11/01/2020
Hari ni farmasi irwan 2 ingin mmberitahu, Apakah itu Evening Primrose Oil (EPO)?
Evening primrose (atau dalam bahasa Latinnya Oenothera biennis) merupakan tumbuhan yang unik serta menarik yang juga dikenali sebagai ‘evening star’. Tumbuhan ini terdapat di kawasan iklim sederhana di Amerika Utara dan Eropah serta di tempat-tempat lain di seluruh dunia yang mempunyai iklim yang sama. Evening primrose oil (EPO) dihasilkan daripada biji benih tumbuhan yang unik ini.
Bahan aktif
Bahan aktif yang terdapat dalam evening primrose oil adalah asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik (asid lemak perlu). Asid lemak perlu adalah penting dalam badan bagi tujuan tumbesaran dan perkembangan.
Cara penggunaan
Evening primrose oil dijual sebagai pemakanan tambahan herba dan boleh didapati dalam bentuk oral dan ubat sapu. Ikut semua arahan yang ditulis pada pakej produk. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan berkenaan maklumat yang diberikan.
Kegunaan
*Evening primrose oil digunakan untuk melegakan ekzema (keadaan di mana kulit mengalami keradangan, menjadi gatal atau bersisik akibat alergi atau iritasi lain). Evening primrose oil dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit apabila ia disapukan pada kulit.
*Evening primrose oil juga digunakan untuk melegakan simptom-simptom fizikal dan psikologikal sindrom prahaid seperti sakit pada payudara akibat perubahan hormon semasa haid, serta simptom menopaus seperti ‘hot flushes’ serta kekejangan otot.
*Evening primrose oil digunakan untuk keadaan yang yang melibatkan keradangan seperti artritis reumatoid. Dalam kes ini, asid gamma linolenik yang terdapat dalam evening primrose oil menghalang penghasilan bahan kimia yang menyerupai hormon dalam darah yang dinamakan prostaglandin.
Boleh dapatkan di FARMASI IRWAN 2 SIDEC.