DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM

DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM, PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM, KAMPUNG BUNIAN, BUKIT TINGGI, Bentong.

PERMAKLUMAN RASMIBerhubung dengan dakwaan yang sedang tular di media sosial berkaitan kes rumahtangga seorang murid/ahli...
26/04/2026

PERMAKLUMAN RASMI

Berhubung dengan dakwaan yang sedang tular di media sosial berkaitan kes rumahtangga seorang murid/ahli dari Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia [PSSGMM] Cawangan W.P. Kuala Lumpur, pihak tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM mengarahkan ahli berkenaan untuk hadir ke perbicaraan dalaman dan tertutup dalam Mahkamah Adat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM yang akan diadakan seperti butiran dalam utusan Surat Rasmi yang telah dihantar kepada individu tersebut.

Semoga dengan tindakan ini dapat menjernihkan keadaan demi menjaga nama baik dan keutuhan PSSGMM khususnya.

“1 SYAHADAH, 1 GERAK, 1 HATI”
“IKHLAS, AMANAH, BERANI”

Yang menurut perintah,
DBS SRI GEMILANG
Setiausaha Sulit Kepada Guru Utama;
merangkap Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM

TARIKH: 26 APRIL 2026

ADAT PERPATIH & ADAT TEMENGGUNGMengambil iktibar dari desas-desus peristiwa pemberhentian jawatan dan gelaran Undang Lua...
20/04/2026

ADAT PERPATIH & ADAT TEMENGGUNG

Mengambil iktibar dari desas-desus peristiwa pemberhentian jawatan dan gelaran Undang Luak Sungei Ujong Dato' Klana Petra iaitu salah seorang dari Undang Nan Ompet @ Pembesar Berempat, seterusnya pengisytiharaan pemecatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan oleh kuasa Adat Perpatih dari Undang Nan Ompet. Semoga semuanya berlaku dalam rahmat dan kasihsayangNYA Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Negeri Sembilan yang terkenal dengan gabungan 9 Wilayah/Negeri Kecil yg dikepalai oleh Penghulu Wilayah yang dipanggil Undang Luak atau boleh digelar Raja @ Yang DiPertuan Kecil bagi kekuasaan Negeri masing-masing. Dari kesepakatan 9 Wilayah ingin bertuankan Anak Raja Pagaruyung dari Alam Minangkabau yang diangkat sebagai Yang DiPertuan Besar bagi memayungi 9 Wilayah/Negeri yang ada lantas diberi nama Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu juga memakai gelaran Yang DiPertuan Besar selaku Khalifah/Ketua Istiadat dalam organisasinya yang tersendiri dimana Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga bernasab dari anak Raja Pagaruyung Alam Minangkabau.

Namun yang istimewanya segala adat-istiadat institusi Kesultanan Melayu Panji Alam yang diamalkan dalam perguruan Gayong Ma'arifat ini adalah memakai kedua-dua sistem Adat Perpatih dan Adat Temenggung, dimana Guru Utama Gayong Ma'arifat selaku Khalifah/Ketua Istiadat memakai gelaran Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan adanya Orang-Orang Besar Beradat yang terdiri dari Orang Besar Bergelar Beradat Berempat (Datuk Bendahara, Datuk Temenggung, Datuk Laksamana, Datuk Syahbandar), Orang Besar Beradat Berlapan dan Orang Besar Beradat Enam Belas.

Yang DiPertuan Besar Panji Alam dari Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu diangkat Daulahnya oleh Orang Besar Bergelar Beradat Berempat dengan penuh istiadat disiram tabal dengan campuran 9 Air Kuala Sungai Besar dari setiap 9 Negeri Beraja di atas Persada 9 Tingkat Anak Tangga. Prosedur perlantikan ini sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Perpatih.

Namun begitu, selaku Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga berhak atas kuasa mutlaknya mengangkat mana-mana dari nasabnya yang difikirkan layak menjadi pewaris atau penggantinya dan dengan kuasa mutlak YDPB juga berhak memecat jawatan dan gelaran mana-mana Orang Besar Beradat sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Temenggung.

Walaupun begitu, pendiri Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu adalah dari bernasab Raja 3 Selo Pagaruyung Alam Minangkabau yakni Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat yang dihapuskan kesan Perang Paderi dan dibawa lari Anak Raja Pagaruyung ke Pahang bernaung di bawah Maharaja Perba Jelai. Dari segi biologinya boleh dikatakan Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah sepupu-sepapat dari Anak-Anak Raja Pagaruyung nan jua..

Sumber ihsan dari,
Datuk Bentara Setia Sri Gemilang
Setiausaha Sulit Kepada YTM YDPBPA;
Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
20 April 2026 @ 13:13

Atas perkenan dan arahan dari Guru Utama/Presiden PSSGMM mengerahkan kesemua 14 Cawangan PSSGMM Negeri khususnya kepada ...
14/02/2026

Atas perkenan dan arahan dari Guru Utama/Presiden PSSGMM mengerahkan kesemua 14 Cawangan PSSGMM Negeri khususnya kepada PSSGMM Caw. Negeri Selangor dan PSSGMM Caw. WP Kuala Lumpur agar dapat membuat laporan polis terhadap kes "Pencerobohan Tanah dan Pembinaan Tanpa Kelulusan" sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib Tuan Tanah dan juga sebagai tanda kesatuan bersama pihak NGO yang memperjuangkan demi kepentingan awam dan keamanan sejagat.

Yang menurut perintah,
-DBS Sri Gemilang-
Setiausaha Sulit Kepada YTM TPA II;
Setiausaha Kehormat DPDAI PSSGMM

TB SEJARAH SEMPENA HAUL PENGASAS GM (4 NOV 2018 - 4 NOV 2025)Perguruan Gayong Ma'arifat telah diasaskan pada tahun 1992-...
01/11/2025

TB SEJARAH SEMPENA HAUL PENGASAS GM
(4 NOV 2018 - 4 NOV 2025)

Perguruan Gayong Ma'arifat telah diasaskan pada tahun 1992-1993 dan berdaftar secara rasmi dengan KDN pada tahun 1998 dengan nama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM). Sekarang pentadbiran PSSGMM telah memiliki 14 buah Cawangan Negeri yang berdaftar di seluruh Malaysia. Pengasasnya adalah bernasab di Raja Pagaruyung dari susurgalur Raja 3 Selo (Raja Alam, Raja Adat, Raja Ibadat), yakni dari salasilah Raja Adat yang membawa bersama segala Alat Kebesaran Istiadat Pertabalan ke Pahang susulan peristiwa Perang Paderi di Alam Minangkabau.. Penaung DiRaja PSSGMM adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang sejak tahun 2009 lagi, dimana kini Baginda adalah Kebawah Duli Baginda Sultan Pahang.. PSSGMM memelihara Agama, Bangsa dan Tanahair.. PSSGMM Menjunjung Daulat Raja-Raja Melayu..

Pada tahun 2007 diangkat kembali Daulah nasab beliau diatas nasihat dari Guru² Tua yang Arifbillah. Majlis Penuh Adat Istiadat diadakan di atas Persada 9 Tingkat disirami 9 Air Kuala Besar dari 9 Negeri Beraja Tanah Melayu.. Maka, segala protokol dan adat istiadat istana digunapakai dalam sistem pentadbiran Gayong Ma'arifat dimana terdapat Orang Besar Beradat Enam Belas, Orang Besar Beradat Berlapan, Orang Besar Bergelar Beradat Berempat serta Pengasas/Guru Utama memakai gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam @ Tuanku Panji Alam; Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu [Pemegang Amanah Daulat Raja-Raja Melayu]

4hb November 2018, Pengasas dijemput kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan kesemua kaum Kerabat, murid Gayong Ma'arifat dan jemaah Al-Qadiriyyah dari seluruh alam yang dinaunginya.. Kini, Pewaris Mutlak anakanda beliau YM Yang DiPertuan Muda Panji Alam @ Tengku Muda Paduka Wan Muhammad Fikri yang meneruskan kesinambungan Nasab Keturunan, Sanad Perguruan, dan segala pengurusan pentadbiran yang telah disediakan oleh Almarhum.. Selaku Guru Utama / Presiden PSSGMM yang membawa gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam II @ Tuanku Panji Alam II...

Bukannya untuk merampas atau memerintah atau ingin claim dengan mana² Kerajaan sedia ada, tetapi sekadar mengangkat kembali Suku Adat Kerabat dari Sumatera Barat yang telah ditinggalkan lebih 500 tahun dahulukala.. Bab alam nyata dan alam ghaib sukar diterjemahkan pada logik akal manusia.. Itulah salah satu Rahsia KebesaranNya di alam semesta ini..

Gayong Ma'arifat Bukan Sekadar Silat. Perjuangan kami menyampaikan risalah DUA KALIMAH SYAHADAH melalui 5 perkara iaitu;

1. Kerohanian
2. Persilatan
3. Perubatan
4. Ekonomi
5. Kebajikan

AL-FATIHAH buat Almarhum Tuanku Syeikh Shamsulazam Zulkifli Al-Qadiri

-DBS Sri Gemilang-
Setiausaha Sulit Kepada YTM TPA II;
Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM

1 November 2025

21/10/2025

ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SYAHADAH

KEJOHANAN SENI TEMPUR MELAYU (MACAT) TERTUTUP 2025 PSSGMM CAWANGAN NEGERI JOHOR (PERINGKAT NEGERI JOHOR)

TARIKH: 1 NOVEMBER 2025 (SABTU)
MASA: 10.00 PAGI - SELESAI
REHAT: 12.00 PTG - 2.00 PTG
TEMPAT: DEWAN HAJI MARKIM, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

📍https://share.google/7c2ttROXdt0hX5lsW

TENTATIF
• PENDAFTARAN
• BACAAN DOA
• TAKLIMAT
• PEMBUKAAN GELANGGANG
• PERTANDINGAN KATEGORI DINI (LELAKI)
• PERTANDINGAN KATEGORI REMAJA (WANITA)
• REHAT
• PERTANDINGAN KATEGORI REMAJA (LELAKI)
• PERTANDINGAN KATEGORI DEWASA (LELAKI)
• PENUTUPAN GELANGGANG
• DOA PENUTUP
• BERSURAI

**TENTATIF TERTAKLUK KEPADA KEADAAN SEMASA.

⚠️ KOD PAKAIAN : PAKAIAN RASMI (SEPARA ADAT) / T-SHIRT PSSGMM / BAJU HIJAU / SONGKOK LIS KUNING @ KOPIAH (BAGI LELAKI) / BERTUDUNG HITAM (BAGI PEREMPUAN) / BERPAKAIAN MEMELIHARA AURAT.

SEMUA AHLI DAN MURID DIJEMPUT HADIR.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

IKHLAS | AMANAH | BERANI
1 SYAHADAH | 1 GERAK | 1 HATI

YANG MENJALANKAN TUGAS
PENDEKAR SETIA DZUL
BIRO PENERANGAN, KESENIAAN & KEBUDAYAAN
PSSGMM CAWANGAN JOHOR
https://wa.link/iqnly6

AWASSS !!!  Jangan sebarangan petik nama GAYONG MA'ARIFAT Pihak DPDAI PSSGMM tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ...
01/09/2025

AWASSS !!! Jangan sebarangan petik nama GAYONG MA'ARIFAT

Pihak DPDAI PSSGMM tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas mengajak bersemuka untuk bermuzakarah atau mengambil tindakan Undang-Undang membuat laporan polis sekiranya didapati mana-mana individu yang cuba memetik atau mengaitkan atau melibatkan nama perguruan GAYONG MA'ARIFAT dalam sesuatu isu yang bermotifkan untuk mengaibkan, menjatuhkan, memalukan atau memfitnah nama baik perguruan GAYONG MA'ARIFAT.

Jika anda bermasalah peribadi dengan mana² individu tertentu, selesaikan secara personal TANPA melibatkan perguruan masing².

"PSSGMM Menjunjung Daulat Raja-Raja Melayu"

"Ikhlas, Amanah, Berani"

Yang menurut perintah,
SUK DPDAI PSSGMM
1/09/2025 @ 16:11

MAKLUMAN TERKINIAtas perkenan YTM Tuanku Panji Alam II selaku Guru Utama/Presiden PSSGMM menyarankan agar semua 14 Cawan...
14/04/2025

MAKLUMAN TERKINI

Atas perkenan YTM Tuanku Panji Alam II selaku Guru Utama/Presiden PSSGMM menyarankan agar semua 14 Cawangan PSSGMM Negeri serta semua Gelanggang di seluruh Malaysia dapat membuat Laporan Polis terhadap isu semasa Kes Pencerobohan Tanah di Raub, Pahang sekaligus menyokong tindakan Al-Sultan Pahang dan mendaulatkan Institusi Beraja Tanah Melayu .

"PSSGMM Menjunjung Daulat Raja-Raja Melayu"

Yang menurut perintah,
Datuk Bentara Setia Sri Gemilang
Setiausaha Sulit Kepada YTM TPA II;
Setiausaha Kehormat DPDAI PSSGMM
14 April 2025

Perguruan Gayong Ma'arifat telah diasaskan pada tahun 1992-1993 dan berdaftar secara rasmi dengan KDN pada tahun 1998 de...
22/03/2025

Perguruan Gayong Ma'arifat telah diasaskan pada tahun 1992-1993 dan berdaftar secara rasmi dengan KDN pada tahun 1998 dengan nama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM). Sekarang pentadbiran PSSGMM telah memiliki 14 buah Cawangan Negeri yang berdaftar di seluruh Malaysia.

Pengasasnya Alm. Tuanku Panji Alam 1 adalah bernasab di Raja Pagaruyung, Sumatera Barat dari susurgalur Raja 3 Selo yakni dari salsilah Raja Adat yang membawa bersama segala alat kebesaran istiadat pertabalan susulan peristiwa Perang Paderi..

Penaung DiRaja PSSGMM adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang sejak tahun 2006, dimana pernah dulu Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia dan kini selaku Al-Sultan Pahang. PSSGMM memelihara Agama, Bangsa dan Tanahair.. PSSGMM Menjunjung Daulat Raja-Raja Melayu..

Pada tahun 2007 diangkat kembali Daulah nasab Pengasas diatas nasihat dari Guru2 Tua yang Arifbillah. Majlis Penabalan Penuh Adat Istiadat diadakan di atas Persada 9 Tingkat disirami 9 Air Kuala Besar dari 9 Negeri Beraja Tanah Melayu..

Maka, segala protokol dan adat istiadat istana digunapakai dalam sistem pentadbiran Gayong Ma'arifat dimana terdapat Orang Besar Beradat Enam Belas, Orang Besar Beradat Berlapan, Orang Besar Bergelar Beradat Berempat serta Pengasas/Guru Utama memakai gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam @ Tuanku Panji Alam; Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu [Pemegang Amanah Daulat Raja-Raja Melayu]

4hb November 2018, Pengasas dijemput kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan kesemua Kerabat, jemaah Gayong Ma'arifat dan murid Qadiriyyah dari seluruh alam yang dinaunginya..

Kini, Pewaris Mutlak anakanda beliau yang menyambung pentadbiran yang telah disediakan oleh Al-Marhum.. Selaku Guru Utama / Presiden PSSGMM yang membawa gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam II @ Tuanku Panji Alam II...

Bukan untuk merampas atau memerintah atau ingin claim dengan mana2 kerajaan sedia ada, tetapi sekadar mengangkat kembali Suku Adat Kerabat dari Sumatera Barat yang telah ditinggalkan lebih 500 tahun dahulukala..

Bab alam zahir dan alam ghaib sukar untuk diterjemahkan pada logik akal manusia.. Itulah salah satu Rahsia KebesaranNya di alam semesta ini..

Gayong Ma'arifat Bukan Sekadar Silat. Perjuangan kami menyampaikan risalah DUA KALIMAH SYAHADAH melalui 5 perkara iaitu;

1. Kerohanian
2. Persilatan
3. Perubatan
4. Ekonomi
5. Kebajikan


31/01/2025

Assalamualaikum wbh

“Ketahuilah, didalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik,baiklah tubuh seluruhnya, dan apabila daging itu rusak, rusaklah tubuh seluruhnya. Ketahuilah olehmu, bahwa segumpal daging itu adalah qalbu (hati)” (H.R. Bukhari).

Dasar perjuangan Gayong Ma'arifat adalah dakwah kepada seluruh kelompok masyarakat untuk kembali kepada Allah dalam apa jua hal kehidupan. Gunakanlah ilmu yg ada sebaik-baiknya untuk membersihkan dan meluruskan kembali hati kita.

-Admin-

RENTETAN MAJLIS ISTIADAT ULANGTAHUN PERTABALAN YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II KALI KE-6TARIKH: 21/12/2024TEMPAT:...
24/12/2024

RENTETAN MAJLIS ISTIADAT ULANGTAHUN PERTABALAN YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II KALI KE-6

TARIKH: 21/12/2024
TEMPAT: TANAH ADAT, BUKIT TINGGI

ALHAMDULILLAH MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR DAN UCAPAN SETINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG DAPAT BERSAMA MERAIKAN MAJLIS YANG BERKERAMAT.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA KERABAT KERAING INDERA SAKTI DAN KERABAT HAYATUL NAIM YANG TURUT BERSAMA MERAIKAN.

TERIMA KASIH JUGA BUAT SUPPORTED ANAK ANAK PANJI TEAM CATERING YANG MENYEDIAKAN JUADAH HIDANGAN YANG MENCUKUPI DAN SANGAT SEDAP.

DAN TERIMA KEPADA TEAM URUSETIA MAJLIS, PENDUDUK TANAH ADAT, ANAK² TAHFIZ DARUL MUSTAQIM DAN PENGGAWA YANG BERTUNGKUS-LUMUS DARI SEBELUM DAN SELEPAS MAJLIS.

HAMBA BAGI PIHAK MEMOHON AMPUN MAAF SEKIRANYA ADA KEKURANGAN DAN KEKHILAFAN SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG.

Yang menjalankan tugas,
DBS SRI GEMILANG
24/12/24 @ 14:21

*JEMPUTAN SEMPENA MERAIKAN MAJLIS ISTIADAT ULANGTAHUN PERTABALAN GURU UTAMA PSSGMM KALI KE-6/2024, YANG MEMBAWA GELARAN ...
18/12/2024

*JEMPUTAN SEMPENA MERAIKAN MAJLIS ISTIADAT ULANGTAHUN PERTABALAN GURU UTAMA PSSGMM KALI KE-6/2024, YANG MEMBAWA GELARAN YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II, TUANKU DATUK PADUKA WAN MUHAMMAD FIKRI AL-QADIRI*

TARIKH : 21HB DISEMBER 2022 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : TANAH ADAT PSSGMM,BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PIHAK URUSETIA DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT SEMUA MURID/AHLI PSSGMM DARI SELURUH MALAYSIA DAN LUAR NEGARA UNTUK BERSAMA MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI HARI YANG BERKERAMAT DAN PENUH ISTIADAT KERABAT BERGELAR & WARIS BERADAT KESULTANAN MELAYU PANJI ALAM NUSANTARA MELAYU [SUMATERA BARAT].

YANG MENJALANKAN TUGAS,
BONDA PADUKA GEMALA SARI,
SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA.

1.11  Tugas dan bidang kuasa Orang Besar Beradat Enam Belas [Jajahan Takluk Negeri]- Mengajar serta memperbetulkan siste...
11/12/2024

1.11 Tugas dan bidang kuasa Orang Besar Beradat Enam Belas [Jajahan Takluk Negeri]

- Mengajar serta memperbetulkan sistem mata pelajaran Gayong Ma’arifat pada peringkat Negeri.
- Menguatkuasa peraturan dan Adat Istiadat serta Protokol Gayong Ma’arifat pada peringkat Negeri.
- Menjadi perantara dan menerima aduan dan permasalahan ahli pada peringkat Negeri.
- Mengawal selia dan memantau segala aktiviti Gayong Ma’arifat pada peringkat Negeri agar selari dengan matlamat dan tujuan serta perundangan dan Adat Istiadat Gayong Ma’arifat.

ORANG BESAR BERADAT ENAM BELAS

1. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
MOHD AZRI BIN KALAM
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI JOHOR]

2. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
NIK MOHD AMIN BIN SIDEK
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI KELANTAN]

3. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
MOHAMAD SHAHNIZAM BIN ABDUL KADIR
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI PERAK]

4. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
AZMAN BIN MOHD NOOR
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI KEDAH]

5. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
PANGIRAN NURDIAN SYAH BIN ZAINAL ABIDIN
[JAJAHAN TAKLUK KUALA LUMPUR]

6. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI SELANGOR]

7. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
MUHAMMAD KAMIL IZZUDDIN BIN RADZUAN
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI SABAH]

8. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
AZMI BIN ABU BAKAR
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI MELAKA]

9. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
MOHAMMAD MUSLIM BIN HAJI ABDULLAH
[JAJAHAN TAKLUK NEGERI TERENGGANU]

10. DATUK PADUKA SETIA PAHLAWAN
NUAR IZHAM BIN KAMARUDIN
[JAJAHAN TAKLUK PULAU PINANG]

Address

PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM, KAMPUNG BUNIAN, BUKIT TINGGI
Bentong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share