Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam Perkhidmatan Agensi Kerajaan berasaskan untuk rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah

Sebelum ini, tetapan perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berdasarkan kepada jenis undang-undang dan paksaan. Tetapi sekarang, Agensi telah melaksanakan satu transformasi dengan penubuhan C & C 1Malaysia dengan konsep kesukarelaan, tiada undang-undang yang mengikat, dan tiada pra-syarat bagi sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan klinik dengan ketagihan penyalahgunaan dadah. Atas dasar untuk memberi rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C & C telah dibangunkan oleh sekumpulan pegawai dari Agensi dengan matlamat utama adalah untuk mengekalkan pemulihan dari pergantungan penyalahgunaan dadah.

-------------------------------------------------------------------

Previously, treatment and rehabilitation service settings in Malaysia is based on the legal and coercive nature. But now, the agency has been implementing a transformation with the establishment of the C & C 1Malaysia clinic with the concept of voluntariness, no binding legislation, and no prerequisite for anyone who has problems related to drug abuse addiction. On the basis to provide treatment and rehabilitation at best, C & C Model has been developed by a group of officer from the Agency with the primary objective is to maintain recovery from dependence of drugs abuse.

Sejak min update post semalam, banyak yang DM bertanya camana cara nak 'apply' masuk PUSPEN BM. Ramai berminat nampaknya...
30/11/2025

Sejak min update post semalam, banyak yang DM bertanya camana cara nak 'apply' masuk PUSPEN BM. Ramai berminat nampaknya ya. Hat bergaduh pasai PUSPEN BM pun ada, haih. Ni min ringkaskan kriteria dia na:

1. Lelaki
2. Umur: 18 tahun 1 hari ke atas
3. Tiada sakit kronik
4. Tiada kecacatan yg menghalang penglibatan program
5. Disahkan sebagai penagih atau penyalahguna dadah atau bahan semasa penilaian dilakukan ketika proses kemasukan.

Nak tanya lanjut, esok office hour call min: 04 5400 173. Nak walk-in mai sembang-sembang dulu pun boleh.

Nur Aini Hariz Kasin Andy Sulaiman, sila check cukup syarat dak?

Menjawab kepada rasa ingin tahu saudara Andy Sulaiman dan seluruh rakyat jelata masyarakat majmuk yang belum tahu, min r...
29/11/2025

Menjawab kepada rasa ingin tahu saudara Andy Sulaiman dan seluruh rakyat jelata masyarakat majmuk yang belum tahu, min ringkaskan begini:

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia ini induknya bang (min perasan abang ada petik dalam post terakhir abang tadi), di bawah induk ni, ada AADK Negeri, AADK Daerah dan PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik). Setiap AADK Daerah, diselia oleh AADK Negeri masing2.

AADK Daerah ni bang, depa jaga daerah masing-masing, depa buat program pencegahan dadah dalam komuniti, buat program pemulihan kepada orang dalam pengawasan AADK, buat program penguatkuasaan yang abang cakap tadi tu. Kadang tak dan kampoi bang, depa tak ramai..sebab tu dialu-alukan rakyat jelata join jadi sukarelawan AADK ( satgi pakat singgah wall AADK HULU PERAK na, dia ada update cara nak daftar SKUAD AADK). Skuad ni, depa la yang banyak bantu AADK Daerah masing-masing gerakkan dan buat program pencegahan dadah dalam komuniti serta aktif promot info pencegahan dadah melalui media sosial.

Pastu, PUSPEN. PUSPEN ni dulu hat orang panggil Pusat Serenti tu bang. La ni dah advanced, masih ada hat mandatori (masuk melalui tangkapan AADK Daerah dan perintah mahkamah) dan dah ada hat sukarela macam tempat min (mai sendiri elok2, bukan tangkapan atau perintah mahkamah, sapa pun tak tau).

Kalau la terlintas di fikiran abang, pasaipa tukaq jadi PUSPEN, perkara ini boleh membuatkan rakyat jelata keliru dan tertanya-tanya, yaaa.... memang itu tujuannya bang, contohlah: bayangkan kalau abang tiba-tiba hilang dari radar, pastu muncul setelah beberapa purnama, kendian customer peti ais ngan TV abang tanya, lama tak nampak bang, mana hilang? Kalau abang jawab, masuk pusat serenti, tak manis kan bunyinya? Berbanding abang jawab, ada..masuk PUSPEN kejap, tambah ilmu.. style an bunyi dia? Contoh ja bang.

29/11/2025

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Tuan Ramli Ismail atas pelantikan sebagai Pengarah Integriti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), berkuat kuasa 26 November 2025.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh agenda integriti, tadbir urus serta kecemerlangan perkhidmatan AADK.

Seluruh warga AADK mengucapkan selamat bertugas dan mendoakan kejayaan Tuan dalam memimpin fungsi integriti dengan penuh amanah dan dedikasi.

Ikhklas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah



25/11/2025
Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh...
24/11/2025

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam mengalu-alukan kehadiran Pn.Afiqah Fazana Bt. Ahmad Khalidik(Pembantu Antidadah)yang telah mula bertugas secara rasmi di PUSPEN Bukit Mertajam mulai 17 November 2025.

Semoga Pn.Afiqah Fazana segera menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya kerja di sini, serta bersama-sama mendidik, memulih dan membina semula kehidupan para klien ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Selamat datang, selamat bertugas, dan semoga terus berjaya dalam perkhidmatan

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh...
17/11/2025

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam mengalu-alukan kehadiran En. Muniandy A/L Kuppusamy (Pembantu Keselamatan)yang telah mula bertugas secara rasmi di PUSPEN Bukit Mertajam mulai 17 November 2025.

Semoga En. Muniandy segera menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya kerja di sini, serta bersama-sama mendidik, memulih dan membina semula kehidupan para klien ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Selamat datang, selamat bertugas, dan semoga terus berjaya dalam perkhidmatan

Sesi Bacaan dan Menandatangani Aku Janji oleh En. Muhammad Ikram bin Mohd Kamal dan Pn. Wan Nur Najmi binti Wan Jaafar b...
14/11/2025

Sesi Bacaan dan Menandatangani Aku Janji oleh En. Muhammad Ikram bin Mohd Kamal dan Pn. Wan Nur Najmi binti Wan Jaafar bersama Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh, Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam. Dua orang pegawai ini merupakan lantikan baru dalam sektor awam dan penempatan di PUSPEN Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Ini bagi memastikan komitmen serta pematuhan penuh terhadap tatakelakuan dan etika kerja yang dipertanggungjawabkan kepada warga PUSPEN Bukit Mertajam.

Dengan termetrai ikrar ini, diharapkan setiap pegawai akan terus mempamerkan prestasi kerja cemerlang serta mematuhi segala amanah yang telah diberikan.

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh...
14/11/2025

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam serta seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam mengalu-alukan kehadiran En. Mohd Raffi bin Che Long (Pembantu Keselamatan)yang telah mula bertugas secara rasmi di PUSPEN Bukit Mertajam mulai 14 November 2025.

Semoga En. Mohd Raffi segera menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya kerja di sini, serta bersama-sama mendidik, memulih dan membina semula kehidupan para klien ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Selamat datang, selamat bertugas, dan semoga terus berjaya dalam perkhidmatan

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL  SUKAN PUSPEN ZON UTARA TAHUN 2025Tarikh: 3 November 2025Masa: 8.00 malamTempat: Pusat Latihan...
10/11/2025

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL SUKAN PUSPEN ZON UTARA TAHUN 2025

Tarikh: 3 November 2025
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah

Sepanjang tahun 2025, telah berlangsung Karnival Sukan PUSPEN Zon Utara yang menghimpunkan 8 buah PUSPEN serta Pusat Latihan AADK.
Sebanyak 9 acara sukan telah dipertandingkan, melibatkan penyertaan aktif dan semangat kesukanan yang tinggi daripada setiap pasukan bertanding.

Karnival ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji ketangkasan dan kekuatan fizikal, tetapi juga memperkukuh semangat setiakawan, disiplin dan kerjasama berpasukan antara institusi di bawah PUSPEN Zon Utara.

Secara keseluruhannya, PUSPEN Bukit Mertajam telah berjaya meraih Naib Johan dengan perbezaan mata yang amat tipis di belakang PUSPEN PERLOP yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan Zon Utara 2025.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat juang tinggi dan disiplin sepanjang kejohanan ini.
Semoga kejayaan dan pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

KEJOHANAN BOLA SEPAK PUSPEN ZON UTARA 2025Tarikh : 3 November 2025Tempat : Padang Bola Sepak Pusat Latihan AADK,Sungai P...
07/11/2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK PUSPEN ZON UTARA 2025

Tarikh : 3 November 2025
Tempat : Padang Bola Sepak Pusat Latihan AADK,Sungai Petani ,Kedah.

Kejohanan Bola Sepak PUSPEN Zon Utara telah berlangsung dengan penuh semangat pada 3 November 2025 bertempat di Padang Bolasepak Pusat Latihan AADK ,Sungai Petani,Kedah. Sebanyak lapan (8) buah PUSPEN dan Pusat Latihan AADK selalu Tuan rumah telah menyertai kejohanan tahunan ini yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara kakitangan dan klien.

PUSPEN Bukit Mertajam telah menghantar seramai 15 orang kakitangan dan 16 orang klien untuk menyertai kejohanan tersebut. Dalam saingan kategori kakitangan, pasukan PUSPEN Bukit Mertajam hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kump**an, manakala pasukan klien p**a telah menunjukkan persembahan yang bertenaga dengan meraih tempat keempat.

Kejayaan yang diperoleh ini membuktikan komitmen, kerjasama berpasukan serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua wakil pasukan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama PUSPEN Bukit Mertajam.

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam mengalu-...
07/11/2025

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam mengalu-alukan kehadiran Puan Wan Nor Najmi Binti Wan Jaafar (Pembantu Khidmat Am)yang telah mula bertugas secara rasmi di PUSPEN Bukit Mertajam mulai 3 November 2025.

Semoga Puan Wan Nor Najmi segera menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya kerja di sini, serta bersama-sama mendidik, memulih dan membina semula kehidupan para klien ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Selamat datang, selamat bertugas, dan semoga terus berjaya dalam perkhidmatan

PROGRAM LAWATAN / HOME VISIT KE RUMAH BEKAS PENGHUNI  PUSPEN BUKIT MERTAJAM (PASCA PEMULIHAN)Tarikh : 05 November 2025 (...
05/11/2025

PROGRAM LAWATAN / HOME VISIT KE RUMAH BEKAS PENGHUNI PUSPEN BUKIT MERTAJAM (PASCA PEMULIHAN)

Tarikh : 05 November 2025 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Sekitar Kawasan Seberang Perai Utara,Pulau Pinang

Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Lawatan(Home Visit ) ke Rumah bekas penghuni PUSPEN Bukit Mertajam..
Program Lawatan (Home Visit) ini dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan proses pemulihan bekas penghuni selepas tamat menjalani rawatan di PUSPEN Bukit Mertajam. Selain itu, program ini turut menilai keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan semasa program pemulihan dijalankan di pusat Pemulihan.

Program ini telah dimulakan dengan Kibaran Bendera Malaysia serta Bendera Negeri Pulau Pinang sebagai tanda pelepasan peserta- peserta Konvoi Program Lawatan (Home Visit) ke Rumah bekas Penghuni PUSPEN Bukit Mertajam.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Tuan Wan Madihi (Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam), En. Suhaimi Che Mughter (Pengerusi ALP PUSPEN BM) serta 7 orang Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Bukit Mertajam. Tuan Wan Madihi dan En.Suhaimi Che Mughter serta rombongan turut menyantuni beberapa bekas penghuni bersama ahli keluarga masing-masing dalam suasana mesra dan penuh keprihatinan dan

Tuan Wan Madihi juga sempat meneliti rekod kehadiran serta penglibatan bekas klien dalam program pemulihan di peringkat komuniti dan daerah.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap usaha pemulihan, pihak Ahli Lembaga Pelawat (ALP) bersama PUSPEN Bukit Mertajam turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan makanan kepada bekas penghuni serta keluarga mereka.
Langkah ini bertujuan membantu meringankan beban hidup, selain memberi suntikan semangat agar bekas penghuni terus berusaha mengekalkan kehidupan yang stabil dan bebas daripada pengaruh dadah.

Sumbangan tersebut juga mencerminkan keprihatinan serta komitmen pihak ALP dan PUSPEN dalam memastikan bekas klien sentiasa mendapat perhatian dan sokongan moral selepas tamat program pemulihan di pusat.


Address

Jalan Kampung Baru
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram