Nerve Care Malaysia

Nerve Care Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nerve Care Malaysia, Medical Center, Jalan Perda Utama, Bukit Mertajam.

AWAS JIKA ANDA ALAMI KEBAS, SAKIT DI JARI..."Kerap bekerja menggunakan jari dan meluruskan tangan atau meletakkannya pad...
08/12/2018

AWAS JIKA ANDA ALAMI KEBAS, SAKIT DI JARI...

"Kerap bekerja menggunakan jari dan meluruskan tangan atau meletakkannya pada posisi tetap pada kebanyakan masa dikatakan mudah terdedah kepada STK atau memburukkan simptom-simptomnya."

TAHUKAH anda kaum wanita adalah tiga kali lebih mudah mengalami sindrom terowong karpal berbanding kaum lelaki? STK berasal daripada istilah bahasa Inggeris, carpal tunnel syndrome.

Ia merupakan kerosakan saraf yang paling biasa berlaku yang terdiri daripada simptom-simptom iaitu sakit, kebas dan mencucuk-cucuk (rasa sakit bagai dicucuk-cucuk jarum) terutama pada ibu jari, jari hantu dan jari manis.

MAKSUD STK
Teori pop**ar punca STK ialah ia berpunca daripada keradangan yang berlaku kepada terowong karpal iaitu laluan sempit yang terletak di bawah pangkal pergelangan tangan. Keradangan terowong karpal menyebabkan saraf median yang terletak di dalamnya tersepit.

Beberapa pencetus yang menyebabkan terowong karpal mengalami keradangan termasuk penggunaan tisu pergelangan tangan yang berlebihan, perubahan hormon, ubat-ubatan tertentu, usia meningkat tua, diabetes, penyakit degeneratif sendi dan artritis.

Dalam kebanyakan kes, STK berlaku berpunca daripada aktiviti tipikal harian termasuk kerap menggunakan peralatan bergegar, main peralatan muzik dan menaip komputer.

Kekerapan merangsang alat sulit bagi mencapai or**sm dan mengeluarkan sperma terutama jika dilakukan secara kasar dan pantas dipercayai sebagai punca sebahagian STK yang dialami oleh lelaki separuh umur.

Terdapat pendapat yang menyatakan kebanyakan STK berpunca daripada penggunaan otot fleksor (flexor muscle: otot berfungsi membantu membengkokkan jari-jari) secara berlebihan. Otot fleksor menggerakkan jari-jari dengan bantuan ekstensi korda dikenali sebagai tendon yang menyambungkan otot dengan tulang.

SIMPTOM
STK biasanya dialami secara beransur-ansur. Simptom-simptom berbeza-beza pada individu berbeza dari segi keamatan dan kekerapan. Ia datang dan pergi bergantung kepada penggunaan tangan dan jenis kerja yang dilakukan.

Simptom-simptom tipikal STK:

· Sakit, kebas atau mencucuk-cucuk pada tangan yang mengalaminya dan lebih dirasai pada ibu jari, telunjuk, jari hantu dan jari manis.

· Sakit dan mencucuk-cucuk boleh juga dialami pada lengan bawah dan bahu.

· Sukar untuk menggerakkan tangan dan jari seperti keadaan normal.

· Otot menjadi lemah dan (sesetengah orang) menggigil. Barang yang dipegang mudah terlepas dari genggaman.

· Sesetengah orang tidak dapat mempastikan di mana tangannya berada (kehilangan proprioception – semak judul sama di Wikipedia ).

· Simptom-simptom menjadi lebih buruk apabila tangan atau pergelangan tangan dibengkokkan. Menggenggam, membawa atau memegang sesuatu barang juga boleh menimbulkan simtom.

FAKTOR RISIKO
Kaum wanita lebih mudah mengalami STK mungkin kerana secara umumnya mereka mempunyai pergelangan tangan agak kecil yang menyediakan ruang sempit untuk saraf dan otot. Wanita separuh umur dikatakan lebih mudah mengalami STK berbanding wanita dalam kump**an usia lain.

Antara faktor risiko STK ialah mengandung, menopaus, obesiti, artritis, kegagalan buah pinggang, hipotiroidism, penggunaan kontraseptif oral dan kegagalan jantung. Faktor-faktor berpunca daripada kerosakan saraf ialah diabetes, mengambil alkohol, kekurangan atau berlebihan vitamin dan terdedah kepada bahan bertoksin.

INTERVENSI PERUBATAN MODEN
Doktor perubatan moden dikatakan mengpreskripsi ubat tahan sakit termasuk ubat kategori NSAID (dadah antiradang bukan steroid) bagi membantu penghidap mengurangkan rasa sakit. Jika STK didapati serius sesetengah doktor dikatakan mengpreskripsi steroid bagi meredakan kesakitan.

Untuk sesetengah keadaan STK misalnya kerana simptom-simptom berulang selama berminggu atau berbulan selepas menjalani rawatan bukan pembedahan atau didapati berlaku kerosakan saraf, doktor juga mengesyorkan penghidap menjalani pembedahan. Selepas pembedahan ligamen dikatakan akan tumbuh semula dengan ruang yang lebih luas untuk saraf median – membantu menyongsang STK.

Realitinya sesetengah orang dikatakan sukar menjalani kerja harian kerana kesakitan akibat pembedahan lambat sembuh dan setelah sembuh jari-jari tidak kembali berfungsi sebagaimana keadaan normal.

KAEDAH ALTERNATIF
Mengubah gaya hidup dengan mengelakkan punca keradangan termasuk antara lain tidak makan secara berlebihan, mengurangkan gula/nasi serta makanan bergoreng secara terendam lama dan kawal stres dengan bijak. Ambil makanan berantioksidan tinggi seperti pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sesetengah orang dikatakan menggantikan gula pasir dengan gula merah (molasses: kaya magnesium dan vitamin-vitamin B) dan mendapati STK beransur reda dan seterusnya menyongsang. Jika selepas beberapa bulan tidak reda, ambil satu biji vitamin B6 bersama 1 biji B kompleks sebagai penokok diet.

Minyak hati ikan kod ditambah sedikit serbuk kunyit asli ialah agen antiradang yang bagus dan pengambilan berterusan dipercayai boleh meredakan STK.

Pada masa sama urut lengan bawah, pergelangan tangan dan jari-jari menggunakan campuran minyak jarak dan minyak kelapa, lakukan 10 minit, dua hingga tiga kali sehari. Tambah dua hingga tiga titik minyak esen serai wangi murni ke dalam minyak urut anda untuk mendapatkan kelegaan segera. Minyak kelapa yang dipanaskan menggunakan suhu rendah dengan campuran sedikit halia, serai, cengkih dan lada hitam juga boleh membantu.

Berhenti rehat selama 10 minit untuk setiap jam terutama jika anda berkerja menggunakan peralatan bergetar atau menggunakan kekuatan tenaga yang banyak. Ketika berehat lakukan senaman ringkas ini. Genggam jari-jari, jadikan penumbuk kemudian buka genggaman dan lentikkan jari-jari (atau jarakkan jari-jari) semaksima mungkin. Ulang lima hingga 10 kali

MUKA HEROT DALAM TEMPOH 48 JAM !Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve.Si...
05/12/2018

MUKA HEROT DALAM TEMPOH 48 JAM !

Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve.

Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.

Antara selebriti ternama dikaitkan dengan penyakit ini adalah Slyvester Stallone, Pierce Brosnan, Angelina Jolie, George Clooney, Rano Karno, Nita Thalia dan Sam Bailey (Pemenang X Factor 2013).

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa termasuk kanak-kanak tetapi kebiasaannya mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun.

Tanpa mengira jantina, risiko menghidap penyakit gangguan saraf yang melumpuhkan sebelah otot muka itu adalah sama.

Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Shah Alam, Dr Sharifah Tahirah Aljunid, berkata Bell’s Palsy bersifat sementara dan terjadi apabila otot yang mengawal ekspresi muka tidak berfungsi kesan kecederaan atau gangguan kepada saraf muka.

Katanya, ramai tersalah anggap Bell’s Palsy sama dengan strok, tetapi sebenarnya tidak.

Walaupun strok dialami pesakit berusia 60 tahun ke atas, namun tidak mustahil menyerang pesakit lebih muda.

“Hanya selepas doktor mengambil sejarah terperinci mengenai keadaan pesakit dan menjalankan pemeriksaan sebelum mencapai diagnosis yang tepat,” katanya.

Kebiasaannya strok menunjukkan simptom lebih cepat berbanding Bell’s Palsy yang mungkin mengambil lebih daripada 48 jam untuk menunjukkan tandanya.

Kebanyakan mereka pulih selepas mendapatkan rawatan intensif berkaitan saraf berkenaan.

Dr Sharifah Tahirah berkata, penyakit ini memberi kesan berbeza antara seseorang pesakit, kelumpuhan yang dialami mungkin ringan atau lebih ketara dan serius.

“Berikutan gangguan saraf muka ini, otot muka tidak mendapat rangsangan otak dan menjadi lumpuh.

“Antara simptom termasuk muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri (drooping face), tidak boleh menutup mata dengan rapat, otot muka berkerut tanpa kawalan, air liur meleleh disebabkan bibir yang tidak dapat ditutup rapat dan mata serta mulut terasa kering.

“Pesakit hilang upaya merasa di bahagian hadapan lidah (impairment of taste), sensitif terhadap bunyi kuat, pening kepala, pertuturan kurang jelas dan kepayahan makan serta minum,” katanya.

Punca Bell’s Palsy

Bell’s Palsy secara amnya membabitkan kelumpuhan sebelah muka tetapi boleh melumpuhkan kedua-dua belah muka, walaupun begitu keadaan ini jarang berlaku sekitar satu peratus.

Dr Sharifah Tahirah, berkata serangan ini masih belum dikenal pasti tetapi ada beberapa faktor risiko serangan.

“Antaranya diabetes dan jangkitan saluran pernafasan. Jangkitan virus pada saraf menyebabkan keradangan dan bengkak, sekali gus menyebabkan saraf tidak gagal berfungsi dengan sempurna,” katanya.

Kebanyakan pesakit Bell’s Palsy boleh sembuh sepenuhnya tanpa rawatan. Lazimnya tempoh rawatan untuk sembuh mengambil masa dalam tempoh 14 hari sehingga enam bulan.

Pesakit akan menjalani sesi fisioterapi untuk melakukan urutan dan senaman muka bertujuan membantu otot untuk berfungsi dengan sempurna.

Dahulu ada pembedahan dilakukan tetapi berisiko mengakibatkan kecederaan kekal terhadap saraf muka dan kehilangan pendengaran pesakit, kini prosedur berkenaan dihentikan bagi mengelak komplikasi.

“Pengambilan ubat ‘Corticosteroids’ seperti prednisolone bertujuan mengurangkan kesan radang dan bengkak pada saraf. Seeloknya rawatan ini dimulakan secepat mungkin supaya lebih berkesan.

“Begitu juga ubat anti viral, walaupun keberkesanannya masih kurang, adakala boleh diberi bersama ‘corticosteroids’ untuk kes serius, kira-kira 30 peratus pesakit yang dirawat, gagal sembuh sepenuhnya.

“Akibatnya mereka mengalami pemulihan yang lambat, wajah cacat, trauma psikologi dan kesakitan pada muka,” katanya.

INFO

Mengenai Bell’s Palsy

* Sempena nama seorang pakar bedah Scotland, Sir Charles Bell

* Didiagnos pada abad ke-19

* Dikenal pasti selepas 48 jam pesakit mengalaminya.

* Punca kerosakan pada satu saraf muka.

* Kelumpuhan kebiasaannya membabitkan sebelah muka meliputi dahi sampai ke dagu.

* Pernah menyerang kanak-kanak berusia enam tahun

NEUROLOGI DAN PEMBEDAHAN SARAF. NeurologiNeurologi merupakan bidang diagnosis dan rawatan semua gangguan dan penyakit ya...
02/12/2018

NEUROLOGI DAN PEMBEDAHAN SARAF.

Neurologi

Neurologi merupakan bidang diagnosis dan rawatan semua gangguan dan penyakit yang melibatkan sistem saraf pusat serta periferi.

Penyakit neurologi didiagnosis daripada catatan rekod yang terperinci, pemeriksaan saraf dan fizikal yang mendalam, serta siasatan yang bersesuaian

Penyakit neurologi berbeza daripada penyakit psikiatri. Penyakit neurologi melibatkan sebahagian daripada sistem saraf manakala penyakit psikiatri p**a melibatkan keadaan kesihatan mental yang memberi kesan kepada perangai, pemikiran, dan kelakuan

Pembedahan Saraf

Pembedahan saraf merupakan pengkhususan pembedahan yang cuba menyembuhkan penyakit otak, saraf, dan saraf tunjang

Antara keadaan yang memerlukan pembedahan saraf termasuklah keretakan tengkorak dan pendarahan otak yang disebabkan trauma. Tumor otak dan tumor tulang belakang, saraf tunjang, dan saraf periferi juga mungkin memerlukan pengeluaran secara pembedahan yang dibuat pakar bedah saraf.

SISTEM SARAF PADA MANUSIA DAN FUNGSINYASistem saraf pada manusia secara bersama-sama dengan sistem hormon, mempunyai per...
01/12/2018

SISTEM SARAF PADA MANUSIA DAN FUNGSINYA

Sistem saraf pada manusia secara bersama-sama dengan sistem hormon, mempunyai peranan dalam memelihara fungsi-fungsi utama dari tubuh.

Secara umum sistem saraf sendiri memiliki peranan untuk mengatur, seperti contohnya kontraksi yang terjadi pada otot, perubahan-perubahan pada alat tubuh yang terdapat di bagian dalam yang boleh berlangsung dengan sangat cepat, dan juga kecepatan proses sekresi pada beberapa bahagian kelenjar endokrin.

Sistem saraf pada manusia mempunyai sifat seperti mengatur yang tentunya sangat kompleks dan juga khusus.

Sistem saraf tersebut akan menerima berjuta-juta berbagai bentuk rangsangan yang awal mulanya berasal dari berbagai bagian organ. Semua bentuk rangsangan tersebut, kemudian akan bersatu untuk menentukan interaksi dan respon apa yang sebenarnya akan diberikan oleh bahagian-bahagian tubuh.

Bentuk rangsangan boleh juga berasal dari bagian luar tubuh (yang disebut sebagai rangsangan eksternal) dan juga bentuk rangsangan dari bagian dalam tubuh (yang disebut sebagai rangsangan internal).

4 KEMAMPUAN OTAK MANUSIA YANG MUNGKIN BELUM ANDA TAHU______________________________________________Tahukah Anda, bahwa 8...
28/11/2018

4 KEMAMPUAN OTAK MANUSIA YANG MUNGKIN BELUM ANDA TAHU
______________________________________________

Tahukah Anda, bahwa 80 persen isi dari tulang tengkorak Anda adalah otak? Bila digabungkan saja, berat keseluruhan cairan dan darah yang terdapat pada otak Anda kira-kira sebanyak 1,7 liter.

Otak adalah salah satu organ terpenting pada tubuh, karena merupakan pengatur dan koordinator segala aktivitas dalam tubuh. Organ ini juga memiliki kemampuan untuk berubah dan beradaptasi dengan kebutuhan, atau yang lebih dikenal dengan salah satu sifat otak, plastisitas. Berikut beberapa fakta lain mengenai kemampuan otak Anda yang mungkin tidak Anda ketahui.

1. OTAK MANUSIA TERNYATA MEMILIKI KEMAMPUAN UNTUK MENYEMBUHKAN LUKA

Kemampuan otak ini dibuktikan dengan penelitian yang dilakukan oleh Ohio University dengan memberikan luka kecil pada kulit beberapa pasangan suami istri. Mereka lalu diminta untuk mendiskusikan atau memperdebatkan banyak hal. Para peneliti ini kemudian melakukan pengukuran beberapa minggu setelah pemberian luka. Hasil pengukuran yang mereka dapatkan kemudian adalah, luka kecil tersebut sembuh 40 persen lebih lambat pada kulit pasangan yang memiliki pendapat negatif, dibandingkan pada pasangan yang memiliki pendapat positif.

Kondisi ini diperkirakan terjadi karena saat Anda memberikan pendapat negatif dengan emosi yang negatif, tubuh Anda melepaskan hormon-hormon stres seperti kortisol dan adrenalin, yang justru menghambat sinyal protein yang dilepaskan oleh tubuh untuk menyembuhkan luka tersebut. Sehingga proses penyembuhan punberjalan lebih lambat.

2. STRES DAPAT MEMBUAT OTAK ANDA MENUA LEBIH CEPAT

Kemampuan otak ini didukung oleh suatu penelitian yang dilakukan oleh University of California yang mengungkapkan bahwa, pelepasan kortisol oleh tubuh Anda secara rutin saat Anda tertekan, dapat mempengaruhi suatu bagian vital pada otak, yang berperan dalam penyimpanan memori jangka panjang.

Hal ini didukung oleh seorang dokter Beth Israel Medical Center, Roberta Lee, yang mengatakan bahwa, sebagian besar pasiennya yang mengeluhkan mudah lupa, memiliki gaya hidup yang rentan merasa tertekan.

3. OTAK ANDA BELAJAR DARI TINDAKAN

Otak Anda memiliki suatu bagian yang mampu otomatis merefleksikan apa yang Anda lihat dan Anda pernah lakukan, yang dikenal dengan mirror neuron system. Kemampuan otak ini didukung oleh penelitian yang dilakukan oleh University of Parma, yang melakukan penelitian terhadap reaksi otak kera saat kera tersebut melihat peneliti melakukan suatu aktivitas tertentu, dalam hal ini mengambil kacang. Hasil dari penelitian tersebut adalah ternyata dalam otak kera tersebut, terjadi visualisasi yang serupa dengan aktivitas yang dilakukan oleh peneliti tadi.

Penelitian ini lalu didukung oleh seorang ahli neurologi, Marco Lacoboni, yang mengatakan bahwa ini merupakan alasan mengapa Anda turut merasakan kesedihan seseorang saat orang tersebut sedang berjuang dalam suatu kesakitan atau kondisi yang tidak menyenangkan.

4. OTAK SEMAKIN MAMPU MENGINGAT MESKI USIA MENUA

Kemampuan otak ini didukung oleh penelitian yang dilakukan oleh Grill Spector terhadap 22 anak berusia 5-12 tahun dan 25 orang dewasa berusia 22-28 tahun. Penelitian dilakukan dengan meminta para partisipan untuk memperhatikan beberapa gambar wajah dan gambar suatu lokasi.

Hasil dari penelitian ini lalu menunjukkan bahwa, dengan menggunakan suatu alat pemindai otak, volume jaringan otak yang digunakan peserta dewasa 12% lebih banyak dibandingkan dengan volume jaringan otak yang digunakan oleh peserta berusia anak-anak, saat mereka diuji untuk menyadari ada tidaknya kemiripan wajah antara beberapa gambar yang diberikan pada mereka.

Hal ini kemungkinan dapat terjadi karena adanya evolusi dari cabang-cabang sel saraf pada otak yang berkaitan dengan kemampuan otak dalam mengenali wajah (fusiform gyrus), yang melebarkan dan memperbesar dirinya sendiri.

PENGGUNAAN KEMAMPUAN OTAK SECARA OPTIMAL
______________________________________________

Kemampuan-kemampuan otak seperti yang telah disebutkan di atas dan tentu akan lebih optimal bila otak berada pada kondisi yang sehat. Dengan melakukan aktiviti fisik, makan makanan yang sehat dan tidur yang cukup serta dengan penggunaan otak dalam kegiatan seperti bermain catur dan bermain alat musik tentu akan lebih meningkatkan produktiviti otak.

AWASI PETANDA AWAL KEROSAKAN SISTEM SARAFOrgan-organ badan tidak berfungsi dengan baik sekiranya berlaku gangguan pada s...
27/11/2018

AWASI PETANDA AWAL KEROSAKAN SISTEM SARAF

Organ-organ badan tidak berfungsi dengan baik sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf. Ini kerana apabila sistem saraf rosak, fungsinya iaitu menghantar impuls dari otak ke sistem saraf pusat dan kemudian kepada semua bahagian badan akan terhalang.

Gangguan ini dikenali sebagai neuropati periferal, atau kerosakan saraf periferal. Pelbagai perkara menjadi sebab kerosakan gangguan sistem saraf, antaranya ialah kecederaan, penyakit autoimun, diabetes, angin ahmar atau kesan sampingan ubat-ubatan.

Menurut laporan portal kesihatan Healthline, gangguan atau kerosakan sistem saraf ini boleh dikesan menerusi beberapa gejala yang muncul sebagai simptom awal kerosakan saraf.
Jika ia tidak dirawat dengan segera masalah ini boleh membawa risiko kekal seperti lumpuh.

Mari kita lihat gejala kerosakan saraf periferi dan simptomnya.
1. Sesemut

Ramai orang mengambil masalah sesemut (tingling) sebagai satu perkara yang ringan dan biasa. Tetapi ramai yang tidak sedar, sesemut boleh menjadi salah satu petanda kerosakan saraf periferi. Gejala ini akan menyebabkan seseorang berasa berlakunya denyutan seperti arus elektrik di sekitar tangan dan kaki, terutamanya di jari jemari.

Sesemut yang berlaku untuk tempoh masa pendek tidak perlu dirisaukan namun jika gejala ini berlanjutan berlaku berulang kali, untuk tempoh masa yang panjang, maka segera berjumpa dengan doktor.

2. Sakit rematik

Sensasi rasa terbakar atau kesemutan akan merebak dari bahagian belakang ke kaki. Ia akan menyebabkan rasa sakit di sekitar pinggul. Ia bermakna saraf sciatic iaitu saraf di sekitar tulang belakang ke pelvis tertekan atau mengalami kerosakan.

3. Kesukaran untuk bergerak

Kerosakan saraf juga menghalang aliran darah yang akhirnya menyebabkan tubuh rasa kaku dan sukar untuk bergerak. Kerosakan saraf yang berlaku pada saraf motor p**a mengakibatkan kelumpuhan dan gejala ini memberi isyarat anda berdepan masalah yang lebih serius dan perlu ditangani segera.

4. Kelewatan tindak balas otak

Anda rasa lambat bertindak balas? Ia juga memberi indikasi kepada kegagalan sistem saraf. Kerosakan saraf dikatakan memberi kesan kepada otak bertindak balas di mana saraf deria gagal berfungsi dengan baik.

Misalnya anda tidak merasa atau lambat mengesan rasa sakit tangan anda yang terbakar kerana tersentuh api. Dalam kes ini, saraf deria ‘didiamkan’ dan tidak memberi maklumat kepada otak mengenai keadaan tangan yang cedera.

5. Sakit kepala

Usah meremehkan sakit kepala biasa dengan masalah berkaitan sakit saraf. Sakit kepala bersifat umum namun ia juga antara simptom kerosakan sistem saraf.

Apabila ia berlaku berulang kali dan untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin perlu berjumpa doktor. Ini kerana kesakitan itu mungkin disebabkan oleh cengkeraman saraf di leher.

JEJAS KUALITI HIDUP!Fibromialgia ialah sejenis gangguan sakit rangka otot jangka panjang (kronik) yang meluas dengan gej...
26/11/2018

JEJAS KUALITI HIDUP!

Fibromialgia ialah sejenis gangguan sakit rangka otot jangka panjang (kronik) yang meluas dengan gejala seperti tidur terganggu, kelesuan pada awal pagi, sakit kepala, hilang ingatan jangka pendek, kerengsaan pada pundi kencing dan kadangkala sindrom kerengsaan usus. Isyarat kesakitan akan diproses oleh otak dan dari sinilah ia menentukan tahap kesakitan yang dialami.

Masalah kesakitan kronik ini ialah satu jenis penyakit saraf dan dikenali sebagai kesakitan tidak mencucuk yang berterusan. Fibromialgia digambarkan sebagai gangguan amplifikasi kesakitan pusat iaitu tahap kesakitan di bahagian otak berada pada paras terlalu tinggi.

Keadaan ini adalah masalah umum yang menjejaskan dua hingga lima peratus penduduk dan ia lebih kerap dialami wanita pada usia muda sehingga pertengahan umur.

Kemungkinan untuk wanita mengalami fibromialgia adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding lelaki. Penyakit ini sering disilap diagnos sebagai penyakit degeneratif (osteoartritis) kerana simptomnya yang seakan-akan sama.

Pakar Perunding Reumatologi dan Doktor Perubatan Dalaman Dr A Ramani berkata, punca fibromialgia tidak diketahui dan ia lazimnya berlaku selepas pesakit mengalami trauma fizikal, kedukaan, tekanan yang tinggi, pembedahan atau jangkitan.

Katanya, ia kadangkala berlaku secara beransur-ansur tanpa sebarang penyebab utama dan walaupun fibromialgia boleh menjejaskan kualiti hidup, ia masih dianggap sebagai tidak memudaratkan dari segi perubatan.

Menurutnya, fibromialgia juga tidak menyebabkan serangan jantung, strok, kanser, kecacatan fizikal mahupun kehilangan nyawa.

Gejala Fibromialgia

Simptom utama fibromialgia termasuk:

- Kesakitan meluas

- Kelesuan (keletihan yang melampau)

- Gangguan tidur

Simptom sampingan:

- Sindrom kerengsaan usus (cirit-birit atau sembelit)

- Kerengsaan pundi (keperluan segera untuk buang air kecil)

- Mudah terganggu

- Sakit kepala

- Hilang ingatan jangka pendek

- Rasa menggelenyar, kebas atau bengkak pada tangan kerana peredaran darah kurang baik

Keadaan lain yang dikaitkan dengan fibromialgia:

- Kelesuan

- Kemurungan atau keresahan

- Sakit sendi

- Sindrom kaki resah

- Kekeringan mata

- Gangguan sendi temporomandibular - sakit pada sendi rahang yang terhubung pada tengkorak

- Hipotiroidisme

Simptom yang dialami oleh pesakit adalah berbeza dan berlainan dari hari ke hari. Simptom kesakitan yang menjadi lebih teruk akan menjejaskan kehidupan seharian pesakit.

Disebabkan keletihan yang melampau, penghidap fibromialgia tidak dapat berfikir secara jelas atau mereka juga boleh mengalami hilang ingatan jangka pendek. Keadaan ini dikenali sebagai kabut fibro (kabut otak).

Pesakit yang mengalami kabut otak akan menunjukkan kemerosotan prestasi dalam menjalankan tugasan membabitkan ingatan jangka pendek, ingatan pengenalan kembali, ingatan bebas di samping kemahiran dan kefasihan untuk bertutur.

Pesakit juga mungkin mengalami kekeliruan mental, penurunan memori dan masalah dalam pertuturan. Kesakitan boleh dirasai di seluruh badan atau mungkin lebih menyakitkan di bahagian badan tertentu dan kadangkala cuaca juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan.

Diagnosis

Berdasarkan pemerhatian pakar reumatologi, fibromialgia ialah gangguan kedua paling umum dan secara purata, ia mengambil masa lebih dua tahun untuk mengesahkan seseorang itu menghidap penyakit ini, dengan kira-kira 75 peratus daripada penghidapnya belum didiagnos.

Kegagalan membuat diagnosis pada peringkat awal menyebabkan impak sosioekonomi, yang mengakibatkan pembaziran sumber yang besar, selain kehilangan produktiviti dan kualiti kehidupan.

Menurut Dr Ramani, tiada ujian darah, ujian sinar-x atau imbasan khusus yang boleh dibuat untuk mengenal pasti fibromialgia.

Ini menjadikan diagnosisnya sukar kerana simptomnya berubah-ubah dan mungkin menyerupai penyakit lain, contohnya penyakit hipotiroid, kekurangan vitamin D dan masalah autoimun lain seperti artritis reumatoid.

“Doktor lazimnya akan menjalankan ujian darah untuk memastikan simptom yang dialami bukan disebabkan punca yang lain,” katanya.

Punca

Punca penyakit ini tidak diketahui. Pesakit lazimnya berdepan dengan tekanan yang menyebabkan mereka mengalami gangguan tidur.

Faktor tekanan ini mungkin bersifat emosi yang lahir daripada masalah hubungan peribadi, kehilangan ahli keluarga, tekanan di tempat kerja atau sakit akibat kecederaan fizikal, selepas pembedahan besar atau disebabkan artritis.

Bagaimanapun, katanya, sesetengah pesakit tidak menyedari punca tekanan mereka. Kajian yang dijalankan ke atas gelombang otak menunjukkan pesakit fibromialgia tidak dapat tidur nyenyak.

Penyelidikan menerusi imbasan otak khas p**a menunjukkan jika gangguan tidur berterusan ia boleh mengakibatkan perubahan kepada sistem saraf otak untuk memproses kesakitan.

Kesannya ialah hipersensitiviti dan tahap kesakitan akan lebih dirasai. Walaupun kesakitan fibromialgia berbeza daripada rasa sakit yang biasa dialami selepas trauma fizikal, tidak bermakna ia harus diabaikan sama sekali.

Selepas mengalami trauma fizikal, pesakit selalu berasa sakit di tempat kecederaan dan apabila pulih, kesakitan itu akan hilang.

Dalam fibromialgia p**a, rasa sakit tidak tertumpu kepada bahagian tertentu dan ini menjadikannya sukar pulih atau dirawat.

Bagi kebanyakan orang, mengalami sedikit tekanan mungkin tidak menyakitkan, tetapi bagi penghidap fibromialgia, rasanya amat menyakitkan.

Keadaan emosi seseorang boleh memburukkan lagi kesakitan dan secara tidak disedari, ini boleh menimbulkan tekanan dan kemurungan.

Interaksi di antara faktor fisiologi, neurologi dan psikologi menyebabkan fibromialgia dan kitaran kesakitannya, gangguan tidur dan kelesuan berterusan.

Rawatan dan Pengurusan

Tiada penawar bagi fibromialgia, tetapi rawatan boleh diberikan berasaskan usaha mengawal simptom. Pengurusan diri adalah penting dalam hal ini.

Doktor akan berusaha melegakan simptom kesakitan, di samping mengubah sikap pesakit terhadap penyakit mereka dan mendidik amalan yang dapat membantu pesakit menangani masalah dihadapi.

Pendekatan ini merangkumi rancangan pengurusan pelbagai cara yang termasuk rawatan bukan farmakologi, iaitu seperti tidur yang sihat, senaman, terapi fizikal, urut, akupuntur, terapi tingkah laku kognitif dan sokongan pengurusan diri, di samping rawatan farmakologi iaitu seperti ubat penahan sakit, penenang dan ubat neuropati khusus.

Setiap aspek rawatan adalah sama penting dan pengambilan ubat semata-mata tidak akan membantu penghidap fibromialgia.

1. Rawatan bukan farmakologi

Rawatan bukan farmakologi termasuk sesi rawatan dengan ahli fisioterapi. Kaedah fisioterapi utama ialah hidroterapi iaitu senaman dalam air suam. Ini membantu mengendurkan dan mengentalkan otot kerana air menyokong berat badan dan menjadikan anggota badan tidak begitu sakit untuk digerakkan.

Fisioterapi membantu memperbaiki postur, kualiti hidup dan membantu pesakit beransur-ansur aktif.

Ini penting kerana apabila berasa sakit, pesakit kurang bergerak dan ini menjadikan otot mereka kurang cergas.

Lama-kelamaan ia menyebabkan kelemahan dan kesakitan selanjutnya. Perlu diingat bahawa jika anda tidak menggunakan otot, kekuatannya akan merosot.

2. Terapi Tingkah Laku Kognitif

Kesakitan kronik boleh menyebabkan perubahan dalam kesihatan emosi seseorang. Ia mempengaruhi mood menyebabkan pesakit berasa sedih, resah, murung dan ketakutan.

Kebimbangan mengenai kesakitan yang semakin teruk menyebabkan pesakit mengelakkan sebarang aktiviti, dan kesannya ialah keadaan otot semakin menjadi kurang cergas dan lemah kerana tidak digunakan.

Terapi tingkah laku kognitif (CBT) membantu memberi tumpuan memisahkan aspek kesakitan yang berbeza, menjadikannya lebih mudah untuk diurus dan ditangani. Perubahan kecil dalam satu aspek seperti tingkah laku boleh meningkatkan tahap kesihatan emosi dan fizikal.

Pesakit diajar teknik bertenang, senaman pernafasan dan pendekatan mengawal tahap aktiviti kehidupan. Pesakit fibromialgia akan menghadapi hari yang sihat dan kurang sihat. CBT mengajar cara untuk menangani hari yang kurang sihat.

Pada hari pesakit berasa sihat, mereka perlu mengawal aktiviti kerana mereka cenderung melakukan terlalu banyak aktiviti, menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada keesokan harinya.

Kaunselor juga mengajar pesakit agar menjaga diri pada hari mereka kurang sihat. Keadaan ini menyebabkan mereka cepat resah.

3. Rawatan farmakologi (ubat-ubatan)

Matlamat utama rawatan farmakologi adalah untuk mengawal corak tidur, menguruskan kesakitan dan kemurungan yang dikaitkan dengan fibromialgia. Rawatan ini tidak memulihkan fibromialgia, tetapi ia membantu mengawal simptom supaya pesakit boleh melakukan sedikit kegiatan fizikal ringan dan menikmati kualiti kehidupan yang baik.

Kesimp**an

Fibromialgia tidak seharusnya mengekang kehidupan. Dengan kombinasi rawatan termasuk ubat-ubatan, pengurusan tekanan dan aktiviti fizikal dan penjagaan diri yang rapi, pesakit boleh menjalani kehidupan yang normal dan memuaskan.

Mereka yang mempunyai gejala atau simptom fibromialgia atau sebarang bentuk sakit saraf digalak mendapatkan nasihat perubatan dan menerima rawatan yang sewajarnya.

Ini bukan saja untuk meredakan simptom kesakitan dan memastikan fungsinya tidak terjejas, tetapi lebih penting, mengurangkan komplikasi jangka panjang serta tekanan dan masalah berterusan bagi diri pesakit dan juga insan tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 2:06 PM

25/11/2018

DIABETES PEROSAK SARAF

Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun sehingga lelaki berkenaan kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong.

Ayahnya didiagnosis dengan diabetes 15 tahun lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat penyakit itu dengan gejala seperti rasa kebas dan berdenyut-denyut pada kakinya.

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami gejala sama dengan yang dialami ayah Hana? Jika ya, teruskan membaca.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki. Marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan komplikasinya.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelak daripada bahaya dan jauh daripada benda yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tahap keseriusan gejala kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit kepada seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan, iaitu tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah gejala biasa bagi kerosakan saraf.

Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk, manakala orang lain p**a merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes membawa kepada amputasi?

Pemotongan ialah komplikasi neuropati yang boleh menjadi serius. Tahukah anda bahawa risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar kepada seorang penghidap diabetes berbanding seorang yang normal?

Kemungkinan seorang penghidap diabetes terpaksa dipotong kaki lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar kecederaan yang dialami dan ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka, seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama dalam merawatnya ialah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada dalam julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya gejala akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah yang selanjutnya.

Saintis Jepun mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin iaitu satu bentuk vitamin B12 yang aktif untuk regenerasi saraf.

Mecobalam ialah sebentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan sianokobalamin iaitu bentuk B12 yang tidak aktif kepada mecobalamin kerana ia aktif secara oral.

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisme unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang. Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuk neuropati periferal.

Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menggalakkan saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Diabetes Mellitus mendapati bahawa mecobalamin sebanyak 1500mcg sehari yang diambil setiap hari mengurangkan berlakunya gejala polineuropati diabetes yang biasa dan tidak menyenangkan seperti rasa kebas, sesemut, lemah dan sakit. Selain itu, gejala baru tidak muncul dalam tempoh pemerhatian selama 24 minggu.

Tanyalah ahli farmasi anda mengenai jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak.

Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 7:51 AM

2018 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

Address

Jalan Perda Utama
Bukit Mertajam
14000

Telephone

01140686445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nerve Care Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category