Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang

Wellness Hub merupakan "One Stop Centre" yang menyediakan perkhidmatan PERCUMA melibatkan saringan kesihatan dan kecergasan, kelas minda sihat, aktiviti senaman bersama komuniti serta menjalankan Program Intervensi Penurunan Berat Badan (IFitER). Wellness Hub merupakan "One Stop Centre" yang menyediakan perkhidmatan PERCUMA melibatkan 13 pakej perkhidmatan merangkumi Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Pengurusan Berat Badan: IFitEr (I Fit and Eat Right), Runding Cara Budaya Hidup Sihat, Kekal Aktif, Wellness Studio/ Gimnasium, Galeri Infosihat, Resilien, Sokongan Kesejahteraan, My Green Hands, Seni & Kreatif, Bicara Sihat berkaitan Kesejahteraan dan Kesihatan dan Ejen kesihatan komuniti melalui MyCHAMPION.

🌍 Selamat Hari Kesihatan Sedunia – 7 April!Bersama demi kesihatan, berdiri teguh berteraskan sains.Kesihatan adalah asas...
07/04/2026

🌍 Selamat Hari Kesihatan Sedunia – 7 April!
Bersama demi kesihatan, berdiri teguh berteraskan sains.

Kesihatan adalah asas kepada kehidupan yang sejahtera. Kesihatan bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab bersama. Setiap tindakan kecil hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih sihat. Tak perlu tunggu sempurna, mulakan dengan langkah kecil hari ini...

πŸ“Œ Jom mula dengan:
πŸ₯— Makan seimbang
πŸƒβ€β™‚οΈ Aktif bergerak setiap hari
πŸ’§ Minum air secukupnya
😴 Rehat yang cukup
🚫 Jauhkan rokok, v**e & bahan terlarang

*** Penjagaan kesihatan bukan sekadar ikut trend, tapi berdasarkan fakta & ilmu yang betul βœ”οΈ

Nak tahu lebih lanjut, jom ke WELLNESS HUB SPU... Pelbagai aktiviti disediakan untuk anda. Tag keluarga & kawan-kawan, ajak mereka sekali agar kita sama-sama sihat!

[HEBAHAN AKTIVITI WELLNESS HUB SEBERANG PERAI UTARA] πŸ“£Jom amalkan gaya hidup aktif! Wellness Hub Seberang Perai Utara (S...
07/04/2026

[HEBAHAN AKTIVITI WELLNESS HUB SEBERANG PERAI UTARA] πŸ“£
Jom amalkan gaya hidup aktif! Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) menjemput seluruh warga setempat untuk menyertai program kecergasan mingguan kami pada setiap hari sabtu

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
πŸ’ͺ Latihan Bebanan (Weight Training), Tabata workout & Circuit Training – Tingkatkan kekuatan otot dan stamina.
πŸ’ƒ Line Dance & Aerobik – Senaman kardio yang menyeronokkan.

Butiran Program:
πŸ—“ Hari: Sabtu
πŸ“ Lokasi: Wellness Hub Seberang Perai Utara
πŸ’° Yuran: PERCUMA
πŸ‘₯ Sasaran: Terbuka kepada semua

Penyertaan adalah percuma! Marilah kita bersama-sama memperkasakan komuniti yang sihat dan sejahtera.
Sila bawa air mineral dan juga pakai pakaian sukan yang bersesuaian.
Jumpa anda di sana!

🎯 JOM MEMANAH DI WELLNESS HUB SPU! 🏹Sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) jom kita aktifkan diri! Daripada duduk...
07/04/2026

🎯 JOM MEMANAH DI WELLNESS HUB SPU! 🏹
Sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) jom kita aktifkan diri! Daripada duduk saja atau kurang bergerak, apa kata datang ke Wellness Hub Seberang Perai Utara untuk aktiviti MEMANAH Barebow. Lupakan sekejap rutin harian, jom gerakkan otot tangan dan tajamkan fokus. Kita buka semula peluang memanah ini khas untuk warga SPU menggunakan fasiliti yang disediakan.

βœ… Bantu buang rasa 'lemau' badan
βœ… Latih fokus & kesabaran
βœ… Fasiliti sedia ada untuk anda gunakan
Tak perlu pro, yang penting kita gerak badan dan sihat sama-sama!
πŸ“ Lokasi: Wellness Hub Seberang Perai Utara
πŸ—“ Waktu: (Hari Rabu, 8/4/2026)

Jumpa anda di sana! ✨


*Berminat isi borang googleform ni https://forms.gle/DnTMHML6Y48wprKt9 dan hadir ke Wellness Hub Seberang Perai Utara. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no tel 04-3566032

6 April | Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Aktifkan diri, sihatkan badan & minda!Amalkan gaya hidup aktif setiap hari untuk...
06/04/2026

6 April | Hari Aktiviti Fizikal Sedunia

Aktifkan diri, sihatkan badan & minda!

Amalkan gaya hidup aktif setiap hari untuk cegah penyakit tidak berjangkit (NCD).

Tema: Have a Good Time, Be Active!
Ayuh Berusaha, Jadilah Aktif!

Tema ini menekankan bahawa aktiviti fizikal bukan sekadar mencapai sasaran tertentu, tetapi perlu dilihat sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan boleh diamalkan secara konsisten, ke arah pembudayaan hidup aktif dalam kehidupan seharian.

Jadikan Aktiviti Fizikal & Senaman sesuatu yang seronok, konsisten & rutin harian kita!

Jadi, jom mula hari ini β€” bergerak lebih, hidup lebih sihat!




CABARAN BOOKDOC ACTIV: SEBERANG PERAI UTARAWOPAD 2026 (World Physical Activity Day)Sasaran: 300,000 langkahTempoh: 6 Apr...
02/04/2026

CABARAN BOOKDOC ACTIV: SEBERANG PERAI UTARA
WOPAD 2026 (World Physical Activity Day)

Sasaran: 300,000 langkah
Tempoh: 6 April – 5 Mei 2026
Medium: Aplikasi BookDoc

Klik link dibawah untuk sertai cabaran ini. https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3422

Kategori:
πŸ“ŒWARGA KERJA PKD & PPD: Kod Pengaktifan Bookdoc setiap PTJ. Rujuk kod disini:
https://drive.google.com/file/d/1gs80GEMPmliFbGS4n4oHfI4o3Uis8AhX/view?usp=sharing

πŸ“Œ KOMUNITI DI SPU: Kod Promo "spusihat2026"
Cara masukkan kod promo:
https://drive.google.com/file/d/1IemjAUzn95LLNRVqsbm2bj5kAlySXqBU/view?usp=sharing

Maklumat lanjut RUJUK INFOGRAFIK

Nota PENTING!!!:
Pastikan anda selalu β€œREFRESH" data langkah pada halaman "ACTIV" untuk memastikan perkembangan anda dalam cabaran ini sentiasa dikemaskini.

β–ͺ️Bagi warga kerja PKD SPU yang belum muat turun, sila muat turun Aplikasi BookDoc, masukkan kod pengaktifan PTJ masing-masing.

❗Pautan video panduan penggunaan aplikasi BookDoc Activ: https://youtu.be/dYL6_4nsbDE

‼️Sebarang pertanyaan mengenai cabaran ini, sila hubungi HEO Jismanisa (04-2555333) atau melalui email jismanisa@moh.gov.my

‼️Sebarang masalah teknikal mengenai aplikasi BookDoc (muat turun, sync dan lain-lain), sila hubungi Infoline BookDoc Malaysia 1-300-88-2362 atau care@bookdoc.com

❗Nota: Pastikan anda sentiasa β€œrefresh data” langkah harian anda pada halaman β€˜Activ’ untuk memastikan perkembangan anda dalam cabaran ini sentiasa dikemaskini.

πŸ₯‹ KELAS TAEKWONDO πŸ₯‹Disiplin β€’ Keyakinan β€’ Kecergasanβ”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”πŸ“… Setiap Jumaat⏰ 8.30 malam – 9.30 malamπŸ“ Wellness Hu...
31/03/2026

πŸ₯‹ KELAS TAEKWONDO πŸ₯‹
Disiplin β€’ Keyakinan β€’ Kecergasan

━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“… Setiap Jumaat
⏰ 8.30 malam – 9.30 malam
πŸ“ Wellness Hub SPU
━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ’° Yuran Penyertaan
β€’ Pendaftaran: RM50 (sekali sahaja)
β€’ Bulanan: RM50
πŸ—“οΈ Bayaran: 1 – 15 haribulan

πŸ‘¦πŸ‘§ Terbuka kepada kanak-kanak & remaja

✨ Jom bina badan sihat & minda berdisiplin!

Tahniah sekali lagi, kepada semua pemenang Ramadan Calories Challenge.
16/03/2026

Tahniah sekali lagi, kepada semua pemenang Ramadan Calories Challenge.

Sekitar Program Ramadhan Heatlh Talk & Tabata Pre-Lebaran burn yang diadakan di Wellness Hub Seberang Perai Utara. Progr...
16/03/2026

Sekitar Program Ramadhan Heatlh Talk & Tabata Pre-Lebaran burn yang diadakan di Wellness Hub Seberang Perai Utara. Program ini juga dilakukan secara hybrid iaitu melalui atas talian (FB live) dan juga secara fizikal. Seterusnya, penyampaian hadiah untuk calories challenge pada peserta IFITER (komuniti).

Tarikh 14 Mac 2026
Masa : 8:00 A.M - 12:00 P.M
Tempat : Bilik seminar / Gymnasium Wellness Hub

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program berlangsung

14/03/2026

Bersama Nutritionist untuk panduan sahur, berbuka dan kekal bertenaga sepanjang bulan mulia

πŸ“Έ **Sekitar Program Ramadhan "Sabar, syukur, & redha kunci ketenangan di tempat kerja"**Program ini telah berlangsung pa...
13/03/2026

πŸ“Έ **Sekitar Program Ramadhan "Sabar, syukur, & redha kunci ketenangan di tempat kerja"**

Program ini telah berlangsung pada jam 2.00 P.M hingga 4.00 P.M bertempat di Studio, Wellness Hub SPU. Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita memperbaiki diri-bukan sahaja sebagai pekerja, tetapi sebagai hamba Allah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan sepanjang program ini berlangsung.

Address

Jalan Pengkalan Machang
Butterworth
13800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+60194490000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram