Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam.

VISI : Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang pilihan generasi baru berteraskan Islam. MISI : Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam. Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh yang menghayati Teras Lima Budaya Amal

INSHAALLAHLuncurr!!!!!
31/07/2025

INSHAALLAH

Luncurr!!!!!

ASAM PEDAS BOSSS😎

Debaran makin kuat, semangat kian membara !!
Bumi Melaka akan menjadi saksi, siapakah yang bakal menjulang trofi Juara Keseluruhan tahun ini.

TAPI !! Itu cerita nombor 2, yang paling penting, disinilah medan untuk kita berukhwah dan membina kesatuan.

Buat sahabat seperjuangan dari serata pelusuk tanah air, selamat datang dan semoga perjalanan kalian sentiasa dilindungi Allah.

Luncurrrr !!





22/06/2025

Asalamualaikum w.t.h

Apa habaq Semua Amilin² Bagan dan Seluruh Pulau Mutiara

22/06/2025
21/09/2024

Jabatan amal kawasan bagan turun kelapangan memberi sumbangan tenaga dalam ops banjir,cnc yang melanda di sekitar permatang pauh dan tasik Gelugor. Dalam ops bencana ini jugak di ketuai oleh komanden kawasan bagan sendiri tuan Akram,tuan sani dan beberapa anggota amal lain nya. Dan tidak terlepas peluang yb kawasan Permatang pauh sendiri YB ustaz Fawwas madjan memerah tenaga membantu rakyat yang terjejas dengan banjir.

Semoga gerak kerja amal ini di terima Allah s.w.t

Semoga mangsa banjir tabah dalam ujian .

Berkhidmat kerana Allah.

25/05/2024
19/03/2024

Kami bersama PASTI, SRITI & SMITI.
Kami akan pertahankan.

19/03/2024

Semoga Allah lindungi PASTI SRITI dan SMITI dari tangan-tangan yang mendengar bisikan syaitan untuk menghancurkan institusi pendidikan awal kanak-kanak Islam ini.

KAMI

12/03/2024

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Marhaban Ya Ramadhan! bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyak ibadah, insyaAllah.

Kami warga Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan 2024 / 1445H kepada seluruh muslimin dan muslimat!

Semoga Ramadan tahun ini membawa 1001 keberkatan kepada kita semua.


28/02/2024

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH - PENGARAH JAMNPP

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahnya JAMNPP dapat menganjurkan Jambori Perkhemahan Tahunan JAMNPP yang pertama bagi sesi 2023/25 pada tahun ini.

Saya ingin melahirkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sektor Kokurikulum Dan Latihan yang telah diamanahkan untuk mengurus program dan telah berusaha sebaik mungkin dalam memastikan program berjalan dalam keadaan baik

Terima kasih juga tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Jambori kali ini. Semoga sumbangan tenaga, harta dan masa anda akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT

Namun begitu perlaksanaan Jambori bukan sahaja untuk melengkapkan takwim tahunan JAMNPP, tetapi keutamaannya dalam mencapai salah satu objektif program bagi membentuk fikrah dan pengkaderan angota amal baru.

5 segmen acara program telah berjaya dilaksanakan merangkumi pertandingan Kemahiran Amal, Pertandingan Sukan dan Kesenian Islam, Demo Asas Potong Pokok, Pengisian Kuliah dan Khidmat Masyarakat yang akan menjadi pengalaman berguna kepada semua peserta.

Menjadi tanggungjawab kepada semua Jabatan Amal Malaysia Kawasan² untuk meneruskan program kepada ahli baru supaya mereka lebih bersedia dalam membentuk jati diri untuk menempuh ujian dan cabaran yang makin mencabar.

Akhir kalam saya mewakili seluruh angota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang ingin memohon maaf diatas segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang program berlangsung. Insyaallah jika ada rezeki keluarga besar amal akan berkumpul lagi pada tahun hadapan.

AHMAD ANUAR BIN ZAINAL ABIDIN
Pengarah Jabatan Amal Malaysia
Negeri Pulau Pinang

22/02/2024
08/02/2024

Pesanan yang selalu dititipkan adalah jagalah solat. Perbaiki kualiti solat. Usaha untuk solat berjemaah di masjid.

Itulah yang sering dipesan ketika ziarah, kuliah atau pun berjumpa dengan golongan muda dan anak kecil.

Betapa bertuahnya kita hari dengan nikmat kurniaan Allah untuk mengerjakan solat yang merupakan hadiah daripada-Nya.

Solat fardu lima waktu ini adalah kewajipan untuk kita tunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun dan disulami p**a dengan solat sunat.

Kita nak masuk syurga Allah kan? Kita juga nak reda Allah kan? Maka, tunaikanlah setiap kewajipan dan perintah Allah tanpa jemu atau culas.

Selamat Memperingati Israk Mikraj.

*PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH*Jom sertai kontijen Bagan ke Jambori Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau PinangTARI...
24/01/2024

*PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH*

Jom sertai kontijen Bagan ke Jambori Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang

TARIKH : 23 - 25 Feb 2024
TEMPAT : SMITI Bahrul Ulum Mengkuang T**i

*PENYERTAAN TERHAD KEPADA 40 PESERTA TERAWAL SAHAJA*

Kepada yang berminat boleh tekan Link dibawah untuk pendaftaran 👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScrXdlFrxcqQpEri5jzBU8lu1V4Uktig3IVCnMO9htwQNTG0A/viewform?usp=sf_link

Nota:-
1. Peserta lelaki 13 tahun ke atas
2. Sihat tubuh badan
3. Bawa pakaian bersesuaian
4. Yuran rm50 dapat baju & makan sepanjang program

Acara menarik
1. Khemah terbaik
2. Gajet terbaik
3. Amal race
4. Ilmu Madik
5. Ilmu compass machine
6. Ilmu ikatan
7. Masakan survival
8. Dapur rakyat
9. Tarik tali
10. Sepak raga

Address

Butterworth
12100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram