PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka

PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka, Jalan 16, Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Bukit Rambai.

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamatE - Elak a...
11/04/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

11/04/2026

Check out Perpustakaan Negara Malaysia’s video.

Assalammualaikum Pagi Sabtu yang tenang… 🌀️Selamat pagi Sabtu!Cuaca hari ni cerah dengan awan yang indah, memang mood te...
11/04/2026

Assalammualaikum Pagi Sabtu yang tenang… 🌀️

Selamat pagi Sabtu!
Cuaca hari ni cerah dengan awan yang indah, memang mood terbaik untuk mulakan hari πŸ’™
Ambil nafas dalam-dalam, nikmati ketenangan pagi… walau sibuk nanti, jangan lupa senyum 😊
Semoga hari ni dipermudahkan segala urusan.



10/04/2026

Pagi-pagi, benda pertama yang ramai cari mesti secawan kopi pekat. Nak kasi mata cepat buka, katanya.

Bila ditegur suruh minum air kosong dulu, jawapannya: "Tak boleh telan air kosong pagi-pagi, rasa nak mual."

Sedar tak, waktu anda tidur selama 6 hingga 8 jam, badan anda sedang berpuasa dan mengalami dehidrasi ringan. Perut anda kosong, dan asid perut sedang berkumpul.

Tiba-tiba, sebaik sahaja buka mata, anda terus 'humban' secawan kopi pekat yang berasid ke dalam perut. Terkejut organ dalaman tu! Inilah salah satu penyumbang utama kenapa ramai pekerja kita sekarang mengadu sakit gastrik dan GERD (angin naik ke dada) setiap pagi.

Cuba ubah mindset dan rutin pagi anda. Bayangkan segelas air suam atau air kosong di waktu pagi sebagai satu sesi 'mandi pagi' untuk organ dalaman anda.

Sama macam anda mandi untuk bersihkan daki di badan luar, organ dalaman anda juga perlukan air untuk dicuci sebelum mula bekerja keras sepanjang hari:

1. Siram Toksin: Air kosong bantu buah pinggang 'flush' atau singkirkan sisa toksin yang diproses sepanjang anda tidur malam tadi.

2. Kejutkan Usus: Ia bertindak sebagai pelincir untuk kejutkan sistem pencernaan. Barulah lancar proses membuang (berak) pagi tu, dan tak sembelit.

3. Cairkan Asid Perut: Ia meneutralkan asid perut yang pekat, menyediakan lapisan perut anda dengan selamat sebelum anda mula makan sarapan atau minum kopi.

Bukan tak boleh minum kopi pagi-pagi. Boleh sangat. Tapi berikan hak organ anda dahulu. 'Mandikan' buah pinggang dan usus anda dengan segelas air kosong sebaik sahaja kaki jejak lantai.

Kongsikan motivasi kesihatan ini. Tag kawan ofis anda yang pantang nampak air kosong tu supaya mereka ubah tabiat!

10/04/2026

Nak pastikan produk yang kita guna betul-betul halal? Ini cara paling mudah untuk semak πŸ‘‡

βœ… Layari Portal Halal Malaysia
Cari β€œHalal Malaysia Portal” dan klik bahagian β€œVerify Halal Status”.

πŸ” Masukkan Butiran Produk
Taip nama produk (disarankan dalam Bahasa Inggeris), kemudian pilih negeri dan kategori berkaitan.

πŸ“‹ Semak Senarai Syarikat
Portal akan paparkan syarikat yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

⚠️ Kenal Pasti Status Sijil
Perhatikan juga jika sijil tersebut masih aktif atau telah ditarik balik.

Jangan ambil ringan bab halal β€” semak dulu, baru yakin πŸ’―

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Agama Islam Melaka

Assalamualaikum.. Salam Jumaat🌸
10/04/2026

Assalamualaikum.. Salam Jumaat🌸

BERHENTI BERBANGGA DENGAN PENAT.ITU BUKAN SEMANGAT β€” ITU KECEMASAN YANG PERLAHAN.Berapa ramai antara kita hari ini…bangg...
09/04/2026

BERHENTI BERBANGGA DENGAN PENAT.
ITU BUKAN SEMANGAT β€” ITU KECEMASAN YANG PERLAHAN.

Berapa ramai antara kita hari ini…
bangga bila boleh cakap:

β€œAku tidur 4–5 jam je.”
β€œAku kerja sampai penat gila.”
β€œAku tak sempat rehat, sibuk sangat.”

Nampak macam rajin.
Nampak macam kuat.
Nampak macam berjaya.

Tapi hakikatnya…

Itu bukan tanda kekuatan.
Itu tanda badan sedang dipaksa melebihi hadnya.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

PENAT YANG BERTERUSAN = β€œSLOW EMERGENCY”

Bukan kecemasan yang tiba-tiba.
Bukan sakit yang terus nampak.

Tapi jenis yang:
senyap
perlahan
dan terkumpul setiap hari

Hari ini:
rasa letih
kurang fokus
mudah lupa

Beberapa tahun nanti:
tekanan darah naik
gula darah tak stabil
lemak visceral meningkat
emosi tak terkawal

Dan akhirnya…

badan mula β€œcollect” semua hutang yang kita buat.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

KAJIAN TERKINI: OTAK BOLEH β€œTUA” LEBIH CEPAT

Kajian besar (2025) melibatkan lebih 27,000 orang dewasa menunjukkan:

πŸ‘‰ Corak tidur yang buruk
➑️ meningkatkan keradangan dalam badan
➑️ mempercepatkan penuaan otak

Dalam bahasa mudah:

Orang yang kurang tidur,
otaknya nampak lebih tua dari umur sebenar.

Bukan sekadar rasa penat.

Struktur otak pun berubah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

APA SEBENARNYA JADI DALAM OTAK KETIKA KITA TIDUR?

Ramai sangka tidur hanya untuk rehat.
Sebenarnya…

Tidur adalah waktu badan β€œrepair & reset”.

1. 🧼 Otak buang toksin (Glymphatic System)
Setiap malam, otak kita β€œcuci” sisa toksik.

Termasuk bahan yang dikaitkan dengan Alzheimer.

Kalau kurang tidur:
➑️ toksin terkumpul
➑️ risiko gangguan kognitif meningkat

2. 🧩 Memori disusun semula
Apa yang kita belajar siang hari β†’ disimpan dengan betul.

Kalau tidur tak cukup:
➑️ cepat lupa
➑️ susah fokus

3. ⚑ Sambungan neuron dibaiki (Neuroplasticity)
Otak kita β€œupgrade wiring” setiap malam.

Kalau tidur terganggu:
➑️ pembelajaran perlahan
➑️ prestasi mental jatuh

4. ❀️ Emosi distabilkan
Kurang tidur buat kita:

cepat marah
lebih sensitif
mudah stress

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

ANDA SEDANG β€œPINJAM TENAGA MASA DEPAN”

Bila kita:
tidur sikit
minum kopi
paksa badan terus kerja

Memang kita boleh β€œfungsi”…
tapi sebenarnya:

Kita sedang ambil tenaga dari masa depan.

Dan badan tak pernah lupa.

Ia akan bayar balik dalam bentuk:
burnout
penyakit kronik
masalah hormon
otak makin lemah

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

BUDAYA YANG SALAH

Hari ini, budaya kita ajar:

β€œLagi sibuk = lagi berjaya”
β€œLagi penat = lagi hebat”

Hakikatnya…

Budaya ini juga yang akhirnya buat ramai orang sakit.

Kita diajar untuk kejar kerja…
tapi tak diajar untuk jaga sistem badan.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

REHAT BUKAN GANJARAN.
REHAT ADALAH SYARAT.

Ramai tunggu:

β€œNanti siap semua kerja, baru aku rehat.”

Tapi kebenarannya:

Kalau tak rehat,
kita tak akan mampu sustain apa yang kita buat.

Sleep bukan luxury.
Sleep adalah asas prestasi manusia.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

CARA MUDAH UNTUK MULAKAN PERUBAHAN (PRAKTIK HARI INI)

Mulakan dengan langkah kecil:

1. ⏰ Set β€œalarm untuk berhenti”
Bukan alarm bangun.

Contoh:

9:30 malam β†’ berhenti kerja
10:00 malam β†’ tidur

2. πŸ“΅ Kurangkan screen sebelum tidur (1 jam)
Cahaya biru ganggu hormon tidur.

3. πŸŒ™ Rendahkan suasana malam
Lampu malap
suasana tenang

4. 🧘 Tenangkan sistem saraf

zikir
doa
pernafasan perlahan

5. β˜€οΈ Pagi β†’ kena cahaya matahari
Ini bantu reset jam biologi badan

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

INFO PENTING YANG RAMAI TAK SEDAR

Kurang tidur berkait rapat dengan:

insulin resistance
berat badan naik (walaupun makan sama)
gangguan hormon
sistem imun lemah
usus (gut) tidak seimbang

Maknanya:

Tidur adalah pusat kawalan kesihatan badan.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

KESIMPULAN PALING PENTING

Kalau nak ingat satu perkara sahaja:

Tidur bukan buang masa.
Tidur adalah sistem pembaikan utama badan.

Tanpa tidur:

otak perlahan-lahan rosak
badan inflamed
emosi tak stabil

Dengan tidur berkualiti:

otak lebih muda
tenaga lebih konsisten
hidup lebih tenang

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

SOALAN JUJUR UNTUK DIRI SENDIRI

Bila kali terakhir anda bangun pagi…

bukan sekadar cukup tidur,
tapi rasa:

segar
ringan
fokus
tenang

Kalau dah lama tak rasa begitu…

itu bukan normal.
Itu tanda badan perlukan reset.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Malam nanti, cuba satu perkara.

Berhenti sedikit awal.
Tutup skrin.
Rehatkan diri.

Kerja esok masih ada.
Tapi…

semuanya hanya bermakna
kalau kita masih sihat untuk menikmatinya.

Insya Allah. Ameen. Alhamdulillah πŸ’•





Ramai ingat bila kulit tiba-tiba jadi gatal, merah, dan mengelupas.. itu confirm ekzema atau alergi biasa.Bila gatal, mu...
09/04/2026

Ramai ingat bila kulit tiba-tiba jadi gatal, merah, dan mengelupas.. itu confirm ekzema atau alergi biasa.

Bila gatal, mulalah singgah farmasi beli krim. Bila tak jalan, pinjam krim kawan. Ada yang sapu ubat kurap sebab nampak bersisik tebal. Tapi makin disapu, kulit makin tebal, makin pedih, dan kadang-kadang berdarah bila digaru.

Bukan semua kulit gatal dan merah itu ekzema.

Jangan tersalah rawat, sebab Psoriasis perlukan cara penjagaan yang sangat berbeza. Kalau silap gaya, keadaan boleh jadi lebih teruk.

Perbezaan paling jelas yang anda boleh semak sendiri pada badan:

1. Rupa Kulit
Psoriasis: Kulit jadi tebal, timbul (plaque), dan ada sisik warna putih keperakan (silvery scales). Bila sisik ini tertanggal atau dikopek, ia sangat mudah berdarah (Auspitz sign).
Ekzema: Tompok merah, meradang, dan sering kelihatan berair (oozing/weeping).

2. Tahap Gatal & Rasa
Psoriasis: Kurang gatal berbanding ekzema, tapi lebih kepada rasa pedih, tegang, merekah, dan 'terbakar'.
Ekzema: Gatal teramat sangat. Sampaikan boleh terjaga dari tidur semata-mata sebab menggaru tanpa sedar.

3. Tempat 'Feveret' Naik
Psoriasis: S**a naik di kawasan sendi luar. Bahagian luar siku, kepala lutut, kulit kepala (nampak macam kelumumur yang sangat tebal berkerak), dan kuku rosak.
Ekzema: S**a bersarang dekat kawasan pelipat. Pelipat siku, pelipat lutut, leher, atau pergelangan tangan. Tempat-tempat yang berlipat dan senang berpeluh.

4. Punca Utama & Penyakit Berkaitan
Psoriasis: Ini penyakit autoimun. Sistem imun badan keliru. Sering dikaitkan dengan kuku berlekuk (nail pitting) dan sakit sendi (arthritis).
Ekzema: Biasanya dipicu oleh alergi, cuaca, atau sabun mandi. Kerap didapati pada mereka yang ada asma, alergi hidung (hay fever), atau alergi makanan.

Tolong jangan memandai-mandai sapu ubat sembarangan, terutamanya ubat yang dibeli online tanpa kelulusan. Rawatan untuk ekzema mungkin tak berkesan langsung untuk psoriasis. Kalau tersilap guna krim steroid yang terlampau kuat tanpa pantauan, kulit boleh jadi nipis dan kekal rosak.

Kalau anda atau ahli keluarga ada tanda-tanda berlarutan macam ini, tolong bawa jumpa doktor. Biar pakar yang sahkan, bukan teka-teka sendiri di rumah.

Assalammualaikum selamat pagi ...
09/04/2026

Assalammualaikum selamat pagi ...



πŸ“† 8 April 2026 | RabuπŸ“ Aktiviti: StorytellingπŸ“–Terima kasih adik-adik yang hadir dan menjayakan aktiviti pada hari ini di...
08/04/2026

πŸ“† 8 April 2026 | Rabu

πŸ“ Aktiviti: StorytellingπŸ“–

Terima kasih adik-adik yang hadir dan menjayakan aktiviti pada hari ini di PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka πŸ₯°

πŸ“† 8 April 2026 | RabuπŸ“ Kuiz Sihat Ceria - siri 2Jom jawab soalan di bawahπŸ€—
08/04/2026

πŸ“† 8 April 2026 | Rabu

πŸ“ Kuiz Sihat Ceria - siri 2

Jom jawab soalan di bawahπŸ€—

πŸ“† 8 April 2026 | RabuπŸ“ Kuiz Sihat Ceria - siri 1Jom jawab soalan di bawahπŸ€—
08/04/2026

πŸ“† 8 April 2026 | Rabu

πŸ“ Kuiz Sihat Ceria - siri 1

Jom jawab soalan di bawahπŸ€—

Address

Jalan 16, Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak
Bukit Rambai
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00
Saturday 10:00 - 14:00

Telephone

+6063517205

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram