10/10/2025
[IMBAS KEMBALI]
21 OGOS 2025 | MAJLIS PELUNCURAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN BULI DI TEMPAT KERJA BAGI ANGGOTA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan peluncuran Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena Program โMinda Sihat, Cemerlang Tugasโ. Garis panduan ini menegaskan komitmen KKM terhadap prinsip โZero tolerance to bullyingโ.
Garis Panduan Pengurusan Buli ini telah dibangunkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang diterajui oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan(NCEMH).
Garis panduan akan menjadi rujukan yang jelas kepada pentadbiran dalam mengenal pasti perilaku buli, membuat laporan, menjalankan siasatan serta menguruskan kes dengan telus, adil dan berkesan.
Peluncuran ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan maruah insan, ihsan, empati dan integriti.