Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda,Bukit Mertajam

Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda,Bukit Mertajam Rumah anak anak yatim & asnaf,Bukit Mertajam Pulau Pinang

14/02/2025
14/02/2025
LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PULAU PINANG KE RUMAH ANAK YATIM & ASNAF KASIH AYAH BONDA SEMPENA PROGRAM B...
05/02/2025

LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PULAU PINANG KE RUMAH ANAK YATIM & ASNAF KASIH AYAH BONDA SEMPENA PROGRAM BACK TO SCHOOL📚

Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Pulau Pinang, YBhg Datin Hajah Sulastri Fethihana binti Swanto bersama AJK dah ahli PERKEP telah mengadakan lawatan kebajikan ke Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda di Taman Mega Jaya, Bukit Mertajam, sempena Program Back To School.
Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf yang menetap disini.
Terima kasih sudi melawat serta memberi sumbangan kepada rumah Bakti.
Sumbangan ini merangkumi kelengkapan persekolahan ,makanan dan barangan keperluan asas yang sangat diperlukan bagi menjaga kebajikan anak-anak disini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Semoga kita berjumpa lagi..In Sha Allah🌹

POGRAM WAKAF VAN RUMAH BAKTI KASIH AYAH BONDA ,BUKIT MERTAJAMAssalamualaikum w.b.t.Pelawaan mengambil bahagian dalam Pro...
12/02/2024

POGRAM WAKAF VAN RUMAH BAKTI KASIH AYAH BONDA ,BUKIT MERTAJAM

Assalamualaikum w.b.t.
Pelawaan mengambil bahagian dalam Program Saham Wakaf Van Rumah Anak² Yatim Kasih Ayah Bonda,Bukit Mertajam.
Mohon bantuan semua utk share kepada ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai

Mengalu alukan sumbangan amal jariah dari Tuan/Puan untuk membeli sebuah van untuk keperluan Pengangkutan anak² ke sekolah dan aktiviti² luar dan lain².
Buat makluman tuan/puan,dana yang di perlukan untuk membeli sebuah van adalah bernilai lebih kurang RM70,000.
Resit wakaf bernilai :
RM5/RM10/RM20/RM50

SAHAM AKHIRAT
Segala sokongan, dokongan dan keprihatinan Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal soleh yang berkekalan.

wakaf/infak boleh disalurkan terus ke akaun:
Akaun Bank Kerjasama Rakyat : 1102127685
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH AYAH BONDA BUKIT MERTAJAM)

🖊️sebarang pertanyaan atau makluman urusan transaksi sila hubungi:

📱Puan Syahirah 0143063756
📱En.Fizri 0149493756

Pada Tuan/Puan semua yang berhajat untuk mengambil bahagian dalam Wakaf Van ini boleh dm atau whatsapp saya terus pada link ini
http://www.wasap.my/60143063756

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

🏷️“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang solih”

Segala sumbangan amatlah dihargai dan semoga mendapat rahmat dan berkat dari Allah swt.

*Kemasukan Anak Yatim Tahun 2024*Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda Sedang mengambil pengambilan b...
14/01/2024

*Kemasukan Anak Yatim Tahun 2024*
Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah Bakti Kasih Ayah Bonda Sedang mengambil pengambilan baru tahun 2024 Kemasukan Bagi anak yatim/yatim piatu & asnaf yang memerlukan penjagaan dan pemerhatian dari segi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan sosial, penghargaan diri serta pencapaian hasrat diri.

*Syarat Kemasukan*
1. Perempuan sahaja
2. Berumur 7 hingga 12 tahun
3. Warganegara
4. Anak yatim,yatim piatu/asnaf.

Terdapat lagi 5 kekosongan, bagi yang berminat boleh hubungi:

014-3063756- Pn.Ira

08/10/2023
05/10/2023

Road To Jannah🚌

Satunya kenderaan rumah bakti yang banyak membawa anak ke sana sini telah rosak.Bagi yang ingin membantu untuk kos baik pulih & roadtax boleh sama sama membantu..

Tuan/Puan yang ingin memberikan infaq tunai Anda boleh menyalurkan sumbangan kepada :

Akaun Bank Kerjasama Rakyat : 1102127685
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH AYAH BONDA BUKIT MERTAJAM)
Tel: 014-3063756(puan Ira)

*Kos baik pulih & roadtax sebanyak Rm2,552*
1.Baiki(Anggaran kasar)-RM 2000
Roadtax(6bulan)-Rm552

Van kami juga dalam keadaan uzur,untuk memiliki sebuah van baru ,in sha Allah satu hari nanti ,Alhamdulillah jika dapat bergerak dulu.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Ibrahim: 7)

Address

No 54 Jalan Mega Jaya Taman Mega Jaya
Bukit Mertajam
14000

Telephone

+60143063756

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda,Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Kasih Ayah Bonda,Bukit Mertajam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram