16/04/2019
[ ] HALAL KE❓❓
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Apa khabar anda hari ini? Semoga anda berada dibawah lindungan-Nya.
Sukacita untuk dimaklumkan kepada anda bahawa Rich Berries adalah Halal dan Selamat untuk dimakan. Dibawah merupakan perkongsian lepas berkenaan isu Halal. Disertakan juga Sijil Halal untuk Rich Berries sebagai rujukan anda.
https://www.facebook.com/RichBerriesOnlineCentre/photos/a.219899028160884/1217623281721782/?type=3&theater
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni, Admin menghadiri Bicara Halal Siri 1/2019 - Pengenalan Kepada "Malaysia Halal Management System" 2. 0 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
Untuk mendapatkan 'Halal' bukanlah suatu perkara yang mudah. JAKIM sangat teliti tentang prosedur dalam meluluskan halal kepada sesbuah industri.
Namun begitu, banyak industri di Malaysia mengambil peluang ini kerana daya tarikan ekonomi halal semakin meningkat di seluruh dunia.
Peluang dalam ekonomi halal sangat besar untuk negara Islam dan terdapat keperluan mendesak untuk meneroka secara lebih meluas dalam bidang halal.
Setiap usahawan perlu meneroka dengan lebih meluas tentang industri halal kerana ia tidak terhad kepada makanan semata-mata, tetapi juga produk dan perkhidmatan berkaitan termasuk bidang media, pelancongan, gaya hidup, fesyen, perubatan, kewangan dan lain-lain lagi.
Tahukah anda yang Rich Berries sudah mendapat kelulusan 'Halal'? Rujuk gambar dibawah untuk melihat sendiri buktinya 😊