12/07/2018
agak kecoh newsfeed tentang virus kawasaki. dan virus ni pulak naik namanya ketika measles dan hfmd sedang berleluasa. Jadi ramai yg mula risau, ni hfmd ke? Measles ke? Atau kawasaki?
Kawasaki ni bukan virus baru, dah lama. Tapi sangat rare. Selalu detect virus ni di negara Jepun, sebab tu namanya pun Kawasaki. Measles ni pulak, kita panggil campak. Yg ruam2 halus penuh badan tu. Hfmd ni penyakit kaki tangan dan mulut, yg jadi kudis2 dari dalam tekak, celah2 jari dan tapak tangan dan kaki, dan kadang2 ada yg kena di area lampin.
Permulaan kepada ketiga2 jenis penyakit ni, demam. Measles, demam tinggi diikuti selesema dan batuk sebelum keluar ruam, bermula dari kepala, hingga ke kaki. Hfmd demam suhu sederhana, biasa tak lebih 39C, lepas demam akan mula naik ulser dalam mulut dan tekak, diikuti red spots kat tapak kaki dan tangan.
Kawasaki ni pulak, demam suhu tinggi yg melarat berhari2. Tanda paling tak sama dgn dua lg penyakit ni adalah strawberry tongue. Lidah tu naik biji2 air. Nampak sebijik mcm buah strawberi macam dlm gambar. Disebabkan virus ni menyerang salur darah, jadi keradangan yg membuatkan kulit jadi kemerah merAhan. Takde spot, tapi merah. Tapak tangan dan kaki pun merah. Dan bibir akan jadi kering hingga merekah.
Virus ni kalau mendapat rawatan awal insyaAllah boleh sembuh. Tapi bila mencapai 10 hari masih belum dirawat, risiko pecahnya salur darah ke jantung adalah tinggi. Huhuhu. Jadi memang kena risau jugaklah, kena check sokmo la kalau anak demam tu, disertai dengan tanda2 kawasaki yg lain.
Tambah perenggan (info dr pembaca) :
Kawasaki disease @ atypical kawasaki @ classical kawasaki tidak akan menyebabkan salur darah ke jantung pecah..sebaliknya akan menyebabkan aneurism iaitu kesekatan @ kesekatan disalur darah..caranya dgn rawatan intensif aspirin tp jgn ingat aspirin yg dijual di farmasi biasa sbb tak sama..kemerehan pada kulit dgn cara 'merasa @ sentuhan pada kulit' akan dapati seperti sand paper rash (tak sama merah sprt measles @ HFMD)
Punca virus ni tak dikenalpasti sampai sekarang. Setakat ni dikatakan virus ni disebabkan over reaction dalam sistem immune tubuh penghidap. Means dia kena virus atau jangkitan biasa, tapi reaksi sistem imun terhadap virus tu over hingga menyerang tubuh sendiri. Kategori autoimmune disease jugak ke ni?? 🤔🤔
Yg paling penting, ramai tertanya2. Berjangkit ke???? Alhamdulillah mengikut kajian virus ni tidak berjangkit. measles dan hfmd berjangkit ye. jadi sila kuarantin. bila tak kuarantin tu yg berjangkit2 ke orang lain tu, lepas tu jadi wabak.
sekian perkongsian. Rajin pulak nak menaip harini. Mesti ramai yg risau. I know. I feel you. Kalau rajin bacalah lagi penyakit2 rare lain sebab virus ni. macam2 nama ada. Pernah dengar Gianotti Crosti Syndrome?? Ha, boleh google. Abg amrullah dulu suspected yg ni tau. Kategori penyakit rare tau.
Kita ambil tau bukan sebab nak jadi pandai dari doktor, tapi untuk alert je. Janganlah anak demam dah berminggu, kita tak habis2 duk mikir anak tu nak beralih bulan aje. Sian anak. Kena siasat lebih sikit la. Kita usaha, selebihnya moga Allah beri kesembuhan.
🤗🤗
Sumber imej: google
Tambahan info:
Kawasaki ni bukan sejenis virus, tapi disease. Termasuk dalam childhood disease. children under 5 yrs old are mostly affected. Rare disease. Boleh google untuk lebih info tentang tanda2 kawasaki ni. Tq for sharing. Moga bermanfaat.