Superbig Academy

Superbig Academy We provide health advice and health education on disease prevention and healthy lifestyle.

Superbig Academy Sdn Bhd is a venture under SUPERBIG CAPITAL Berhad, which is an investment holding company that owns an integrated pharmaceutical group offering a wide range of products and services to customers. In Superbig Academy, we strongly believe that the pharmaceutical industry plays an active role surrounding the research, discovery and development of new medicines for scientific advancements. We also help to raise awareness and share important information on the latest health issues within the local community. Our company plays an important role in ensuring that pharmaceuticals, traditional and cosmetics that are available in the pharmacy are genuine in terms of registration, subscription and notification. It also acts to ensure that the link of supply and marketing, advertising of the products (including the medical services) and its usage are managed and by complying with the provisions of existing legislation.

02/09/2024

πŒπ„ππ‚π€π‘πˆ ππ„πŒππ€ππ“π” π€πŠπ€π”π 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 !!

πŸ“Œ Superbig Capital Bhd, Cyberjaya Selangor
Hubungi kami :
011-5897 0848 (HR)

26/06/2024

πŒπ„ππ‚π€π‘πˆ ππ„πŒππ€ππ“π” π…π€π‘πŒπ€π’πˆ !!

πŸ“Œ Teras Jernang, Bangi Selangor

Hubungi kami :
011-5897 0848 (HR)

🌊🌧️ Banjir dan Risiko Penyakit Berjangkit πŸ€’πŸ¦ Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula Se...
06/11/2023

🌊🌧️ Banjir dan Risiko Penyakit Berjangkit πŸ€’πŸ¦ 

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1️⃣ Kemusnahan Harta Benda: Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta, dokumen, dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. πŸ’”

2️⃣ Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. 🀧

3️⃣ Kematian: Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. ☠️

4️⃣ Kerugian Kerajaan: Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan penempatan sementara mangsa banjir. πŸ›οΈπŸ’°

Banjir dan Risiko Penyakit 🌊🦠

Banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit. πŸ”

Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banjir adalah seperti jangkitan pernafasan akut, Konjunktivitis (Sakit Mata), Leptospirosis, Cirit-Birit, Disentri, Hepatitis A, Taun/Kolera, Demam Kepialu (Typhoid), Keracunan Makanan, Demam Denggi, Jangkitan Kulit, Demam Campak (Measles), Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD), Malaria Dan Cacar Air (Garis Panduan Pengurusan Banjir, 2008). πŸ€’πŸ‘€πŸ’‰

Penyakit Bawaan Air dan Makanan πŸ½οΈπŸ’§

Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri, dan keracunan makanan. Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui meminum air atau memakan makanan yang telah dicemari oleh kuman-kuman penyakit tersebut. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Kejadian penyakit ini sentiasa dipantau dan dikawal oleh pihak Kesihatan. πŸš°πŸ”πŸ€’

Penyakit Leptospirosis πŸ€πŸ€•

Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang telah terjangkiti dengan bakteria ini. πŸŒŠπŸ•

Antara tanda-tanda penyakit Leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman. πŸ€’πŸ‘οΈ

Langkah-langkah pencegahan yang patut diamalkan ialah memastikan kebersihan persekitaran rumah, tutup dan tudung makanan supaya dihindari tikus, sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri, jangan bermain air banjir, dan lopak air terutamanya selepas banjir, dan cuci serta balut sebarang luka yang terdapat pada anggota badan dengan sempurna supaya tidak terdedah dengan air banjir ini. πŸ§ΌπŸ‘πŸšΏ

Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata) πŸ‘οΈπŸ˜·

Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal, dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata. Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan ini merupakan radang pada bahagian putih mata. 🀧🀒

Langkah-langkah pencegahan yang patut diamalkan adalah sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih selepas menyentuh mata dan sebarang permukaan, elakkan bergaul dengan orang yang sakit mata, dan jangan berkongsi barang peribadi. πŸ§ΌπŸ‘

Demam Denggi 🦟🌑️

Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan tiada tempat yang boleh menakung air seperti plastik, tin-tin minuman, dan bekas makanan polisterin yang digunakan atau hanyut semasa banjir. Bekas-bekas ini perlulah dibuang dengan betul. Setiap penghuni rumah juga perlu memastikan persekitaran rumah mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes ini. 🦟🚯

Demam Denggi adalah berpunca dari nyamuk Aedes. Antara tanda-tandanya ialah bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot, dan gatal-gatal. πŸ€’πŸ€•πŸ¦ 

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil:

πŸ’§Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan.
πŸ’§Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir.
πŸ’§Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
πŸ’§Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.
πŸ’§Pastikan air yang diminum bersih dan dimasak sempurna atau mimum air yang dibotolkan.
πŸ’§Sentiasa makan makanan yang dimasak dan masih panas. Jika makan buah, kupas kulit dan elakkan makan makanan mentah.
πŸ’§Jaga kebersihan diri dan persekitaran; sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang sempurna, dan buang sampah di tempat yang betul.
πŸ’§Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.
πŸ’§Patuhi nasihat yang diberikan oleh Anggota Kesihatan. πŸ’§πŸ›πŸ‘΄πŸ‘ΆπŸ‘©

Sumber:

1. Manual Maklumat Kesihatan Banjir. n.d. Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya.
2. Garispanduan Pengurusan Banjir (Kesihatan). 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia. Diambil dari http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/pdf/Jlid 1 – FWBD UMU GP 001.pdf πŸ“šπŸ“°

Sila pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa berhadapan dengan banjir dan risiko penyakit yang berkaitan. πŸŒŠπŸ™

πŸ€”β“ Mengapa saya perlu mengambil berat tentang perancangan keluarga?πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ’•πŸ‘Ά Merancang keluarga bermaksud menentukan mas...
03/11/2023

πŸ€”β“ Mengapa saya perlu mengambil berat tentang perancangan keluarga?

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ’•πŸ‘Ά Merancang keluarga bermaksud menentukan masa yang sesuai untuk memiliki anak, selang waktu di antara kehamilan, dan jumlah anak yang diingini oleh pasangan.

⏰🚺 Masa yang sesuai untuk wanita hamil:

Berumur di antara 20 dan 35 tahun
Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal & optima
Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
Pasangan ingin mempunyai anak
πŸ‘©β€βš•οΈπŸ€° Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor ini tidak dipenuhi. Oleh itu, wanita digalakkan untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga yang berkesan.

πŸ”β“ Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

πŸŒ±πŸ“… Kaedah semulajadi
πŸ”„πŸ“† Kaedah kesuburan
πŸŒ‘οΈπŸ“ˆ Suhu badan asas
πŸ’§πŸ“‰ Kaedah cairan dan lendiran f***j
πŸ”€πŸ€ Kaedah gabungan
πŸš«πŸ™…β€β™€οΈ Kaedah halangan
πŸ†πŸŽ© Kondom
πŸ‘’πŸ”΅ Topi servik
πŸ›‘οΈπŸ”΅ Diafram
πŸ’ŠπŸ”¬ Kaedah hormon
πŸ’ŠπŸ“‘ Pil
πŸ’‰πŸ’ͺ Implan
πŸ’‰πŸ’‰ Suntikan
🩸πŸ₯ Alat dalam rahim
πŸ”πŸ“… Kaedah kekal
πŸ“ŒπŸšΊ Ikatan tiub fallopian/peranakan
πŸ“ŒπŸ‘¨ Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

❓ Apakah faedah merancang keluarga?

πŸ‘©β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§ Faedah-faedahnya termasuklah:

Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan, dan anak-anak
Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini
Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga
πŸ€”β“ Kaedah mana yang sesuai untuk saya?

πŸ€·β€β™€οΈ Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan penyedia penjagaan kesihatan. Pasangan mempunyai peranan yang penting dalam memberi sokongan untuk memastikan perancang keluarga berkesan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira termasuk:

πŸ‘©β€πŸ¦³ Umur wanita tersebut
πŸ₯ Status kesihatan
πŸ’― Keberkesanan kaedah
😊 Keutamaan individu
πŸ₯ Kepuasan yang ada dalam klinik
πŸ“œ Sejarah obstetrik dan ginekologi

β“πŸ” Bagaimana untuk saya pastikan bahawa saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?

🀰🚫 Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan bahawa anda tidak hamil. Wanita tidak hamil jika mereka tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan memenuhi kriteria seperti berikut:

Dalam masa 7 hari selepas haid normal
Dalam masa 7 hari selepas keguguran
Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu yang tidak menyusukan bayi
Ibu yang menyusukan anak dalam masa 4 bulan selepas kelahiran dan belum lagi turun haid
Belum lagi melakukan hubungan seks sejak haid terakhir
πŸ’‰πŸ” Jika kehamilan belum lagi disahkan, anda perlu:

Melakukan ujian kehamilan air kencing atau
Tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan penghalang sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)
πŸ“…β“ Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

πŸ’ŠπŸšΊ Kaedah hormon (pil)
🚺 Wanita tidak hamil - bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari pertama haid.
🚼 Selepas keguguran - mulakan serta merta
πŸ‘ΆπŸ₯ Selepas kelahiran:

Jika tidak menyusukan bayi - mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
Jika menyusukan bayi - mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusukan atau beralih kepada susu formula
πŸ’‰πŸ’‰ Suntikan hormon
Mulakan dalam masa 7 hari haid
Mulakan serta merta selepas keguguran
Selepas kelahiran:
Jika tidak menyusukan bayi - mulakan serta merta selepas melahirkan anak
Jika menyusukan bayi - mulakan 6 minggu selepas melahirkan
🩸πŸ₯ Alat dalam rahim
Semasa haid
Serta merta selepas keguguran
6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
πŸ”πŸ“… Kaedah kekal
🚺 Wanita (Ikatan tiub fallopian/tiub peranakan)
Serta merta selepas melahirkan atau
6 minggu selepas melahirkan atau
Semasa pembedahan kelahiran/ Caesarean atau
Bila-bila masa
πŸ§” Lelaki (Vasektomi)
Bila-bila masa
πŸ†˜β“ Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak hamil?

πŸ’Š Pil perancang kecemasan mempunyai keberkesanan 75%, manakala alat kontrasepsi dalam rahim (IUD) mempunyai keberkesanan 99.9% dalam mengelakkan kehamilan.

πŸ€”β“ Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormon pakej 21 (seperti Marvelon, Nordette)?

πŸ•’ Terlewat memulakan
🚫 Tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pembunuh sperma sehingga anda mengambil seterusnya 7 pil.
πŸ“† Terlupa 1 pil
πŸ”œ Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
πŸ“† Terlupa 2 atau lebih pil
πŸ‘« Gunakan kondom selama 7 hari
πŸ“† Ambil pil hormon
πŸ”’ Kira berapa bilangan pil hormon yang masih tinggal dalam pakej, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormon yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan pakej baru pada hari esok.

πŸ€”β“ Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil hormon progestin? (contohnya, Noriday)

πŸ”œ Ambil pil terakhir yang terlewat serta-merta. Elakkan hubungan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang lain selama 48 jam.

πŸ€”β“ Sekiranya tiub fallopian/tiub peranakan saya telah diikat?

πŸ” Kaedah pembedahan adalah kekal dan pembedahan untuk membukanya boleh dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

πŸŒβ“ Di mana saya boleh mendapatkan bantuan perancang keluarga?

πŸ₯ Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Rujukan:

1. WHO 1998 Manual Pekerja Kesihatan tentang PILIHAN PERANCANGAN KELUARGA
2. KKM 21-22 Jun 2001 Panduan Program Perancangan Keluarga
3. WHO 2002 Cadangan Amalan Terpilih untuk Penggunaan Kontrasepsi
4. Pusat Informasi Kesihatan Wanita Kebangsaan Nov 2002 Kontrasepsi Kecemasan

Kudis buta (Scabies): Gatal yang menyeksakan!Kudis buta adalah disebabkan oleh parasit tungau yang bernama β€œSarcoptes sc...
26/10/2023

Kudis buta (Scabies): Gatal yang menyeksakan!

Kudis buta adalah disebabkan oleh parasit tungau yang bernama β€œSarcoptes scabiei”. Parasit ini dilihat berwarna coklat keputihan dan mempunyai 8 kaki melalui mikroskop. Tungau betina akan membuat lubang untuk menanam 2 hingga 3 biji telur sehari setelah mengawan. Ianya sangat berjangkit melalui sentuhan secara langsung dan dijangkiti oleh pelbagai jenis umur terutamanya di kalangan ahli keluarga terdekat pesakit. Jangkitan boleh tersebar melalui pakaian, cadar dan objek-objek yang digunakan oleh pesakit. Ianya juga dikategorikan sebagai penyakit jangkitan kelamin dimana ianya boleh merebak melalui hubungan seksual.
Kebersihan yang tidak memuaskan dan kawasan yang sesak adalah antara faktor risiko penyumbang kepada jangkitan ini. Gejala utamanya adalah gatal yang teruk bersama-sama dengan ruam-ruam berbiji merah di kawasan celahan jari-jari tangan dan kaki, pergelangan tangan, ketiak (axilla), sekeliling pinggang, kawasan kemaluan dan juga sekeliling punggung (buttock).

πŸ“·Akibat jangkitan kudis buta, pesakit akan rasa tidak selesa kerana gatal yang keterlaluan dan kualiti hidup mereka akan menurun secara mendadak. Kesan yang biasa dihadapi yang juga merupakan penyebab jangkitan seperti jangkitan kuman bakteria sekunder staphylococcal atau streptococcal termasuk impetigo, β€˜ecthyma’, β€˜paronychia’ dan β€˜furunculosis’.

Penyakit kudis buta kebiasaannya didiagnosa sebagai penyakit diagnosis klinikal melalui sejarah penyakit yang relevan dan pemeriksaan fizikal yang sempurna. Untuk mendiagnosa secara pengesahan, ianya melalui proses pengesanan parasit tungau scabies, telur-telur dan najisnya yang dipanggil β€˜scybala’ melalui pemeriksaan alat mikroskop.

πŸ“·
Rawatan ubat-ubatan berdasarkan kajian perubatan:

Rawatan barisan pertama:

Topikal 5% permethrin adalah rawatan barisan yang pertama. Ianya sangat efektif melalui kajian percubaan klinikal sehingga 90%. Pesakit disarankan meletakkan krim/losyen pada waktu malam dengan sempurna di atas kulit dari leher sehingga ke hujung kaki termasuklah di celahan jari-jemari tangan dan kaki. Ianya perlu di bilas/ di basuh setelah 8 hingga 14 jam. Kesan sampingan yang utama adalah radang pada kulit. Pemakaian topikal permethrin untuk kali kedua untuk minggu kedua atau ke tiga bergantung kepada keadaan ruam kudis buta tersebut.

Ubat oral β€˜ivermectin’ iaitu anti-parasit adalah efektif sebanding topikal permethrin melalui kajian. Ianya boleh digunakan sekiranya terdapat wabak scabies di sesuatu institusi yang mana ubat topikal adalah tidak praktikal. Ubat oral ivermectin tidak disarankan sebagai rawatan barisan pertama untuk pesakit yang mengandung dan menyusu dan juga kepada kanak-kanak di bawah berat badan 15kg.

Rawatan barisan kedua/alternatif:

Agen-agen lain (tidak sehebat topikal permethrin) adalah seperti topikal benzoyl benzoate (emulsion benzoyl benzoate), topikal sulfur, topikal lindane, topikal crotamiton dan topikal malathion.
Topikal benzoyl benzoate: Digunakan di negara-negara yang miskin kerana harganya yang jauh lebih murah. Pemakaiannya adalah waktu malam sekali sehari untuk dua hari berturut-turut dan perlu mengulangi rawatan selepas seminggu. Tidak digunakan di negara Amerika.

Topikal sulfur: Secara relatifnya adalah lebih murah dan biasanya dikhaskan untuk bayi yang berumur kurang dari setahun dan juga ibu yang mengandung. Perlu di pakai pada waktu malam untuk 3 hari berturut-turut.

Topikal 1% lindane (gamma benzene hexachloride): Kurang digunakan kerana risiko toksik seperti sawan dan risiko kematian. Dibenarkan untuk rawatan alternatif untuk pesakit yang gagal dalam rawatan barisan rawatan utama dan juga alah kepada rawatan sebelumnya. Perlu disapu nipis untuk semua kawasan dari leher ke bawah sampai ke kawasan kaki untuk 8 jam. Negara-negara Eropah dan Jepun tidak mengesyorkan pemakaiannya untuk rawatan kudis buta.

Topikal crotamiton: Disapu untuk keseluruhan badan dari dagu sampai ke hujung kaki, disapukan semula untuk 24 jam kemudian dan dibasuh selepas 48 jam penggunaannya. Rawatan melalui sapuan crotamiton untuk 5 hari berturut-turut atau lebih dari 5 hari juga juga boleh diamalkan. Dalam kajian juga telah membuktikan bahawa crotamiton adalah tidak se-efektif permethrin.

Topikal 0.05% malathion: Rawatan berdasarkan kajian β€˜case series’ membuktikan keberkesanannya. Malathion disapu pada waktu malam untuk 8 hingga 12 jam. Kekangan adalah kerana harganya yang mahal dan mudah terbakar.

Rawatan bukan ubat:

Menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan. Elakkan diri dari memindahkan parasit penyebab kudis buta kepada orang lain melalui sentuhan atau apa-apa objek berkaitan sekurang-kurangnya 8 jam selepas rawatan.

Merawat semua yang telah terjangkit dan tidak boleh meninggalkan seorang pun yang terkena jangkitan dari mendapat rawatan secara sempurna.

Semua barang-barang atau objek kepunyaan pesakit yang telah terjangkit perlu diletakkan didalam beg plastik sekurang-kurangnya 3 hari ataupun di basuh dengan air panas dan diseterikankan supaya telurnya yang tidak bersentuhan dengan kulit akan mati.
Semua barang-barang peribadi yang digunakan setelah dijangkiti dibersihkan dengan sempurna.

Jika terdapat jangkitan kuman bakteria sekunder, perlu memberikan rawatan untuk jangkitan kuman bakteria tersebut dahulu dan selepas itu barulah merawat kudis buta.

Memberi kesedaran kepada pesakit bahawa sesetengah pesakit yang sudah selesai rawatan 2 hingga 4 minggu juga masih boleh mengalami kegatalan pada kulit yang berkemungkinan memerlukan rawatan topikal steroid.

Rujukan:
1. Wolff K., Johnson R.A. (2013) Fitzpatrick’s Color Atlas & Synopsis of Clinical Dermatology;, 6th Edition, McGraw-Hill Education, U.S.
2. Goldstein B.G., Goldstein A.O. Scabies: Management, internet access from https://www.uptodate.com/contents/scabies-management...
(July 2018)
3. Malaysia Guidelines for Management of Scabies In Adult and Children 2015

Royal jelly adalah bahan semula jadi yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional dan produk kesihatan. Walau b...
24/10/2023

Royal jelly adalah bahan semula jadi yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun, manfaatnya masih dalam kajian aktif, dan hasilnya mungkin bervariasi bergantung pada setiap individu. Di bawah ini adalah beberapa manfaat potensial royal jelly berdasarkan kajian, dengan merujuk kepada beberapa sumber utama:

1. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh: Royal jelly mengandungi bahan-bahan seperti asid amino, vitamin, dan mineral yang dapat meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Nutrients" pada tahun 2019 mendapati bahawa royal jelly boleh meningkatkan aktiviti sel-sel pertahanan kekebalan tubuh.[1]

2. Kesan Antioksidan: Kandungan royal jelly, termasuk royalisin dan asid asetik, mempunyai aktiviti antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas. Kajian dalam "International Journal of Molecular Sciences" pada tahun 2018 menunjukkan sifat antioksidan royal jelly.[2]

3. Potensi Anti-Inflamasi: Beberapa kajian menunjukkan bahawa royal jelly boleh mempunyai sifat anti-inflamasi. Sebuah kajian dalam "BMC Complementary and Alternative Medicine" pada tahun 2017 melaporkan bahawa royal jelly menunjukkan aktiviti anti-radang dalam ujian makmal.[3]

4. Kesihatan Kulit: Royal jelly digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit kerana kandungan nutrien yang kaya, termasuk vitamin B dan asid amino. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia boleh membantu dalam meningkatkan kelembapan kulit dan merangsang pembaharuan sel kulit.

5. Kesihatan Kardiovaskular: Beberapa kajian kecil pada haiwan menunjukkan bahawa royal jelly boleh mempunyai kesan positif pada kesihatan kardiovaskular, termasuk pengurangan tekanan darah dan peningkatan profil lipid. Walau bagaimanapun, kajian pada manusia masih terhad dan memerlukan kajian lanjut.[4]

Harap maklumat ini membantu. Tetapi, ingatlah bahawa royal jelly bukanlah ubat dan kesannya mungkin berbeza dari individu ke individu. Selalu berunding dengan profesional kesihatan sebelum memulakan pengambilan sebarang suplemen atau produk kesihatan baru.

Rujukan:

Bakour, M., et al. (2019). Immunomodulatory Effects of Royal Jelly on Various Immune Cells. Nutrients, 11(10), 2360.
El-Kott, A. F., et al. (2018). Potential Protective Effect of Royal Jelly Against Cadmium-Induced Hepatotoxicity in Mice. International Journal of Molecular Sciences, 19(12), 3987.
Attia, W. Y., et al. (2017). Royal Jelly Reduces Cholesterol Levels, Ameliorates AΞ² Pathology and Enhances Neuronal Metabolic Activities in a Rabbit Model of Alzheimer's Disease. BMC Complementary and Alternative Medicine, 17(1), 223.
Pourmoradian, S., et al. (2017). Effects of Royal Jelly on Cardiovascular Risk Factors in Type 2 Diabetic Patients: A Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Journal of Research in Medical Sciences, 22, 90.

Tajuk: "Kehebatan Royal Jelly: Rahsia Kecantikan & Kesihatan yang Diperkaya dari Lebah 🐝🌼"Hai semua! Hari ini, mari kita...
23/10/2023

Tajuk: "Kehebatan Royal Jelly: Rahsia Kecantikan & Kesihatan yang Diperkaya dari Lebah 🐝🌼"

Hai semua! Hari ini, mari kita kongsikan sesuatu yang menarik tentang satu bahan semula jadi yang telah digunakan selama berabad-abad untuk kecantikan dan kesihatan - Royal Jelly! πŸ―πŸ‘‘

Apa Itu Royal Jelly?
Royal Jelly adalah sejenis makanan khas yang dihasilkan oleh lebah madu untuk memberi makan ratu lebah dan larva yang akan menjadi ratu lebah. Ia merupakan campuran unik nutrien yang mengandungi vitamin, mineral, asid amino, dan faktor pertumbuhan.

Kebaikan Royal Jelly:
1️⃣ Kulit Cantik: Royal Jelly dikenali dengan keupayaannya meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan. Ia juga membantu meremajakan kulit dan memberikan kilau semula jadi.

2️⃣ Tambahan Tenaga: Bahan ini dikatakan memberi tambahan tenaga dan mengurangkan keletihan, menjadikannya sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif.

3️⃣ Sokongan Kesihatan: Royal Jelly telah digunakan dalam tradisi perubatan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengurangkan risiko penyakit, dan menyokong kesihatan jantung.

4️⃣ Kandungan Nutrien Kaya: Ia mengandungi pelbagai vitamin B, mineral seperti kalsium dan zink, serta asid lemak penting.

Perlu Diperhatikan:
Sebelum memulakan pengambilan suplemen Royal Jelly, adalah bijak untuk berunding dengan pakar kesihatan anda, terutama jika anda mempunyai alahan lebah atau sebarang masalah kesihatan yang kronik.

Adakah anda pernah mencuba Royal Jelly atau mempunyai pertanyaan tentangnya? Berkongsi pengalaman anda atau bertanya dalam komen di bawah! Semoga kita semua dapat mengejar kecantikan dan kesihatan yang lebih baik dengan kebaikan alam semula jadi. πŸπŸ’›βœ¨

🌿 Ginkgo Biloba: Tumbuhan Misteri yang Tidak Beralih Zaman 🌿Jika anda pernah tertanya-tanya tentang tumbuhan tertua di p...
18/10/2023

🌿 Ginkgo Biloba: Tumbuhan Misteri yang Tidak Beralih Zaman 🌿

Jika anda pernah tertanya-tanya tentang tumbuhan tertua di planet ini yang "tak berubah-ubah," maka jawapannya adalah Ginkgo Biloba! Ini adalah tumbuhan yang memikat dan mempunyai fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu:

1. Pokok Fosil Hidup: Ginkgo Biloba adalah "fosil hidup," yang bermaksud ia hampir tidak berubah dalam jutaan tahun. Ini adalah salah satu tumbuhan tertua yang masih hidup di bumi ini.

2. Ketahanan Terhadap Pencemaran: Tidak hanya tumbuhan ini indah, tetapi ia juga tahan pencemaran udara dan persekitaran bandar. Inilah sebabnya mengapa anda sering melihatnya tumbuh subur di taman-taman bandar besar di seluruh dunia.

3. Peningkatan Aliran Darah: Ginkgo Biloba dianggap sebagai penambah aliran darah. Ia dipercayai membantu meningkatkan peredaran darah, termasuk aliran darah ke otak, yang memberikan manfaat kepada fungsi otak dan kesejahteraan keseluruhan.

4. Warisan Perubatan Cina: Di dalam perubatan herba Cina, Ginkgo Biloba telah digunakan selama berabad-abad untuk merawat berbagai penyakit, termasuk masalah jantung dan penyakit kognitif.

5. Suplemen Ginkgo Biloba: Suplemen ini dihasilkan daripada ekstrak daunnya yang kaya dengan bahan aktif seperti flavonoid dan terpenoid yang mempunyai sifat antioksidan yang kuat.

6. Kesan Kognitif: Wujudnya kajian yang menyelidiki kesan Ginkgo Biloba terhadap kesihatan kognitif, terutamanya berkaitan dengan penyakit Alzheimer. Namun, hasil kajian masih memerlukan penegasan lanjut.

7. Keselamatan dan Perhatian: Selalunya dianggap selamat, tetapi Ginkgo Biloba boleh memberi kesan sampingan dan berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Penting untuk berkongsi dengan doktor anda sebelum memulakannya.

8. Penyelamat Matahari: Tidak hanya baik untuk kesihatan, Ginkgo Biloba juga digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana ia membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif akibat cahaya matahari.

Sekiranya anda ingin memanfaatkan kebaikan Ginkgo Biloba untuk kesihatan atau penjagaan kulit anda, jangan lupa bincangkan dengan pakar kesihatan anda. Ginkgo Biloba mungkin adalah rahsia yang selama ini tersembunyi dalam alam semulajadi yang kita masih terus kenal. 🌱✨

Keajaiban Ginkgo Biloba: Tumbuhan Tertua Didunia! 🌿πŸ’ͺ"Hai semua! Hari ini, mari kita kongsi tentang satu lagi herba yang ...
17/10/2023

Keajaiban Ginkgo Biloba: Tumbuhan Tertua Didunia! 🌿πŸ’ͺ"

Hai semua! Hari ini, mari kita kongsi tentang satu lagi herba yang menarik yang dikenali sebagai Ginkgo Biloba! 🌿

Ginkgo Biloba adalah sejenis tumbuhan yang terkenal dengan daunnya yang unik dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam dunia kesihatan. Ini adalah beberapa faedah yang menarik yang boleh diberikan oleh suplemen Ginkgo Biloba:

1️⃣ Meningkatkan Aliran Darah: Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan anggota badan yang lain, yang dapat meningkatkan kejelasan mental dan kecerdasan.

2️⃣ Kesihatan Kognitif: Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen ini boleh membantu meningkatkan kesihatan kognitif, termasuk memori dan keupayaan berfikir.

3️⃣ Antioksidan Kuat: Ginkgo Biloba mengandungi bahan-bahan antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.

4️⃣ Kesihatan Mata: Ia juga dikatakan boleh membantu dalam menjaga kesihatan mata dan mengurangkan masalah mata yang berkaitan dengan umur.

Sebelum memulakan penggunaan suplemen apa pun, sentiasa berbincang dengan doktor/ ahli farmasi anda untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda. Selain itu, pastikan anda memilih produk berkualiti yang sah dan diiktiraf.

Adakah anda mempunyai pengalaman dengan Ginkgo Biloba atau mungkin ada soalan yang ingin anda tanyakan? Kami mengalu-alukan perkongsian pengalaman dan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah! 😊

15/10/2023

πŸ‘πŸŒ SELAMAT HARI MENCUCI TANGAN SEDUNIA: 15 OKTOBER 2023 πŸŒπŸ‘

Hari ini, kita sambut Hari Mencuci Tangan Sedunia untuk mengingatkan semua orang tentang pentingnya amalan ini dalam menjaga kesihatan kita. πŸ§ΌπŸ’¦

Mencuci Tangan - Tindakan Mudah, Manfaat Besar:
βœ… Hentikan Penularan Jangkitan: Mencuci tangan dengan betul adalah cara termudah untuk menghentikan penularan jangkitan dan penyakit.
βœ… Lindungi Diri dan Orang Lain: Ini bukan hanya tentang kesihatan peribadi, tetapi juga melibatkan tanggungjawab terhadap kesihatan orang lain.
βœ… Amalan Harian: Mencuci tangan sepatutnya menjadi amalan harian yang tidak dapat dipisahkan dari rutin kita.

Mari kita bersama-sama mengambil komitmen untuk mencuci tangan dengan betul dan melibatkan keluarga dan komuniti kita dalam amalan ini. Setiap titisan air dan setitik sabun adalah pelindung yang kuat! πŸ’§πŸ€²πŸŒŸ

Sama ada di rumah, tempat kerja, atau di luar, amalkan mencuci tangan dengan betul sebagai tindakan penjagaan kesihatan yang sederhana tetapi berkesan. Bersama kita boleh mencegah penyakit dan menjaga dunia yang lebih sihat. Selamat Hari Mencuci Tangan, semua! πŸ§΄πŸ‘

Menghadapi Migrain dengan Bijak: Ubat dan Suplemen untuk Kesejahteraan Anda! πŸ’†β€β™‚οΈπŸ’ŠπŸŒΏ"Hai rakan-rakan! Hari ini, mari kita...
12/10/2023

Menghadapi Migrain dengan Bijak: Ubat dan Suplemen untuk Kesejahteraan Anda! πŸ’†β€β™‚οΈπŸ’ŠπŸŒΏ"

Hai rakan-rakan! Hari ini, mari kita bincangkan isu yang seringkali memberi kesan kepada ramai daripada kita: migrain. 😣

Migrain bukanlah sakit kepala biasa. Ia boleh sangat mengganggu kehidupan kita. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk menguruskan dan meredakan gejala migrain, termasuk penggunaan ubat-ubatan dan suplemen yang sesuai. Ini adalah beberapa maklumat penting yang mungkin membantu:

1️⃣ Ubat Migrain: Terdapat beberapa jenis ubat yang ditetapkan oleh doktor untuk meredakan sakit migrain. Ini termasuk ubat pereda sakit dan ubat anti-migrain yang berfungsi melalui pelbagai mekanisme.

2️⃣ Suplemen: Beberapa suplemen, seperti magnesium dan riboflavin (vitamin B2), telah terbukti membantu mengurangkan kejadian migrain. Namun, selalu berbincang penggunaan suplemen dengan doktor anda.

3️⃣ Terapi Bukan Farmasi: Selain ubat-ubatan, terapi seperti akupunktur, biofeedback, dan terapi kognitif tingkah laku boleh membantu menguruskan migrain.

4️⃣ Gaya Hidup Sihat: Gaya hidup sihat seperti menjaga rutin tidur yang teratur, mengurangkan stres, dan mematuhi pola pemakanan yang seimbang juga boleh membantu mencegah migrain.

Jangan lupa bahawa migrain adalah masalah yang kompleks, dan apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak berkesan untuk yang lain. Penting untuk berbual dengan doktor/ ahli farmasi anda mengenai gejala migrain anda dan mencari penyelesaian yang sesuai.

Adakah anda mempunyai pengalaman dalam menguruskan migrain atau ingin berkongsi tips yang berjaya? Kongsi cerita anda atau tanyakan soalan di bawah ini! Semoga kita semua dapat menemui cara untuk mengatasi migrain dan meningkatkan kualiti hidup kita. 😊

🌈πŸ₯¦πŸ‡ Makanan Warna-Warni: Kunci Penjagaan Kesihatan Mental di Era Moden! 🧠🌟Hai semua! Hari ini, mari kita sambung perbinc...
11/10/2023

🌈πŸ₯¦πŸ‡ Makanan Warna-Warni: Kunci Penjagaan Kesihatan Mental di Era Moden! 🧠🌟

Hai semua! Hari ini, mari kita sambung perbincangan mengenai kepentingan makanan sihat dalam penjagaan kesihatan mental kita. Makanan bukan hanya tentang rasa, tetapi juga mengenai apa yang ia lakukan untuk keadaan emosi dan mental kita. 🌈❀️

Kenapa Warna-Warni Penting?

🌟Penuh Nutrisi: Makanan berwarna-warni mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh otak kita untuk berfungsi dengan baik.

🌟Antioksidan Berkhasiat: Buah dan sayur berwarna cerah mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel otak daripada kerosakan.

🌟Kanak-Kanak Bahagia: Warna-warni makanan dapat mempengaruhi mood dan perasaan positif, terutamanya pada kanak-kanak.

🌟Varieti Makanan: Makan pelbagai warna membantu memastikan anda mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan.

Warna dan Khasiat:

🍊 Jingga: Vitamin C tinggi untuk keceriaan.
πŸ₯¦ Hijau: Kaya dengan zat besi dan folat untuk tenaga dan ketenangan.
πŸ‡ Ungu: Mengandungi antioksidan untuk minda yang tajam.
πŸ… Merah: Lycopene untuk menjaga kesihatan otak.
🌽 Kuning: Membantu dalam mempertingkatkan mood.
Dalam dunia moden yang sibuk, makanan berwarna-warni adalah langkah mudah untuk meningkatkan kesihatan mental. Jadi, mari tambahkan warna ke dalam pinggan kita! 🌈🍽️

Ingatlah, tidak perlu mengubah segalanya sekaligus. Kecilkan perubahan ini dalam diet harian anda dan nikmati perubahan perlahan-lahan. Kita mahu keseimbangan, bukan tekanan tambahan. Apakah hidangan berwarna-warni kegemaran anda yang mendukung kesejahteraan mental anda? Kongsi dalam komen di bawah! πŸ€—πŸ’¬

Address

Cyberjaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Superbig Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Superbig Academy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram