Syifaa Uzma

Syifaa Uzma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syifaa Uzma, Medical and health, Benut, Johor, Malaysia, Benut.

07/02/2025
27/12/2022
25/12/2022

⛳️Ambil tahu bendera amaran di pantai

23/12/2022

Tangisan Beremosi

Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

Adakah menangis mempunyai manfaat dari segi kesihatan?

Selepas menangis,
Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”

Selepas menangis,
Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

Selepas menangis,
Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

Selepas menangis,
Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.

Selepas menangis,
Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

Selepas menangis,
Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh..

Walaubagaimanapun,

Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

💧Menangis tanpa sebab yang jelas
💧Menangis terlalu kerap
💧Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
💧Menangis yang tidak terkawal

Kesimp**an

Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut

20/12/2022

TERKINI‼️ Bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercapatkan, daripada bulan Mac kepada Januari 2023.

Kerajaan juga bersetuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

20/12/2022

BERITA GEMBIRA!

Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023 - PM

BACA: https://bit.ly/3BNDFyq untuk berita penuh.

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara layari https://www.sinarharian.com.my/

Jangan lupa ikuti kami juga di semua platform digital Sinar Harian!

20/12/2022

Resepi Kek Coklat Indulgence ala Secret Recipe.

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara-caranya:
Campurkan bahan kering,gaul sebati.
Putar telur dan gula hingga kembang.
Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
Alas loyang dengan kertas minyak.
Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:
Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
Cairkan coklat cara double boiler.
Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:
Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
Cairkan coklat cara double boiler.
Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara-caranya:
Cairkan coklat cara double boiler.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
Ambil 1 keping kek lagi tuang p**a black mousse,ratakan.
Ulang langkah yg same hingga siap.
Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
Simpan dalam peti sejuk 15minit.

Try la.. Sedap!!! Tak payah beli mahal2 kt kedai..

Address

Benut, Johor, Malaysia
Benut
82200

Telephone

+601126954935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syifaa Uzma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syifaa Uzma:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram