15/01/2022
TERAPI BEKAM/HIJAMA & PROSTAGLANDIN (PG)
Prostaglandins/ PG adalah sekumpulan lipid yang terhasil drpd jangkitan atau tisu² yg rosak akibat daripada penyakit atau kecederaan. Ia terlibat dalam proses penghasilan radang, aliran darah, pembentukan darah beku dan melahirkan anak. PG mempunyai pengaruh yang ketara terhadap pelekatan/adhesive, perebakan/migratory & pencerobohan/invasion sel² kanser pada tahap awal dan ketika perkembangan penyakit tersebut.
Terapi bekam melalui mekanisme detoksifikasi berupaya menyingkir keluar PG daripada pembuluh² darah kapilari. Tekanan negatif yang terhasil dalam cup bekam antara 150 -450 mmHg dan skarifikasi pada permukaan kulit merangsang sistem imun innate, pergerakan sel² radang serta pembebasan endogenous opis iaitu hormon endorphin (efek relaksasi & "gembira"). Penyedutan selepas skarifikasi meningkatkan jumlah "darah bekam" dalam cup bekam & meningkatkan kadar penapisan kapilari. Sebaik kulit dilukai, tekanan negatif memaksa penyingkiran sejumlah PG & mediator² radang daripada darah & cecair tisu/interstitial sekaligus meningkatkan aliran darah, bekalan oksigen dan perfusi tisu.
Satu kajian/ randomized clinical trial telah dilakukan keatas 66 pesakit untuk menilai kesan² terapi bekam/Hijama dalam mengurangkan tekanan & kesakitan keatas pergerakan sendi dalam kes acute scapulohumeral periarthritis. Analisa menunjukkan sejumlah 5-hydroxy-tryptamine (5-HT) & prostaglandin E2 (PGE2) terdapat dalam "darah bekam" dan penyingkiran bahan² endogenous ini didapati berupaya mengurangkan kesakitan & meningkatkan pergerakan bahu. Kesan² terapeutik terapi bekam seolah² sama dengan ubatan antiradang, berupaya mengadakan perubahan positif pada mikro persekitaran dalaman tubuh dengan mengurangkan tahap keradangan dan mengatur sistem imun. Berdasarkan kajian di atas dan kajian² terdahulu, terapi bekam didapati mempunyai potensi sebagai rawatan biologikal terhadap pesakit² kanser samada melalui peningkatan keberkesanan rawatan konvensional atau sebagai kaedah rawatan pencegahan atau melambatkan "onset" penyakit kanser.
P/s: Elak bekam secara langsung di atas area tubuh yang mempunyai benjolan keras & tidak sakit apabila disentuh, ia berkemungkinan tumor malignant. Bekam pada benjolan itu boleh meningkatkan aliran darah setempat, menyumbang kepada tumbesaran & perebakan sel² kanser namun pada masa yang sama terdapat risiko pendarahan yang boleh mengundang pelbagai komplikasi lain. Terapi bekam harus disinergikan dengan kawalan diet, kawalan stress, pengambilan diet tinggi antioksidan, mengelakkan diri daripada pendedahan berterusan kepada "sumber" oksidan, rehat/tidur yang mencukupi, berpuasa, bersenam dsbnya untuk kesan yang lebih baik.
MA SABRI
Ref:
1. Cupping Therapy as an Anti-inflammation Therapy and Immunomodulator in Cancer Patients
Nooshin Abbasi, Rezvan Najafi
Journal of Gastrointestinal Cancer, 1-3, 2021
2. Wet-cupping induces anti-inflammatory action in response to vigorous exercise among martial arts athletes: A pilot study
Narges Ekrami, Mehdi Ahmadian, Maryam Nourshahi, Hamed Shakouri
Complementary Therapies in Medicine 56, 102611, 2021
3. Anti-versus pro-inflammatory metabololipidome upon cupping treatment
Qi Zhang, Xiang Wang, Guifang Yan, Juan Lei, Yu Zhou, Lei Wu, Ting Wang, Xiao Zhang, Duyun Ye, Yongsheng Li
Cellular Physiology and Biochemistry 45 (4), 1377-1389, 2018