Pusat Rawatan Alternatif Dan Spa Kecantikan Nur Dhuha

Pusat Rawatan Alternatif Dan Spa Kecantikan Nur Dhuha Khidmat:-
- Masalah Sihir
- Gangguan Jin
- Mandi Limau/Bunga
- Urut Rehatkan Badan
- Rawatan Resdung

Dah lama tak sharing kes rawatan. Perawat Nur Dhuha sibuk sikit kebelakangan ni dengan rawatan pesakit dan juga lawatan ...
29/04/2025

Dah lama tak sharing kes rawatan. Perawat Nur Dhuha sibuk sikit kebelakangan ni dengan rawatan pesakit dan juga lawatan ke rumah pesakit. Mungkin kena hire content creator juga.

Kebetulan ada masa luang, kami nak kongsikan satu kes rawatan yang masih dalam proses rawatan.

KES SIHIR

2 minggu lepas kami menerima mesej di aplikasi WhatsApp. Penghantar mesej bertanya untuk buat rawatan sebab kerap mimpi yang pelik dan mengancam selepas hampir 2 tahun bercerai.

Pesakit ni alami masalah pada jantung dan selalu rasa seperti kebingungan dan terawangan.
Dia dah pun buat checkup di klinik kesihatan, result yang dapat daripada Klinik selepas ujian ECG dijalankan ada masalah unstable heartbeat. Dia juga dah pernah dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Doktor beberapa kali tukar ubat dan dos ubat. Tapi keadaan masih sama.
Dia decide untuk cuba rawatan alternatif sebab selalu mimpi kena sihir, mimpi kotor, mimpi bekas isteri walaupun dia dah tak ada hati perasaan lagi pada bekas isteri.

Step yang pertama kita buat ialah scan. Dengan menggunakan silibus Applied Kinesiology dan juga Angguk Geleng dalam ASMMA kami dapat kesan dia memang kena sihir dan baru setahun lebih. Sihir yang dihantar p**ak selalu diperbaharui.

Selepas akad dan bersetuju dengan fidyah, serta tempoh rawatan kami pun memulakan proses rawatan.

Ada beberapa karakter yang terlibat dalam masalah pesakit kali ni.
1. Orang yang minta sihir tu dibuat / dihantar kepada mangsa
2. Orang yang tunjuk ke tempat tukang sihir
3. Orang yang buat sihir / tukang sihir
4. Runner - yang hantar barang sihir ke rumah mangsa.

Dalam tempoh rawatan tu pesakit ada maklum banyak kali ada kereta dan motorsikal yang berhenti depan rumah pada waktu maghrib. Dengan keadaan enjin hidup . Awalnya dia tak syak apa-apa. Tapi hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu rawatan orang menunggu depan rumah.

Kami dah dapat isyarat awal tentang runner ni. Tapi untuk tidak membuatkan pesakit takut atau cemas kami diamkan dulu. Dalam masa yang sama kami menggunakan kaedah ASMMA untuk pagar kediaman dan batalkan apa sahaja bentuk sihir yang dihantar secara fizikal dirumah pesakit, terkunci mereka yang berniat jahat, terbatal ilmu mereka..

Kami potong tali-tali sihir yang diikat secara ghaib pada perut pesakit. Membuka simp**an-simp**an, kuncian-kuncian sihir yang dibuat keatas pesakit.
Selepas tu berurusan secara batin dengan 4 karakter tadi. Kami p**angkan kembali apa sahaja bentuk permainan yang dihantar kepada pesakit.

Kami tahu kaedah sihir yang dibuat atau ramuan sihir tu. Antara bahan yang digunakan, kaki ayam hitam, najis dan minyak pelet siam.
Kaedah sihir ni dibuat oleh mereka yang pandai ilmu sihir siam.

Pelet siam tu dibuat pada pesakit menyebabkan kemalu4n pesakit berdiri tanpa sebab, berjam-jam lamanya. Menyebabkan urusan kehidupan terganggu.

Anak yang berada bawah jagaan bekas isteri juga disihir. Diletakkan didalam pagar sihir supaya anak dan pesakit lupa antara satu sama lain. Sedangkan mereka sebelum ni sangat rapat.

Alhamdulillah dan beberapa cyle rawatan kami dapat makluman keadaan pesakit bertambah baik. Kalau sebelum ni dia memang tak boleh nak bercakap apatah lagi baca Qur'an.. dia akan semput yang kritikal. Hanya boleh sebut 2 patah perkataan sahaja bila bercakap dan dia akan semput.

Disiplin ilmu dan sebagai pengamal perubatan ASMMA kami dilarang memberitahu siapa yang terlibat dalam sihir tu. Urusan tu akan di handle oleh perawat.
Ada beberapa kebaikan untuk tidak memberitahu sekiranya dapat isyarat siapa yang terlibat.

Boleh jadi ia mainan iblis jin.
Boleh jadi juga pesakit akan bergaduh fizikal dengan orang tu.

Pada kami mudah sahaja, nak sembuh dari sakit atau nak tahu siapa buat?
Tak selesai sakit / masalah dengan tahu siapa yang buat. Dan perkara berkaitan sihir ni benda ghaib.

Sepanjang tempoh rawatan pesakit cuma istiqomah dengan amalan-amalan yang telah diijazahkan oleh Guru Utama Tuanku Panji Alam II sebagai pakaian perisai diri dan juga kekuatan rohaniah.
Bersangka baik dengan Allah dan nekad ini adalah rawatan yang terakhir, yakin Allah akan selesaikan masalah yang dihadapi.

Nak buat rawatan / scan WhatsApp - 014.756 0375

ini adalah kaedah sihir dengan menggunakan medium gambar sebagai pengantara. keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa sa...
22/04/2025

ini adalah kaedah sihir dengan menggunakan medium gambar sebagai pengantara. keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

sebab itu pentingnya ada amalan kerohanian sebagai benteng daripada kejahatan zahir dan batin. Untuk menjaga diri, keluarga dan harta benda daripada unsur negatif.

Guru kami YTM Tuanku Panji Alam II Datuk Paduka Wan Muhammad Fikri Al Qadiri boleh mengijazahkan amalan pagar diri kepada mereka yang berhajat.

Berminat boleh hubungi kami:-
Whatsapp:- 014-756 0375

الناس التي تنشر صور اطفالها في الفيسبوك..انتم تسهلون مهامة السحرة...الله يهديكم...

Majlis Zikir MingguanTarikh: 8 Feb 2024 Masa: 9:30 mlmPengisian: Bacaan Yaasin, Aurad 63, Tahlil & DoaBoleh bawa air unt...
08/02/2024

Majlis Zikir Mingguan
Tarikh: 8 Feb 2024 Masa: 9:30 mlm
Pengisian: Bacaan Yaasin, Aurad 63, Tahlil & Doa
Boleh bawa air untuk tujuan pengisian fadhilat zikir wirid yang akan dibacakan nanti.

Di jemput yang berkelapangan hadir

Selamat Menyambut Peristiwa Israk Mikraj 1445H. Bersama kita menghayati peristiwa agung perjalanan Baginda Nabi (s.a.w) ...
08/02/2024

Selamat Menyambut Peristiwa Israk Mikraj 1445H. Bersama kita menghayati peristiwa agung perjalanan Baginda Nabi (s.a.w) yang ghaib dan ajaib.

SharingKES: Bayi MenangisDekat jam 9 malam dapat mesej kat whatsapp nak datang pusat rawatan.Kami tanya masalah apa tu? ...
31/01/2024

Sharing
KES: Bayi Menangis

Dekat jam 9 malam dapat mesej kat whatsapp nak datang pusat rawatan.

Kami tanya masalah apa tu? Dia maklum anak dia dah beberapa hari asyik menangis sahaja. Sampai terpaksa tidur dalam kereta.

Dalam 30min pasangan suami-isteri dan anak dah ada depan pusat rawatan, kami p**a kebetulan keluar makan.

Terus jemput naik keatas dan bermula la sesi rawatan.

Bila kami scan bayi tu menangis antara sebabnya gigi baru nak tumbuh. Bila check lebih detail rupanya ada juga masalah gangguan.

Syahadah 1x terus buat rawatan.. selesai sahaja Lazer Akbar Penawar bayi tu tidur. Alhamdulillah.

Siapkan bahan untuk mandi sikit ihsan dari kami.

Lepas tu mula sesi soal jawab dengan suami isteri ni.
Bermula anak meragam memang sebab gigi baru nak tumbuh lepas tu berlarutan menangis meragam. Sampai terpaksa tidur dalam kereta .

Si isteri tanya ada apa-apa yang 'lain' ke?
Kami cakap.. kalau kita bagitahu ni jangan takut p**ak. Dia cakap tak InsyaAllah.

Kami bagitahu waktu cleansing anak tu, gangguan jin tu dia lari ke arah puan. Kami pun macam pelik juga kenapa lari ke arah puan, dia macam tertarik pada puan. Tapi kita dah buat pendinding kat anak dengan fadhilat zikir wirid yang kami bacakan.

Puan tadi cakap haaa sama macam yang duk pi berubat tempat lain... Semua duk cakap lebih kurang macam ni lah.

Kami lega sebab dia dah sedia maklum.

Puan tu cakap dia banyak kali keguguran sebelum dapat anak pertama ni. Dan sekarang pun pregnant.. itu yang dia risau.

Kami bagi option untuk kes dia, jalan yang terbaik kena ada amalan sebagai pendinding diri dari gangguan zahir dan batin. Kalau kes macam ni kita boleh rawat masalah gangguan sekarang. Tapi risiko untuk kena gangguan dari sumber lain masih ada. Nanti next time kalau terkena gangguan lagi.. akan cari perawat lagi.

Dia maklum insyaAllah nanti akan datang untuk buat rawatan.

Perawat Tarmizi: 019-940 1485
Perawat Noor: 011-5351 6364














KES: Sihir Kedai.Bawa team perawat Nur Dhuha untuk visit kali ke 2 ke tempat pesakit.Kami berikhtiar, moga diberi kesemb...
28/01/2024

KES: Sihir Kedai.
Bawa team perawat Nur Dhuha untuk visit kali ke 2 ke tempat pesakit.

Kami berikhtiar, moga diberi kesembuhan oleh Allah SWT dalam masa terdekat

Perawat Tarmizi: 019-940 1485
Perawat Noor: 011-5351 6364














Majlis Zikir, Bacaan Yaasin dan Tahlil di pusat rawatan Nur Dhuha. Dijemput yang berkelapangan hadir. Tuan/Puan boleh ba...
25/01/2024

Majlis Zikir, Bacaan Yaasin dan Tahlil di pusat rawatan Nur Dhuha. Dijemput yang berkelapangan hadir. Tuan/Puan boleh bawa air mineral untuk pengisian zikir, wirid dan doa.

Tarikh: 25 Jan 2024
Masa: 9 Malam

Semalam ada seorang murid gayong ma'arifat yang datang untuk ulangkaji kitab amalan.Kami buat praktikal terus supaya mud...
16/01/2024

Semalam ada seorang murid gayong ma'arifat yang datang untuk ulangkaji kitab amalan.

Kami buat praktikal terus supaya mudah ingat. Selesai buat pengosongan dia cakap rasa tenang sangat.

Lepas ijazah sebelum ni dia belum pernah buat amalan lagi.
InsyaAllah lepas ni sama-sama kita istiqamah buat amalan.

Ilmu yang kita belajar ni ilmu Haq, tidak ada pantang larang, tidak bercampur aduk dengan penggunaan jin, tangkal atau perkara-perkara yang khurafat.

Tak buat amalan tak gila isim, kalau buat amalan kita dapat lah manfaat fadhilat daripada amalan tu sendiri.
Amalan yang telah disusun oleh orang-orang soleh ni antara fadhilatnya sebagai pendinding diri dari benda negatif.

PSSGMM berdaftar dari tahun 90-an lagi Alhamdulillah kekal sampai ke hari ni dengan wadah perjuangan, visi yang sama.

Berminat untuk belajar dan mengambil ijazah ilmu syahadah?
Boleh berjumpa wakil kami diseluruh negeri.
019-940 1485




KES: Gangguan JinKami menerima panggilan telefon ada seorang Ustaz nak buat rawatan. Selepas beliau berziarah ke luar ne...
07/01/2024

KES: Gangguan Jin

Kami menerima panggilan telefon ada seorang Ustaz nak buat rawatan. Selepas beliau berziarah ke luar negara terkena gangguan dan telah cuba berikhtiar tapi belum berhasil sembuh sepenuhnya.

Kes kali ni melibatkan beberapa isu lain yang menyebabkan berlaku gangguan. Untuk first visit ni kami cuba rawat secara total masalah yang sama atau hampir sama.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya gangguan sebenarnya. Bukan satu punca sahaja.

Salah satunya datang daripada tempat yang pernah berlaku pembunuhan atau kematian yang banyak. Berdekatan dengan tempat mula-mula Ustaz terkena gangguan dan tak sedar waktu ziarah tersebut.

Kata Ustaz dalam nada merendah diri, mungkin Ana tak beradab sewaktu masuk ke tanah orang, atau ziarah tempat orang. Mungkin Ana terlupa untuk hadiahkan Al-Fatihah dan sebagainya yang mana memang menjadi kebiasaan.

Waktu Ustaz datang ke pusat rawatan, kami buat cleansing dengan gerak pembersihan untuk buang penyakit, kuasa jahat, unsur sihir, gangguan jin dan lain-lain. Kemudian proses mandi limau beserta beberapa bahan lain yang telah diwiridkan.

Selesai mandi limau, kami buat Ajian Lazer Akbar Pemusnah dan Pagar Diri untuk menutup kelemahan tubuh dan memagar tubuh pesakit dengan fadhilat zikir, wirid yang kami amalkan.

Selesai rawatan.. kami mula berborak sambil minum air. Ustaz mula berkongsi cerita berziarah ke Maqam-maqam orang Soleh dan mengambil ijazah ilmu / Sanad dengan orang-orang Soleh.

Ustaz minta check kalau-kalau ada ilmu/Sanad yang diambil ada yang bermasalah.
Sebabnya punca daripada tempat pembunuhan tu dah 70% clear. Tapi masih ada source lain yang menyebabkan gangguan.
Selepas minta izin kami mula scan ilmu yang Ustaz tu ambil.

Ada satu ilmu yang diamalkan Ustaz ni, jika daripada keilmuan yang kami belajar ia bersifat negatif.. adapun pada Ustaz ilmu tu tak ada masalah berdasarkan hujah dan dalil-dalil nya.

Kami bagi 1 kaedah yang diterima sewaktu dalam gerak kalau seandainya Ustaz berubah pendirian untuk buang ilmu tu boleh la guna kaedah tu.
Caranya dapatkan secekak padi kering dan patah, pusing dan putuskan dengan niat memutuskan Sanad/ilmu/perjanjian ilmu tersebut.

Indahnya dalam Islam kita mengikut pendapat daripada alim ulama dengan hujah dan dalil-dalil nya.
Selagi tidak melanggar syarak dan akidah kita sama-sama meraikannya.

Perawat Tarmizi: 019-940 1485
Perawat Noor: 011-5351 6364














Kes: Demam dan Panas dalam badan lebih 10 hariBila dapat makluman tentang masalah kesihatan yang dialami kami ingat cuma...
26/12/2023

Kes: Demam dan Panas dalam badan lebih 10 hari

Bila dapat makluman tentang masalah kesihatan yang dialami kami ingat cuma demam biasa.

Lepas ke rumah pesakit dan check rupanya ada gangguan jin.

Kami rawat guna kaedah perubatan ASMMA antaranya Lazer Akbar Pemusnah untuk memusnahkan benda negatif dalam badan pesakit dan Pagar Diri untuk memagar tubuh pesakit.

Alhamdulillah. Kesembuhan daripada Allah, kami hanya berusaha, berikhtiar merawat.

Untuk buat rawatan boleh berhubung:

Perawat Tarmizi: 019-940 1485
Perawat Noor: 011-5351 6364

Check out termize's video.

Assalamualaikum Semua.Habbatus Sauda Al-Jidar dah restock tinggal beberapa botol sahaja lagi.Cepat-cepat beli sebelum ha...
25/12/2023

Assalamualaikum Semua.

Habbatus Sauda Al-Jidar dah restock tinggal beberapa botol sahaja lagi.

Cepat-cepat beli sebelum habis.
Dewasa dan kanak-kanak boleh consume ya, ikut sukatan yang sesuai.

Diwirid khusus untuk mengatasi masalah ANXIETY.

Antara kebaikan mengambil Habbatus Sauda:
1. Bagus untuk kesihatan penjagaan sistem pencernaan
2. Boleh melancarkan sistem pernafasan dan melegakan batuk.
3. Boleh stabilkan tekanan darah
4. Sangat baik untuk kulit
5. Kalau ada luka ringan boleh sapu tempat luka

Dan banyak lagi kebaikan pemakanan sunnah ni.
Apa pun semuanya biiznillah.

****RM45****

Perawat Tarmizi: 019-940 1485
Perawat Noor: 011-5351 6364














Address

Simpang Ampat

Telephone

+60199401485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Alternatif Dan Spa Kecantikan Nur Dhuha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram