Minyak Kelapa Dara IBU Selangor-mamasadobabycomey

Minyak Kelapa Dara IBU Selangor-mamasadobabycomey BY FIQAZAIFUL ENTERPRISE 002215699-X
0179920090

10 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT YANG ANDA BOLEH BUAT DI RUMAH    1. Aloe Vera atau Lidah BuayaLidah buaya kaya dengan v...
05/09/2018

10 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT YANG ANDA BOLEH BUAT DI RUMAH


1. Aloe Vera atau Lidah Buaya
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.

Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

2. Baking Soda
Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.

Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut.

Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

3. Minyak kelapa dara
Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

4. Timun
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu
Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!

6. Lemon
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

7. Ubi Kentang
Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

8. Bedak sejuk
Bedak sejuk memang pop**ar sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

9. Air tebu
Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

10. Vitamin E
Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

Semoga Bermanfaat .. Selamat Mencuba ^_^

“Nampak seronok p**a tengok si kecil berenang di spa bayi. Mesti dia seronok kan…?”Sekarang ini memang menjadi trend unt...
05/09/2018

“Nampak seronok p**a tengok si kecil berenang di spa bayi. Mesti dia seronok kan…?”

Sekarang ini memang menjadi trend untuk si kecil bersantai di spa bayi. Selalunya akan ada sesi berenang di mana bayi akan dipakaikan dengan neck ring atau neck float yang membantunya terapung dalam air.

5 RISIKO PENGGUNAAN ‘BABY NECK FLOAT’ YANG ANDA PATUT TAHU

1. 🚼AKTIVITI TERASING TIDAK SESUAI DENGAN KEPERLUAN BAYI🚼

Kaylë Burgham, Pengurus Swimming Teachers’ Association (STA) menjelaskan bahawa tindakan mengasingkan bayi di dalam sebuah kolam boleh memberi ketenangan dan menghindarkan stres bagi orang dewasa. Tetapi ini bukanlah apa yang diperlukan oleh bayi secara fizikal mahupun emosi.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa perkara utama dalam mengajarkan bayi berenang adalah hubungan antara bayi dengan ibu bapa atau tenaga pengajar. Dengan adanya human contact ini, barulah bayi dapat menikmati dan meneroka persekitaran dalam air dengan rasa selamat, relaks, dan menyeronokkan.

2.🚼 MENGHALANG KAWALAN KEPALA BAYI🚼

Francoise Freedman, founder organisasi Birthlight p**a berkata bahawa penggunaan neck ring ini secara kerap boleh menghalang pergerakan bayi semasa di dalam air.

Ini kerana, semasa menggunakan neck ring, kemampuan bayi untuk mengawal pergerakan kepala adalah terhad. Oleh kerana perkembangan bayi akan bermula pada bahagian kepala dan ke bawah (cephalo-caudal), dikhuatiri pergerakan utama bayi ini sedikit sebanyak akan terhalang.

3.🚼 MENJADIKAN BAYI PASIF DI DALAM AIR🚼

Dalam laporan tersebut, Freedman juga menyatakan kegusaran beliau apabila bayi berusia seawal 3 tahun dibiasakan dengan neck ring. Menurut beliau, penggunaannya secara berlebihan mungkin menjejaskan refleks kepala bayi dan saraf yang berkenaan, lalu memperlahankan kemahuan semulajadinya untuk belajar duduk tegak.

4. 🚼KURANG PELUANG UNTUK BAYI MENEROKA🚼

neck ring atau neck float mewujudkan ruang vakum yang menyebabkan bayi hilang kemampuan untuk berkomunikasi dengan sesiapa atau apa-apa. Hal ini menjadikan bayi pasif, di mana sepatutnya, bayi diberi peluang untuk meneroka dan melakukan aktiviti fizikal semasa di dalam air.

keunikan aktiviti air juga seharusnya dimaksimakan dengan penglibatan ibu bapa, pergerakan fizikal yang dinamik, serta latihan sensori yang unik.

5.🚼 KESAN KEPADA LEHER DAN VERTEBRA BAYI🚼

Apabila bayi menggunakan alatan ini juga, kepala mereka akan disokong oleh struktur separa kaku yang diperbuat daripada getah.

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai bayi berusia 5 bulan ke bawah terutamanya, perlu lebih berhati-hati kerana terdapat tekanan pada bahagian vertebra dan leher bayi yang masih lembut. Otot dan ligamen pada bahagian tersebut juga mungkin boleh tercedera jika dipakaikan neck float secara berlebihan

Encik suami perlu tahu ya☺
04/09/2018

Encik suami perlu tahu ya☺

31/08/2018
Wahai Encik Suami!!!1. Azankan anak yang baru lahir2. Kucup dahi isteri dan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada iste...
26/08/2018

Wahai Encik Suami!!!

1. Azankan anak yang baru lahir

2. Kucup dahi isteri dan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada isteri selepas berjuang melahirkan zuriat.

3. Tahnikkan dengan kurma, madu atau air zam-zam menggunakan jari manis.

4. Sediakan tukang urut untuk isteri sekurang-kurangnya untuk 3 - 7 hari. Kemudian di susuli 1 minggu sekali sepanjang berpantang dalam tempoh 1 bulan pertama atau ke 2. (Jangan gatal2 nak tumpang sekali

5. Hari ketujuh, berikan nama yang baik dan cukur rambut atau botakkan rambut. Rambut yang di dalam perut tak baik untuk perkembangan dan kesihatan bayi.

6. Urus uri dengan betul. Si suami sepatutnya basuh dan tanam sendiri uri anak. JANGAN nak mengarut letak paku ke pisau ke ape ye!!

7. PENTING!!! Beri sokongan kepada isteri untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Sediakan pam jika perlu dan beri sokongan jika tiada susu atau susu lambat keluar. Sokongan moral sangat penting waktu ni sebab isteri tak boleh stress dalam pantang. Jadi, suami kena sabar dan usaha cari jalan penyelesaian. TAPI, jangan memaksa. Kalau dah takde nak buat camne lagi kan..

UNTUK BABY ANDA!

1. Sediakan pampers yang sesuai dan secukupnya. Untuk baby yg agak bersaiz kecil (lingkungan 2.4kg - 2.8kg) boleh try Huggies. TAPI jn la beli stock sampai 1 lori. Baby cepa membesar so sediakan at least ada 1 pack extra pun dah memadai.

2. Baby akan kerap buang air. Dah beli pampers tu takkan tengok je ? Jadi tolong la tukarkan pampers tu. Takyah nak geli2 sangat ok? Isteri tu tengah pantang macam2, sakit p**ak tu, kena susukan baby lagi. Suami yg boleh sebat semua jenis makanan tak perlu pantang apa semua tu takkan tak boleh tolong tukar pampers kot kan..

3. Kebiasaannya baby akan selalu kembung sampai ke tempoh 3 - 4 bulan kurang atau lebih. Pastikan penyusuan ibu teratur 2 jam sekali (MINIMUM) epsecially baby yg ada jaundice. Semakin kerap baby menyusu, makin kerap baby buang air, makin cepat jaundice turun, dan makin boost production susu ibu.

4.Sentiasa monitor pernafasan baby. PENTING! Sekiranya pernafasan baby di susuli dengan bunyi dengkuran kuat, bawa ke clinic pakar kanak2 untuk check paru2. Kebiasaan baby yg breastfeeding akan ada bunyi seperti kahak di tekak. Kalau terlampau banyak dan baby batuk, dikhuatiri ada jangkitan di paru2.

5. Tidurkan anak selepas menyusu. Kalau larat dodoikan la dengan tangan di ikuti dgn zikir2 ataupun ayat2 suci. Baby ni ada bau yg special yg menarik perhatian semua makhluk di muka bumi, cium baratus kali pun tak jemu. Sebab apa? Bau yg best tu adalah bau SYURGA. Cium la puas2 ya sebab bau ni akan pudar dari hari ke hari dan hilang.

Sekian, nikmatilah saat bahagia ketika baby masih kecil. Sebab bila dah besar dan banyak akal, segalanya tentang anak anda adalah sesuatu yg tak di jangka.

Kepada isteri2, mohon tag suami masing2.. hehehe

Linea NigraGarisan hitam memanjang dari pusat ke bawah tu namanya linea nigra. Disebabkan perubahan hormon yg berlaku ma...
26/07/2018

Linea Nigra

Garisan hitam memanjang dari pusat ke bawah tu namanya linea nigra. Disebabkan perubahan hormon yg berlaku masa hamil yang juga explain kenapa puting buah dada jadi lebih hitam dari biasa. Kadang2 bahagian badan lain pun ada yang hitam-hitam ( hyperpigmentation )

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Linea nigra adalah perubahan normal yg berlaku, sungguhpun begitu ada je ibu yang takda garisan hitam ini. Ada ke takda garisan hitam ini tidak memberitahu apa-apa mengenai kehamilan - contohnya kalau ada garisan hitam ini kehamilan ada masalah atau seumpama dengannya. Jangan mengarut

Menurut kepercayan orang orang tua, jika garisan itu hanya sampai pada paras pusat - most probably ibu akan lahirkan bayi girl. Tapi jika garisan hitam itu lepas pada paras pusat - ibu akan lahirkan baby boy. Ini sekali lagi mengarut. Abis tu, utk org yang takda garisan hitam tu jantina baby nye 2 alam?

Linea nigra TAKDA KAITAN dengan jantina bayi dalam kandungan !

Tak perlu beli pelbagai produk atau krim untuk disapu pada garisan hitam ini kerana ianya akan pudar dan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Bawak bersabau.

Info dari : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

Biasa kan kita dengar bila mengandung - ibu kena kencing manisDan kita juga tahu yang kes preggy mummy kena kencing mani...
21/07/2018

Biasa kan kita dengar bila mengandung - ibu kena kencing manis
Dan kita juga tahu yang kes preggy mummy kena kencing manis ni adalah sementara - selalunya kes ini akan pulih semula selepas pantang.
Tapi - kalau masa preggy kena kencing manis - mummies kena pantang makan dan minum - sebab kalau tak jaga nanti, yang terkesan adalah baby dalam perut. Takut dia lahir dan insulin dalam badan tak dapat digunakan dan sebagainya.
Tips untuk kawal kencing manis ketika mengandung supaya anak lahir kuat dan sihat seperti baby lain :

1. Kurangkan makan yang kandungan karbohidrat nya tinggi
Contoh: Nasi Putih, Roti Putih - sebab makanan ini akan ditukar menjadi glukosa dalam darah. Bila kencing manis ni, insulin tak dapat nak berfungsi 100% - tu yang glukosa ni tak dapat nak ditukar menjadi tenaga. Jadinya, gula tinggi dalam darah = kencing manis.
2. Makan makanan yang kandungan Glycemic Index (GI) nya rendah
GI ni adalah GI rendah ni tak akan menyebabkan kadar gula dalam darah naik secara mendadak.
3. Makan ikut masa dan kena konsisten
Ini memang pesanan dari doktor ya - makan kena on time. Tak boleh skip waktu makan, tak boleh harini makan OK ikut time, esok ke laut. Sebab kita nak make sure kadar glukosa dalam badan kita sentiasa seimbang, jangan naik turun dan tak stabil. Tu yang ada ibu preggy kena 'hypo' dan sebagainya.
4. Jangan minum dan makan manis
Of course lah ya, ini paling pantang sekali sebenarnya. Sebab air dan makanan manis ni akan sebabkan kadar glukosa dalam darah terus meroket! Tak nak lah ya, sayang anak dalam perut kan?

5.jangan lupa amalkan untuk atasi @ semasa

💪💪 cikidout

Anda perlu tahuKenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?Kerana cara mandian yang salah!Kita selalu dengar orang...
19/07/2018

Anda perlu tahu

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?

Kerana cara mandian yang salah!

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?

Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu,

basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala ,

logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

17/07/2018

Yang bakal melahirkan atau baru sahaja melahirkan..
Boleh share untuk panduan kita semua

Cikidouttt

Resepi untuk ibu berpantang, encik suami boleh la tolong masakkan makanan-makanan dalam ni untuk isterikata sayangkan☺Kr...
17/07/2018

Resepi untuk ibu berpantang, encik suami boleh la tolong masakkan makanan-makanan dalam ni untuk isteri

kata sayangkan☺

Kredit: Amanda Ibrahim

Resepi untuk ibu berpantang, suami2 boleh la tolong masakkan makanan-makanan dalam ni untuk isteri..kata sayangkan.Kredi...
17/07/2018

Resepi untuk ibu berpantang, suami2 boleh la tolong masakkan makanan-makanan dalam ni untuk isteri..kata sayangkan.

Kredit: Amanda Ibrahim

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Apa Itu Bentan Selepas Bersalin??••••••••••••••••••••••••••••••••••••••~Bentan ber...
17/07/2018

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Apa Itu Bentan Selepas Bersalin??
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

~Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, sakit di kawasan peranakan malah boleh mengalami tumpah darah akibat bentan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tanda dan Sebab Bentan Berlaku
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bentan selalunya berlaku jika ibu mengambil makanan sejuk atau tersepak benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

>Jenis Bentan Selepas Bersalin:<

**Bentan urat**

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

**Bentan urat peranakan/urat rahim**

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

**Bentan urat besar (pinggang)**

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

::Cara Mengelak dan Merawat Bentan::

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

√Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

√Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

√Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Jika mengalami bentan yang teruk seperti tumpah darah dan demam yang tinggi, ibu harus segera mendapatkan rawatan doktor. Perlu diingat bahagian dalam ibu belum sembuh sepenuhnya dan jangan biarkan bentan berlarutan tanpa dirawat.

Address

Taman Kota Cheras
Cheras, Selangor
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minyak Kelapa Dara IBU Selangor-mamasadobabycomey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Minyak Kelapa Dara IBU Selangor-mamasadobabycomey:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram