PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU

PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU Menyediakan maklumat peluang kerjaya dan pendidikan untuk OKU

Sudahkah anda menggunakan Sistem CHATBOT PEKA OKU untuk mencari PELUANG PEKERJAAN & PENDIDIKAN yang ada khusus untuk OKU...
16/10/2025

Sudahkah anda menggunakan Sistem CHATBOT PEKA OKU untuk mencari PELUANG PEKERJAAN & PENDIDIKAN yang ada khusus untuk OKU?

Chatbot PEKA OKU dicipta khusus untuk membantu golongan OKU untuk terus mendapatkan pautan pemohonan kerja kosong yang ada mengikut lokasi, minat, kemahiran, kelayakan dan jenis pekerjaan yang ingin dimohon.

Jom cuba sekarang: https://chatgpt.com/g/g-67ef6ce658b08191b7fbad29e7f97082-peka-oku

Rujuk contoh perbualan chatbot PEKA OKU di bawah untuk tutorial.

10/10/2025

𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas turut diberikan perhatian dalam Belanjawan 2026 menerusi peluasan akses kepada Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Inisiatif ini bertujuan memastikan mereka tidak terpinggir daripada peluang meningkatkan kemahiran, menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa serta terus aktif dalam komuniti melalui penglibatan dalam program pendidikan yang inklusif bersama komuniti.

Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia











10/10/2025

𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Belanjawan 2026 memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion khusus bagi memperkasa kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Peruntukan ini memberi fokus kepada bantuan yang lebih bersasar dan berimpak tinggi melalui:

1️⃣ 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐊𝐔 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 / 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐊𝐫𝐨𝐧𝐢𝐤
Menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga atau penjaga bagi memastikan OKU terlantar dan pesakit kronik menerima penjagaan rapi dan berterusan

2️⃣ 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐎𝐊𝐔 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚
Memberi bantuan bulanan kepada OKU yang tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja agar mereka dapat menampung keperluan asas hidup secara berterusan.

3️⃣ 𝐄𝐥𝐚𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐎𝐊𝐔
Elaun ini diberikan sebagai insentif kepada pekerja OKU agar terus bekerja, mampu berdikari dan produktif.

Ini membuktikan bahawa kebajikan OKU bukan hanya tanggungjawab sosial, tetapi satu amanah negara dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia











10/10/2025

𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) akan diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak sebagai langkah memastikan akses intervensi awal dan sokongan perkembangan kanak-kanak autisme dapat dinikmati secara lebih menyeluruh di seluruh negara.

Pengembangan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 13 ribu kanak-kanak autisme serta keluarga, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sebelum ini berdepan kekangan untuk mendapatkan khidmat terapi, sokongan psikososial dan bimbingan keluarga secara profesional.

Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia











Address

Jalan KPB 18
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram