16/04/2015
Fungsi atau Tujuan Berbekam
1.Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak. (sel-sel yang telah mati,bertoksid,berasid,berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah ).Darah yang rosak ini berada 3 ke 4 mm di bawah epidermis mengikut anatomi kulit badan manusia.Darah yang dikeluarkan bukanya dari pembuluh darah sama ada vena atau arteri.
2.Berbekam untuk kecergasan dan mencegah penyakit bagi mereka yang sihat.
3.Berbekam untuk merawat penyakit bagi mereka yang mengidap penyakit seperti,migrain atau sakit kepala,tekanan darah yang tinggi,sakit gout (kandungan urik asid yang tinggi),Sakit badan,pingggang,lutut dan sendi-sendi,vertigo,alergik dan lain-lain lagi.
Rawatan Bekam Kaedah Moden
1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril(mesin pembunuh kuman)
2.Menggunakan lancet(jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)
3.Menggunakan sarung tangan.
4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.
5.Pesakit hendaklah menanam sisa darah bekam mereka sendiri.
6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.
7.Tidak sakit dan tidak berparut.