA MANFAAT MADU TUALANG DENGAN PENYAKIT KANSER

Kita dengar disana sini orang diuji dengan kanser.

Tak kurang juga mereka yang berisiko tinggi terkena kanser disebabkan faktor genetik, ditandai dengan adanya ahli keluarga terdekat yang pernah menderita penyakit barah itu.

Namun, berita baik bagi pengamal tegar sunnah Nabi ﷺ, ternyata dengan meminum madu setiap hari dapat mencegah kanser.

Hal ini cuba dibuktikan sendiri oleh para pakar dari Bahagian Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia dalam sebuah jurnal yang bertajuk, "Kesan anti-kanser pada Madu Tualang dalam modulasi barah payudara: Pengujian haiwan". Diterbitkan dalam BMC Complement Altern Med. pada tahun 2017.

Hasil kajian mendapati bahawa kesemua kump**an yang dirawat dengan Madu Tualang menunjukkan,

(1) insiden tumor yang lebih rendah dan tempoh pendam yang lebih tinggi daripada kump**an kontrol yang tidak dirawat.

(2) perkembangan kanser payudara dengan pembelahan, ukuran dan berat yang lebih rendah berbanding kump**an kontrol

(3) Beberapa luka payudara didapati benar-benar hilang pada akhir kajian.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti-oksidan, anti-tumor, anti-mutagenik, dan anti-proliferatif terhadap sel yang kuat dalam Madu Tualang.

Walaupun penyelidikan ini masih sebatas kajian makmal, dapat kita garis bawahi bahawa Madu Tualang boleh digunakan sebagai makanan yang selamat, mampu 'meredakan kanser' secara semulajadi atau sebagai terapi tambahan agen kimoterapeutik.

Secara tak langsung, kajian ini menolak dakwaan yang mengatakan gula semulajadi pada Madu dapat menyebabkan sel kanser semakin membesar.

Hal ini sejalan dengan hadith Sunan Ibnu Majah 1400 tahun lalu,

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من ل*ق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah ﷺ :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).

11/08/2021

SIHAT CARA NABI MUHAMMAD (ﷺ)

Lebih dari 1.400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ bahawa Madu dapat menyembuhkan manusia dari pelbagai macam penyakit. Madu digambarkan di dalam Al-Quran sebagai sumber penyembuhan:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl 68-69)

Dalam ayat lainnya, madu juga digambarkan sebagai salah satu makanan yang ada di syurga:

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Surah Muhammad, 15)

Berkenaan madu sebagai ubat untuk penyembuhan, terdapat beberapa hadith yang meriwayatkannya:

“Kesembuhan itu ada pada tiga hal, yaitu : dalam pisau pembekam, meminumkan madu, atau pengobatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas (kayy)”[1]

Dalam hadith lain madu secara spesifik disebutkan sebagai ubat untuk menyembuhkan sakit perut:

“Ada seseorang menghadap Nabi ﷺ, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluh sakit pada perutnya (dalam riwayat lainnya: sakit cirit birit).’

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya,

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga,

Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah cirit).’

Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’

Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.”[2]

________
CARA NABI MINUM MADU
_____________

Rasulullah ﷺ biasa minum madu setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong. [3]

Boleh juga mengulum di mulut hingga cair ketika bercampur dengan air liur. Madu mengandung fruktosa, lebih baik di dilute pada kepekatan rendah terlebih dahulu agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Kebiasaan Nabi minum madu di pagi hari ternyata berkaitan dengan soal pencernaan, iaitu mencegah penyakit gastritis yang sering dialami oleh masyarakat hari ini. Madu dapat melapisi dinding perut sehingga Nabi tidak terkena gastritis.

_____
MADU TERBAIK
__________

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, "Madu lebah.., yang dituai dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak, kerana berhubungkait dengan habitat (sumber nektar) lebah." [4]

Semoga pada hari sambutan Maulidurrasul 1442H ini kita dapat mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad Saw.

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya aku (Rasulullah ﷺ) diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” [5]

Rujukan:

[1] HR Al-Bukhari No. 5681/Fat-Hul Baari X/137. Lihat bab “Beberapa manfaat madu”

[2] HR. Al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731

[3] Ath-Thibbu Minal Kitab was Sunnah, karya Al-Allamah Muwaffaquddin Abdul Lathif Al-Baghdadi

[4] At-Thibbun Nabawi, Ibnu Qayyim Hal. 332

[5] Dishahihkan oleh Al-Bani dalam As Shahih nya No. 45

RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ISLAMI1. Penyelidik telah berjaya letak batu asas yang menghubungkait antara Madu Tualan...
17/07/2021

RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA ISLAMI

1. Penyelidik telah berjaya letak batu asas yang menghubungkait antara Madu Tualang secara langsung dengan masalah kesuburan.

2. Impotensi atau lemah syahwat adalah sejenis penyakit yang boleh membawa perceraian.

3. Berdasarkan statistik, 47% lelaki di atas umur 40 tahun mengalami masalah ED ini atau Erectile Dysfunction

4. Sebuah kajian RCT menunjukkan kesan pengambilan madu Tualang di kalangan lelaki oligos***mik (Jumlah s***ma sedikit) adalah sebanding dengan ubat Tribestan dalam meningkatkan kepekatan s***ma, pergerakan, dan morfologi. Penggunaan madu Tualang juga selamat tanpa kesan sampingan buruk yang dilaporkan. (Ismail SB, Bakar MB. et al. Comparison of the effect and safety of Tualang Honey and Tribestan in s***m parameter, erectile dysfunction, and hormonal properties among oligos***mik males, 2014)

(☝️ sudah ada yang kaji khasiat Tualang ni, saudara . Jangan fikir madu import saja ada penyelidikan Randomised Contral Trial (RCT) . Jangan ingat negara kaya saja yang kaji khasiat madu keluaran mereka ya.)

5. Fatwa ulama menyebutkan, jika suami IMPOTEN selama 1 tahun, isteri berhak mengajukan cerai . Ingat. Setahun saja masa. Namun yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

6. Kajian menunjukkan madu tualang mempunyai aktiviti antiradang, antioksidan, antitumor dan antidiabetis.

7. Kajian juga menunjukkan madu tualang mempunyai aktiviti ANTIKANSER yang signifikan khususnya terhadap sel kanser payudara setanding dengan ubatan moden.

8. Madu tualang mempunyai sifat ANTIBAKTERIA yang baik dan boleh digunakan untuk merawat luka.

9. Kajian klinikal menunjukkan madu tualang boleh TIINGKATKAN MEMORI

10. Patutlah nak tuai Madu Tualang ni susah. Harus panjat pokok Tualang setinggi 30-50 meter. Sesuailah dengan ketinggian khasiatnya.!

Ikhtiar berubat itu syari'at 👍

“FORMULA TERBARU, 100% DARI MADU QUAD TUALANG ASLI YG MAMPU TINGKATKAN KESIHATAN TUBUH ANDA 5X LEBIH BERKESAN DGN MENGAM...
25/06/2021

“FORMULA TERBARU, 100% DARI MADU QUAD TUALANG ASLI YG MAMPU TINGKATKAN KESIHATAN TUBUH ANDA 5X LEBIH BERKESAN DGN MENGAMALKAN MINUM 3 KALI SEHARI!”

MADU PALING KAYA ANTIOKSIDAN – Madu Tualang adalah madu yang paling kaya dengan antioksidan (senyawa-senyawa yang melindungi sel dari efek berbahaya radikal bebas oksigen reaktif jika berkaitan dengan penyakit) fenolik dan flavonoid berbanding madu Manuka dan madu tempatan lainnya, ( Kishore RK,2011)

"Setelah beliau meminum madu 3x sehari dalam waktu 1 bulan ini, Alhamdulillah badan semakin bertambah sihat & bertenaga”.

“Inilah 4 Alasan kenapa jika Anda membeli madu kami tidak rugi”

🐝100% Madu Tualang Asli dari Hutan Hujan Tropika Alam Melayu
🐝Kami mempunyai Team Pemburu Madu Tualang Asli
🐝Kilang Kami ada Sijil MeSTi yang dipantau oleh KKM
🐝Madu Tualang kami telah dibuat ujian ketulenan & mendapat kelulusan dari Tiga Makmal : Unipeq UKM, SGS & Genom Malaysia.

JAMINAN 100% MONEYBACK,sekiranya madu yang kami jual bukan madu asli.

Tunggu apa lagi??
Stok terhad, saya sarankan order sebelum kehabisan.

“ Siapa cepat dia dapat!”

“Hubungi No.contct di bawah ini untuk mendapatkan produk madu yang diinginkan”

www.wasap.my/60103233183/quadtualangemas

“MINUMLAH MADU KERANA MADU MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH”كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه الحلواء والعسل“Nabi (s.a.w) a...
23/06/2021

“MINUMLAH MADU KERANA MADU MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH”

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه الحلواء والعسل
“Nabi (s.a.w) amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu."

“MADU TUALANG DAPAT MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IMUN,” - (SARFRAZ AHMED, 2017).

"MADU YANG PALING KAYA ANTIOKSIDAN"-
(KISHORE RK,2011)

Kenapa perlu beli Madu Quad Tualang dengan kami?

🐝100% Madu Tualang Asli dari Hutan Hujan Tropika Alam Melayu

🐝Kami mempunyai Team Pemburu Madu Tualang Asli

🐝Kilang Kami ada Sijil MeSTi yang dipantau oleh KKM

🐝Madu Tualang kami telah dibuat ujian ketulenan & mendapat kelulusan dari Tiga Makmal : Unipeq UKM, SGS & Genom Malaysia.

🐝Jaminan 100% money back.

Berminat untuk merasai Madu Quad Tualang Asli 100% boleh wasap pada no yang tertera.

www.wasap.my/60103233183/quadtualangemas

Boleh kunjungi website kami, untuk info lebih lanjut :
https://quadtualangemas.weebly.com/

"TUAN, BETUL KE KENYATAAN ORANG YANG MENGATAKAN KELULUT LAGI BAIK DARI TUALANG?"____Mungkin yang dimaksudkan "lebih baik...
19/06/2021

"TUAN, BETUL KE KENYATAAN ORANG YANG MENGATAKAN KELULUT LAGI BAIK DARI TUALANG?"
____

Mungkin yang dimaksudkan "lebih baik" itu adalah kandungan antioksidan dalam madu.

Antioksidan ada beberapa indikator antara yang pop**ar adalah fenolik dan flavanoid.

Dalam madu kelulut, dikatakan kandungan fenoliknya lebih tinggi dari Tualang.

Namun dalam Tualang, kandungan flavanoid nya p**a lebih tinggi berbanding kelulut.

Dikatakan juga fenolik lebih mudah diserap kerana strukturnya yang lebih kecil. Namun, dalam flavanoid ada juga bahan penting bernama quercetin yang berfungsi menghambat pertumbuhan mRNA virus. Dalam kertas penyelidikan mutakhir, ia membantu atasi masalah osteoporosis atau kerapuhan Tulang pada wanita menopause.

Jika dilihat pada level of heavy metals (pencemaran logam) dalam madu, Tualang akan jauh lebih rendah berbanding kelulut kerana faktor habitat lebah Tualang dan persekitaran hutan dalam "deep forest" yang bebas dari pencemaran.

Selain itu, kajian-kajian di journal perubatan tempatan dan antarabangsa lebih banyak menjurus secara langsung ke Tualang berbanding kelulut.

Kesimp**annya, jika madu asli, Insyaallah banyak manfaatnya.

Kita tidak akan mengomentari madu itu ini baik atau tidak baik, cumanya kami berpegang pada pendapat Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawinya bahawa, "Madu dari gunung dan pokok lebih baik dari madu ternak kerana perbezaan nektar/habitat lebah". Sehingga untuk tujuan pengubatan, madu Tualang amat sesuai.

Itu saja Tuan. Wallahua'llam ☺️👍
Semoga Bermanfaat.

Berminat ??wasap segera.
www.wasap.my/60103233183/

18/06/2021

“MINUMLAH MADU KERANA MADU MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH”

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه الحلواء والعسل
“Nabi (s.a.w) amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu."

“MADU TUALANG DAPAT MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IMUN,” - (SARFRAZ AHMED, 2017).

Malau saya kalau jual yang tiruan,bukan beri kesihatan,bahkan mendatangkan penyakit p**a.

Kenapa perlu beli Madu Quad Tualang dengan kami?

🐝100% Madu Tualang Asli dari Hutan Hujan Tropika Alam Melayu

🐝Kami mempunyai Team Pemburu Madu Tualang Asli

🐝Kilang Kami ada Sijil MeSTi yang dipantau oleh KKM

🐝Madu Tualang kami telah dibuat ujian ketulenan & mendapat kelulusan dari Tiga Makmal : Unipeq UKM, SGS & Genom Malaysia.

🐝Jaminan 100% money back.

Berminat untuk merasai Madu Quad Tualang Asli 100%,
Klik dibawah ini @ wasap kami untuk lebih lanjut.

www.wasap.my/601156606034/quadtualangemas
https://quadtualangemas.weebly.com/

16/06/2021

BENARKAH MADU TIDAK BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI? 😵

=============

Ada pendapat yang skeptikal mengatakan kita tidak boleh mengamalkan madu setiap hari atas alasan ia adalah ubat penawar. Bukannya makanan.

Pendapat semacam ini sangat janggal kerana bertentangan dengan banyak kertas penyelidikan mutakhir.

"*AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI DAPAT MENCEGAH OBESITI*"

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail membuktikan dengan hanya mengambil madu asli secara konsisten setiap pagi, selera makan seseorang boleh dikawal. Apabila kawalan kepada selera makan berlaku, ia dapat mengurangkan pengambilan makanan seterusnya masalah obesiti dapat ditangani. [1]

"AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI MEMBANTU MENGAWAL GULA DALAM DARAH

Dalam salah satu percubaan klinikal diabetes mellitus Type 1 dan Type 2, amalan meminum madu berhubungkait dengan indeks glisemik yang lebih rendah berbanding dengan sukrosa atau glukosa pada pesakit diabetes Type 1 dan manusia normal. [2] Pada pesakit diabetes type 2, madu dapat mengurangkan kadar glukosa plasma secara signifikan berbanding ubat Dextran. [3]

AMALAN MEMINUM MADU SETIAP HARI SEBAGAI PENGGANTI PEMANIS

Madu digunakan sebagai pemanis semulajadi sejak zaman kuno kerana ia mempunyai kadar fruktosa yang tinggi (Madu 25% lebih manis daripada gula pasir). Selain itu, penggunaan madu dalam minuman juga semakin pop**ar. [4] Bukti menunjukkan bahawa madu dapat memberi beberapa kesan kesihatan yang bermanfaat termasuk antioksidan, antiradang, antibakteria, antidiabetik, pernafasan, saluran pencernaan, sistem salurah darah dan saraf [5]

AMALAN MENJADIKAN MADU SEBAGAI MAKANAN DAN UBAT DALAM ISLAM

Madu adalah cairan yang dibicarakan oleh semua kitab suci agama, dan diterima oleh semua generasi, tradisi dan tamadun, baik kuno maupun moden. Islam menyarankan madu sebagai sumber makanan dan ubat, dan juga menamakan surah dalam Al-Quran sebagai Surah al-Nahl yang bermaksud Bab Lebah Madu. Dalam hadith p**a, Nabi Muhammad sangat menganjurkan penggunaan madu untuk tujuan rawatan dan penyembuhan. Tambahan p**a, Al-Quran secara terang-terangan menggalakkan penggunaan madu sebagai makanan yang sangat berkhasiat atau "Health Promoting Food".

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [6]

Sebelum ayat ini, Allah swt turut menceritakan manfaat minuman dari binatang ternak iaitu susu segar (An Nahlu: 66) dan diikuti minuman dari sumber tumbuhan iaitu kurma dan anggur (An Nahlu: 67). Kemudian barulah diceritakan manfaat minuman madu lebah (An Nahlu: 68-69). Konteks keempat-empat ayat ini berbicara tentang minuman sihat sepanjang zaman. Maka, jelaslah kepada kita bahawa Islam menganjurkan kita merutinkan Madu lebah sebagai sumber minuman/makanan. Bukan semata-mata ubat sebagaimana yang disampaikan oleh ilmuan malang yang skeptikal dan tiada pengetahuan tentang Madu lebah.

MADU SEBAGAI MAKANAN LENGKAP NUTRISI (SUPERFOOD)

Komposisi utama madu adalah gula ringkas semulajadi dan air. Di samping itu, ia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral, termasuk vitamin B. Unsur-unsur lain pada madu adalah asid amino, antibiotic-rich-inhibin, protein, antioksidan fenol, dan mikro nutrien. Gula dalam madu lebih manis dan memberikan lebih banyak tenaga daripada pemanis buatan, dan gula ringkas yang paling banyak dalam madu adalah fruktosa. Bahan-bahan ini penting dalam pemakanan dan kesihatan. Beberapa vitamin yang terdapat dalam madu termasuk asid askorbik (vitamin C), asid pantothenik, niacin dan riboflavin; bersama dengan mineral seperti kalsium, copper, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium dan zink. Profil pemakanan Madu yang tinggi dengan pelbagai nutrisi ini (walaupun dalam jumlah minima), mengiktiraf fungsinya sebagai makanan berkhasiat. Oleh disebabkan jumlah nutrien penting Madu Lebah yang rendah, adalah dinasihatkan untuk orang dewasa mengambilnya dalam jumlah besar iaitu (paling minimum 70 - 95 g sehari) untuk mendapatkan manfaat pemakanan dan kesihatan yang diinginkan sepenuhnya [6].

70 - 95 gram diperkirakan bersamaan dengan 2 sudu besar Madu lebah 2-3 kali sehari.

Persoalan Madu Lebah mana yang terbaik? Cukuplah kajian dari sekump**an penyelidik Kishore dan kawan-kawan yang sudah pun diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa PubMed bahawa madu Tualang mengandung lebih banyak asid fenolik dan flavanoid (quercetin) berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan Malaysia lainnya (Kishore, 2011). [7]

Semoga menjawab persoalan. Tolong sebar dan sampaikan agar banyak insan yang mendapat pencerahan. Wallahua'lam bisshowab.

Artikel disumbangkan oleh Jabatan Penyelidikan Quadmeds ®

_________
Rujukan:

[1] Prejudis Khasiat Madu, https://www[dot]hmetro[dot]com[dot]my/WM/2020/01/533810/prejudis-khasiat-madu

[2] Erejuwa OO. Effect of honey in diabetes mellitus: Matters arising. J Diabetes Metab Disord. 2014;13:23.

[3] Samanta A et al., Plasma glucose responses to glucose, sucrose, and honey in patients with diabetes mellitus: An analysis of glycaemic and peak incremental indices. Diabet Med. 1985;2:371–3

[4] Babacan S, Rand AG. Characterization of honey amylase. J Food Sci. 2007;72:C050–5

[5] Saeed Samarghandian et al. Honey and Health: A Review of Recent Clinical Research. Pharmacognosy Res. 2017 Apr-Jun; 9(2): 121–127

[6] Abdulwahid Ajibola et al., Nutraceutical values of natural honey and its contribution to human health and wealth. Nutr Metab (Lond). 2012; 9: 61.

[7] Kishore RK et. al. Tualang honey has higher phenolic content and greater radical scavenging activity compared with other honey sources. Nutr Res. 2011.

100% ASLI TERUS DARI ALAM RIMBA====================Madu lebah diakui oleh pengkaji dan penternak seluruh dunia sebagai S...
16/06/2021

100% ASLI TERUS DARI ALAM RIMBA
====================

Madu lebah diakui oleh pengkaji dan penternak seluruh dunia sebagai SUPERFOOD yang banyak khasiat dan penawar yang baik untuk kesihatan manusia.

Team Pemburu Madu Hutan kami mendapati MADU TUALANG merupakan madu lebah PALING BERKHASIAT berbanding madu lebah dari sarang lebah ternak kerana dihasilkan dari gunung dan pokok yang mempunyai jutaan nektar bunga. ..........

Antara khasiat Madu tualang sebagai makanan tambahan natural yang dapat memberi manfaat;

1. Sebagai "Vaksin" kanser alami (Kajian Othman NH,2013)
- sbg agen 'meredakan kanser' semulajadi atau sbg tambahan kpd rawatan kanser

2. Madu Tualang mempunyai manfaat antibiotik semulajadi (Hern Tze Tan, 2009)

3. Madu Tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun (Sarfraz Ahmed, 2017).

4. Menurut kajian, madu Tualang mempunyai kesan antimikrob, anti-radang, anti-oksidan, anti-mutagenik, antitumor, dan anti-diabetis, sebagai tambahan penyembuhan luka. (Sarfarz Ahmed, 2013)

5. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita (Sarfarz Ahmed, 2013)

6. Penambahbaikan dalam pembelajaran & memori (Othman Z, 2015).......

Address

77, Kampung Tersusun Sungai Ara
Bayan Lepas
11900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MADU QUAD Tualang Asli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MADU QUAD Tualang Asli:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram