06/02/2026
1. Awal tahun 2013 , saya dah nekad utk resign drpd kerja doktor kerajaan. Tiba2 mama saya sakit teruk, sampai tak boleh jalan . Mama sakit tulang belakang. Waktu tu saya masih kerja doktor bius. Tangguh kejap nak resign.
2. Memang dari kecil kot dah berangan nak beli Ferrari. Salah satu motivation saya waktu nak buka klinik tahun 2013 tu, saya nak beli Ferrari. Tu yang saya tulis. Status nak Ferrari tu jadi pembakar semangat saya.
3. Alhamdulillah, February 2013 , operation mama berjaya. Lepas operation mama boleh jalan balik. 2-3 lepas tu dah fully recover. Bila mama dah sihat , saya akhirnya resign drpd kerja doktor kerajaan dan buka klinik pertama saya.
4. Pengajaran daripada kisah saya ni, kita kene utamakan ibubapa. Mereka adalah segalanya. Tapi jgn jadikan alasan menjaga org tua sebab kita gagal. Kena pandai la susun waktu . Semua orang ada tanggungjawab. Pada masa sama kita kene jadi kaya supaya boleh bantu orang lain.
5. Saya start berniaga 2013. Tahun 2015 saya dah berjaya kumpul lebih rm1 juta. Tapi saya x beli Ferrari terus. Saya guna duit tu utk besarkan bisnes dulu. Technically tahun 2017 saya dah mampu beli Ferrari , tapi saya hold. Akhirnya saya beli juga pada tahun 2021. Selepas 8 tahun berniaga. Sabar tu penting.
6. Semoga kisah saya ni jadi pembakar semangat utk anak2 muda , InsyaAllah. Alhamdulillah sampai arini mama masih sihat. Tu paling happy utk saya. Subhanallah ❤️