07/02/2026
Dulu orang kenal saya cerita pasal medical card & hibah takaful je. Sekarang saya kena tambah lagi satu topik baru ; topik yang selalu orang elak borak juga, tapi sebenarnya penting ๐
.
Saya memang s**a masuk industri yang org tak s**a dtg dekat.Biar mencabar sikit.ceh๐
Alhamdulillah, hujung Oktober 2025 lepas, saya tambah satu lagi portfolio dalam perjalanan kerjaya saya sebagai Daie Mawarith di bawah Wasiyyah Berhad, selain masih aktif sebagai Perunding Takaful.
Sepanjang jumpa client dan kawan-kawan, saya perasan ramai antara kita memang bersungguhhhh cari rezeki untuk keluarga, kumpul harta, invest merata, penuhkan tabung pendidikan anak, tabung persaraan....tapi bila masuk bab urus harta pusaka,ramai rasa benda ni jauuhhhh lagi, lamberttttt lagi, terus tak tahu nak start macam mana dan akhirnya langsung tak buat apa2 perancangan sepanjang hayat.
Jujur, saya pun dulu tak faham sangat.
Bila saya mula belajar, baru saya nampak betapa pentingnya perancangan awal seperti ilmu faraid, wasiat, hibah harta, hibah amanah dan pengurusan harta pusaka supaya urusan keluarga nanti lebih teratur dan tak menyusahkan sesiapa.
Apa yang best nya bila join Wasiyyah berhad ialah ia merupakan Hibah Fintech Based Platform pertama di Malaysia, yang memudahkan proses perancangan harta dibuat secara lebih sistematik dan boleh urus secara online sahaja. Senang untuk anda, senang lagi urusan saya!
So sekarang kira saya bawa dua topi:
๐งข Perlindungan kesihatan & kewangan
๐งข Perancangan hibah dan pengurusan harta pusaka
Masih belajar, masih kumpul pengalaman, tapi saya harap apa yang saya buat ni sedikit sebanyak boleh bantu orang ramai buat persediaan lebih awalโฆ sebelum anak-anak atau waris nanti pening kepala nak uruskan semua ๐
Yang masih muda baru nk bina kerjaya, mungkin ini belum masanya. Tapi untuk mak ayah atuk nenek anda, mereka perlu ambil maklum tentang topik ni segera dan uruskan sebaiknya.