jeruk penang asli

jeruk penang asli Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from jeruk penang asli, Butterworth, Butterworth.

Bukan air balang ya... Jeruk buah buahan dalam balang...Rindu zaman menjual jeruk.. masih ada yang sudi support tak kala...
21/03/2024

Bukan air balang ya... Jeruk buah buahan dalam balang...
Rindu zaman menjual jeruk.. masih ada yang sudi support tak kalau buat comeback?

DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAHJua buat semua ibu yang tabahWalaupun sebahagian kalian telah rebahMenjadi sebahagian sejarah...
09/08/2021

DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAH

Jua buat semua ibu yang tabah
Walaupun sebahagian kalian telah rebah
Menjadi sebahagian sejarah musibah
Menjadi satu muhasabah buat ummah

Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya
Dengan seribu hikmah dariNya
Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana
Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa

Allahu Akbar ๐Ÿ˜”

Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒ

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.โ€

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."

ูˆูŽุงูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ูŽุง ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑู’ุฏู ูˆูŽู†ูŽู‚ูู‘ู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู’ู„ุงูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู

Maksudnya: "Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran."

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูุจู’ุฑูŽู‡ูŽุง ุฑูŽูˆู’ุถูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุฑููŠูŽุงุถู ุงู„ุฌูู†ูŽุงู†ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูุจู’ุฑูŽู‡ูŽุง ุญููู’ุฑูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุญูููŽุฑู ุงู„ู†ู‘ููŠู’ุฑูŽุงู†ู

Maksudnya : โ€œYa Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.โ€

Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :

ู‚ูŽุชู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุดูŽู‡ูŽุงุฏูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุทู‘ูŽุงุนููˆู†ู ุดูŽู‡ูŽุงุฏูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุทู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุบูŽุฑูŽู‚ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ูŠูŽู‚ู’ุชูู„ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุฏูู‡ูŽุง ุฌูŽู…ู’ุนูŽุงุกูŽ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

โค๏ธโค๏ธ

TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum covid, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3. Walaupun hanya seketika bertemu, arwah seorang yang menghormati dan rendah diri, perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya. Ketika berbicara tentang Hijrahnya, arwah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah ๐Ÿคฒ

Ameen ya Rabbal Alamin

ASMAโ€™ BINTI HARUN

30 Zulhijjah 1442H
Hari terakhir tahun Hijrah

Dah tinggai kenangan...
28/05/2021

Dah tinggai kenangan...

Orang Kedah dan orang Butterworth dulu dulu akan sebut nak pi Tanjung, dan Tanjung itu membawa maksud Pulau Pinang sebelah balik sana pulau, kena seberang laut naik ferry.

Ada pun kami orang Tanjung, akan sebut nak pi Bagan, dan Bagan itu membawa maksud Butterworth atau Seberang Perai, juga kena seberang laut naik ferry.

Dulu dulu orang Kedah, Perlis, Perak, Bagan, lepa sewa bas bulan 12 mai Tanjung๐Ÿ˜Š

Kredit : Syed Mohd Nazli Jamalullail

12/05/2021
Kita dah sampai 10mlm terakhir ramadhan...jom lah sama-sama berebut buat amal ibadah...โค๏ธโค๏ธโค๏ธ
02/05/2021

Kita dah sampai 10mlm terakhir ramadhan...jom lah sama-sama berebut buat amal ibadah...โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Pergimu bersama amanah yang dipegang sehingga akhir hayat mu... Semoga Allah sebaik baik balasan...Selamat bersemadi den...
25/04/2021

Pergimu bersama amanah yang dipegang sehingga akhir hayat mu... Semoga Allah sebaik baik balasan...
Selamat bersemadi dengan aman disana... Kami juga akan menyusul cuma anda semua yang pulang dulu...semoga semua roh kelasi Nanggala 402 bersama sama dgn orang orang yang beriman...aamiin...

Dalam hitungan bulan sahaja..

Kun Fayakun Allah..
Qadar Allah..

Jatuhnya kapal terbang Sriwijaya 182 pada bulan Januari..
Tenggelamnya kapal selam Nanggala 402 di bulan April..

Yang di langit bisa jatuh..
Yang di laut boleh tenggelam..

Amat-amat mengingatkan pada kalimat ayahanda Buya Hamka ;

"Lebih banyak orang menghadapi kematian di atas tempat tidur daripada orang yang mati di atas pesawat. Tetapi kenapa lebih banyak orang yang takut mati ketika menaiki pesawat daripada orang yang takut menaiki tempat tidur"

Harus dipelajari dan diingati dalam diri sedalamnya dimanapun, kapan pun, kematian itu pasti akan menjemput kita..

Yang jauh itu masa lalu..
Yang dekat itu masa kematianmu..

Takziah buat mereka yang telah pergi .
Takziah juga buat hati yang hidup rupanya telah mati ..

Sementara masih ada kesempatan...
Sementara masih ada ruang dan masa.

Lakukanlah yang terbaik dalam kehidupan yang tersisa ini kerana pada akhirnya kita tidak lagi bisa memilih tetapi terus ditetapkan samada ke syurga atau neraka !

Kredit :Siti Rohana,
Kredit foto :

Sila rujuk senarai buah jeruk dan harga disini ya...terima kasih yg pm...Sila terus wassap 0134105050
26/07/2020

Sila rujuk senarai buah jeruk dan harga disini ya...terima kasih yg pm...
Sila terus wassap 0134105050

11/07/2020

Sebarang pertanyaan sila wassap
0134105050

02/01/2020

Atas nasihat yg amat berhormat ayahda...๐Ÿ˜ x pa janji dah jalankan amanah yg di beri...tahniah

01/01/2020

tolong share jap...org dlm kesusahan...insya allah allah akan permudahkan kita nanti...
tekan butang share jer...โ˜บ๐Ÿค—

02/12/2019

BEKAS guru yang sering melakukan kerja amal, Abdul Ghani Haron meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) hari ini.

Alfatihah... terima kasih atas segala jasa baik cikgu dalam membantu masyarakat yg memerlukan...semoga tenang dan bereha...
02/12/2019

Alfatihah... terima kasih atas segala jasa baik cikgu dalam membantu masyarakat yg memerlukan...semoga tenang dan berehatlah di sisi org2 beriman...amin...

Kelmarin, telah kembali ke rahmatullah cikgu Abdul Ghani Haron, seorang insan hebat yang banyak berjasa membantu masyarakat.

Orang Sungai Petani pasti sangat kenal Cikgu Ghani.

Beliau terkenal kerana kedermawanan dan kerja buat kebajikan kepada penduduk setempat dan masyarakat seluruhnya.

Sesiapa yang pergi ke rumahnya pasti sedia maklum ada pakaian-pakaian terpakai yang banyak tersedia bagi orang-orang yang memerlukan. Di depan rumahnya juga ada air percuma. Siapa nak tadah air, tadah lah. Percuma sahaja. Tiada bayaran dikenakan.

Setiap saban minggu di rumahnya, akan ada agihan barang dapur seperti beras, minyak, gula dan sebagainya kepada orang yang memerlukan.

Cikgu Ghani juga antara orang yang mula-mula mencetuskan program membantu rakyat isi petrol percuma untuk motorsikal 150cc ke bawah. Admin masih ingat ketika program itu mula-mula dibuat, penuh stesen minyak dengan penunggang motosikal di Tikam Batu.

Beliau seorang yang mudah untuk berurusan dengannya. Tidak kedekut duit untuk membantu orang susah. Tidak sedikit anak kampung yang melanjutkan pelajaran ke menara gading yang dibantunya.

Cikgu Ghani pernah kata dalam temu bualya dengan ZonKuliah dahulu, "Kalau saya yang sakit ini pun boleh bantu orang, orang yang tak sakit lebih-lebih lagilah boleh bantu orang. Buat baik(tolong orang) ni sebenarnya di antara kita mahu dengan tak mahu saja.."

Sesungguhnya, cikgu Ghani telah menjadi inspirasi kepada kita semua untuk sama-sama membantu orang-orang yang memerlukan. Kami menjadi saksi bahawasanya beliau semasa hidupnya terlalu banyak membantu orang yang fakir lagi memerlukan.

Ya Allah, kami mohon kepadaMu semoga roh allahyarham cikgu Ghani dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang soleh lagi beriman.

Nota kaki : Jenazah akan disembahyangkan pada pukul 10 pagi ini. Jemput datang bagi yang berkelapangan.

Address

Butterworth
Butterworth
12111

Telephone

0194350101

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when jeruk penang asli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram