Klinik Kesihatan Kuala Betis

Klinik Kesihatan Kuala Betis Kami Sedia Membantu

πŸ“£ JEMPUTAN KE HARI BERSAMA PELANGGAN πŸ“£KLINIK KESIHATAN KUALA BETISπŸ—“ Tarikh: 16 & 17 Julai 2025 (Rabu & Khamis)πŸ•— Masa: 8....
16/07/2025

πŸ“£ JEMPUTAN KE HARI BERSAMA PELANGGAN πŸ“£
KLINIK KESIHATAN KUALA BETIS

πŸ—“ Tarikh: 16 & 17 Julai 2025 (Rabu & Khamis)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Klinik Kesihatan Kuala Betis

πŸŽ‰ Tema: SIHAT BERSAMA-SAMA πŸŽ‰

Marilah bersama memeriahkan Hari Bersama Pelanggan kami! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

βœ… Pemeriksaan kesihatan percuma
βœ… Kaunter-kaunter informasi kesihatan
βœ… Ceramah & aktiviti interaktif
βœ… Pameran kesihatan & gaya hidup sihat

✨ Bersama kita bina komuniti yang lebih sihat dan prihatin! ✨
Semua dijemput hadir!

02/07/2021
25/06/2021
02/06/2021
01/06/2021

Menurut kajian, cara jangkitan dari tangan ke mulut dikenalpasti sebagai cara utama virus menyerang perokok. Selain itu, paru-paru perokok mempunyai tapak penerima (reseptor) virus Corona yang LEBIH BANYAK iaitu melalui ACE-2.

Malah, risiko untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan adalah 14 kali LEBIH TINGGI bagi perokok berbanding bukan perokok. Perokok juga lebih berisiko mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, penyakit jantung, paru-paru kronik, kencing manis dan kanser yang seterusnya lebih cenderung untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan mengakibatkan kematian.

Jadikan PKP ini permulaan kepada anda untuk berhenti merokok. Tanamkan keazaman untuk berhenti merokok dengan mendapatkan bantuan melalui pendaftaran di laman sesawang https://www.jomquit.com.

Tarikh 31 Mei setiap tahun merupakan Hari Tanpa Tembakau yang disambut seluruh dunia.

Sumber: Pusat Racun Negara

12/05/2021

Selamat hari Jururawat terutama kepada misi misi Klinik Kesihatan Kuala Betis dan Klinik Desa Panggong Lalat!

23/04/2021

Penyakit Malaria boleh dicegah dan dirawat!

Dalam usaha untuk terus memberikan pendidikan kepada masyarakat mengenai penyakit Malaria dan sempena Sambutan Hari Malaria yang akan disambut pada 25 April ini, Bahagian Kawalan Penyakit KKM akan menyediakan trivia mengenai penyakit ini.

Jom ambil tahu mengenai trivia pertama yang disediakan dalam infografik seperti berikut.

Address

Jalan Kuala Betis
Bertam
18300

Telephone

+60193500864

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kuala Betis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram