Samirah Bekam HQ

Samirah Bekam HQ Samirah Bekam menawarkan rawatan bekam dan akupunktur, rawatan asas atau specialist untuk pelbagai jenis penyakit. insyaallah kita cuba dulu Akupuntur.
(2)

Alternatif Komplimentari : Bekam Darah. Bekam Wajah+Urutan. Bekam Angin

Datang dengan harapan dan tawakkal ....Mudah mudahan Allah berikan kesembuhan kepada yang berusaha dan berikhtiar ..Ikht...
29/10/2025

Datang dengan harapan dan tawakkal ....
Mudah mudahan Allah berikan kesembuhan kepada yang berusaha dan berikhtiar ..

Ikhtiar Akupunktur di Samirah Bekam HQ

28/10/2025

POSTER INFOGRAFIK

Minda Presiden PAS
PERDAMAIAN TOPENG KOYAK

Sidang Kemuncak Keamanan Gaza yang menghimpunkan negara Islam dan Arab bersama Donald Trump dan negara Blok Barat terdedah dengan nyata sekadar menjadi topeng kecil yang koyak, sekali gus mendedahkan penipuan besar dan terbuka oleh syaitan akbar bernama Donald Trump terhadap masyarakat antarabangsa yang bijaksana.

Hanya yang tidak bijaksana terus bertepuk tangan memberikan semangat bagi mengaburi mata seluruh dunia yang ditipu dengan bodoh dan terbuka kebodohannya, laksana burung unta yang menyembunyikan diri sekadar menimbus kepala kecil ke dalam tanah, sedangkan badannya yang besar dilihat dengan terbuka.
Beberapa jam yang sedikit sebelum menerima penyembahan para pemimpin menghadap Trump di Sharm el-Sheikh, Mesir, Knesset (Parlimen Israel) yang bersidang turut mendengar kenyataan terbuka daripada Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang angkuh. Dengan tegas dan penuh semangat, dibuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat dan negara sekutunya tetap teguh bersama Israel, rebah dan bangun demi keamanan dan keselamatannya, serta bersedia membantu dengan segala jenis persenjataan tanpa sempadan undang-undang dan kemanusiaan, termasuk senjata pemusnah yang paling dahsyat.

Donald Trump memperkenalkan agama baharu bernama Abraham (jenama Nabi Ibrahim AS) bersempena dengan semua penganut agama Islam, Kristian, Yahudi, dan Musyrikin bersalasilahkan Nabi Ibrahim AS bagi mewujudkan perdamaian yang dicadangkan, walaupun al-Quran menegaskan firman Allah SWT yang sebenar:
مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٦٧

“Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (p**a) seorang Nasrani, tetapi dia ialah seorang Islam yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang Musyrikin.” [Surah Ali ‘Imran: 67]

Namun, ada segelintir negara Islam yang menganutnya, ada yang melakukan normalisasi dengan Israel secara terbuka, dan ada juga yang melalui pintu belakang.

Antara isi kandungan cadangan damai tersebut ialah melucutkan senjata Hamas dan kump**an yang bersamanya serta mereka dikeluarkan dari Gaza atau dibubarkan. Gaza p**a ditadbir oleh negara yang diterima oleh Israel atau boneka yang dikawal oleh negara sekutu.

Kalau begitu sifatnya, apakah erti kehadiran para pemimpin negara Arab dan Islam bagi mendengar perbualan kosong Donald Trump yang menggoreng mereka semua sehingga terbakar menjadi arang, tanpa maruah dan aqidah persaudaraan yang dianut oleh umat Islam seluruh dunia?

Adakah para pemimpin itu memisahkan diri mereka daripada rakyat demi takhta dan harta?

Ucapan di Knesset mendapat tepukan gemuruh daripada ahli parlimen Zionis, khususnya kalangan pelampau yang meneriakkan slogan perjuangan Negara Agung Israel (The Greater Israel) dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq, serta dari Laut Tengah (Mediterranean) ke Laut Merah di selatan. Negara besar itu berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis), termasuk beberapa negara Arab dihapuskan daripada peta Asia Barat. Apa yang dinamakan ‘penyelesaian dua negara’ (two-state solution) tidak ada dalam peta Israel.

Adakah dianggap pendamai oleh pihak yang nyata berpihak kepada musuh yang nyata p**a melampaunya?

Ternyata dalam kandungan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Donald Trump kepada Hamas dan rakan-rakannya mensyaratkan senjata Palestin dilucutkan demi keamanan Israel. Adapun Israel diwajibkan bersenjata dan dibantu tanpa sempadan. Negara Arab dan Islam p**a disyaratkan mengadakan normalisasi terhadap Israel.

Selain itu, Hamas dan rakan-rakannya diperintahkan agar dibubarkan kerana membahayakan keselamatan dan keamanan Israel serta perjuangannya, sehingga Hamas tidak dibenarkan menjadi ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berjenama Islam, malah kemenangannya secara demokrasi tidak diiktiraf oleh negara Barat yang menjunjung demokrasi dan juga diikut serta oleh kalangan negara Arab dan Islam.

Semua negara Islam dan Arab tidak dibenarkan berteknologi tinggi, khususnya dalam bidang persenjataan dengan jaminan keselamatan mereka dijaga oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, sambil dibayar oleh negara Arab dan Islam yang layak menjadi lembu susuan yang diberikan rumput dan air sahaja. Adapun susunya diperah kepada pihak yang mengurusnya.

Mana-mana negara Islam yang melawan, pasti akan dimusnahkan tanpa mengira mazhab dan ideologi seperti Afghanistan, Libya, Iraq, dan Iran. Para saintis Muslim p**a dicari untuk dibeli atau dibunuh.

Allah SWT tidak mengizinkan tipu daya musuh Islam berlangsung dengan percuma melalui firman-Nya:

وَقَدۡ مَكَرُواْ مَكۡرَهُمۡ وَعِندَ ٱللَّهِ مَكۡرُهُمۡ وَإِن كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُولَ مِنۡهُ ٱلۡجِبَالُ ٤٦ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٖ ٤٧
“Dan sesungguhnya, mereka telah membuat makar (perancangan tipu daya) yang besar, padahal di sisi Allahlah (balasan) makar (tipu daya) mereka itu. Dan sesungguhnya, makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46) Oleh sebab itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan yang gagah perkasa. (47)” [Surah Ibrahim: 46–47]

Mereka gagal mengalahkan para mujahidin yang berada di kawasan gunung-ganang di Afghanistan dan Yaman serta di celah runtuhan bangunan di Iraq, dan di terowong Gaza, walaupun dihujani senjata.

Allah menjanjikan bahawa cahaya Islam tidak mungkin dipadamkan dengan mudah. Firman Allah SWT:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membenci. (😎 Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama, meskipun orang-orang Musyrik membenci. (9)” [Surah al-Saff: 8–9]

Cahaya Islam gagal dipadamkan, walaupun umat serta tanah airnya dijajah dan dipecahkan selama beberapa abad, malah cahayanya terus menyinari seluruh penjuru dunia.

Musuh Islam berundur dengan hina dari Afghanistan, Somalia, dan Iraq, pernah gagal dalam sejarahnya di Sudan dan Yaman, dan terkini gagal dalam serangan terakhir terhadap Iran. Mereka juga gagal menghapuskan Hamas di Gaza, sehingga terpaksa menyelamatkan Israel dengan gencatan senjata yang masih dirancang dengan cara bodoh dan hina bagi menyelamatkan bala tentera Israel yang gagal menawan Gaza yang terlalu kecil, sehingga peperangan memakan masa lebih dua tahun. Gencatan senjata juga sekadar memenuhi desakan membebaskan tentera Israel yang ditawan oleh Hamas dan kump**an Palestin.
Allah SWT mendedahkan kelemahan Zionis yang menjadi benteng hadapan bala tentera Ahzab (pasukan bersekutu) dengan firman-Nya:
لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ١٤

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok-tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedangkan hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya, mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” [Surah al-Hashr: 14]
Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن يَخۡرُجُواْۖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَـٰٓأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ ٢

“Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir antara Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka daripada (seksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang Mukmin. Maka, ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai wawasan!” [Surah al-Hashr: 2]

Al-Quran menceritakan peristiwa al-Ahzab yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW pasti akan berulang:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya! Dan Allah adalah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (kamu) dan hati (kamu) naik menyesak sampai di tenggorokan, serta kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang sangat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 9–12]

Peristiwa tersebut berulang bagi menunjukkan bahawa umat Islam, para pemimpin, dan kerajaannya diuji oleh Allah pada sepanjang zaman bagi membezakan antara mereka yang benar-benar beriman dengan munafiq.

Perkara ini juga sedikit pun tidak menggoncangkan umat Islam yang masih beriman, walaupun menghadapi himpunan bala tentera bersekutu yang berselerak pangkalan tentera mereka yang berkeliaran di negara-negara yang menerima kedatangan mereka, di samping armada mereka yang berada di semua lautan datang mengepung dan membawa senjata yang dibekalkan bertali arus kepada Israel melalui jambatan udara dan laut.

Umat Islam akan menghadapinya laksana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT dalam peristiwa Ahzab yang mengepung Madinah pada zaman Rasulullah SAW:

وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤ وَرَدَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِغَيۡظِهِمۡ لَمۡ يَنَالُواْ خَيۡرٗاۚ وَكَفَى ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلۡقِتَالَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزٗا ٢٥

“Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan ketundukan. (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka, antara mereka ada yang gugur dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka). (23) Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenaran mereka, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (24) Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh keuntungan apa-apa pun. Dan Allah menghindarkan orang-orang Mukmin daripada peperangan. Dan Allah adalah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (25)” [Surah al-Ahzab: 22–25]

Begitulah kenyataan al-Quran, kitab mukjizat yang berkekalan dan pasti berulang cerita dan penutupnya yang tidak mampu ditasawurkan oleh pengamat politik dan ketenteraan. Segalanya berakhir dengan kejatuhan semua kuasa besar dunia yang mencabar Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Gagah Perkasa. Dia memerintahkan orang-orang yang beriman agar bangkit menentang musuh mereka bagi menyelamatkan saudara-saudara mereka yang ditindas dengan zalim:

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦
“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah, baik lelaki-lelaki, wanita-wanita, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, serta berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut. Oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” [Surah al-Nisa’: 75–76]

Percayalah, bahawa para pemimpin yang bacul melutut dan menyembah syaitan besar Donald Trump yang menggoda dengan slogan agama Abraham serta menolak undang-undang antarabangsa dan sifat kemanusiaan, akan disapu bersih oleh kebangkitan rakyat yang masih beriman!

Sebaliknya, cahaya Islam akan menembusi masyarakat bukan Islam di negara-negara bukan Islam, termasuk ke dalam Israel dan negara sekutu Israel apabila mereka menyaksikan Islam sebenarnya berlaku adil dan berperikemanusiaan, termasuk terhadap musuh yang sangat berbeza dengan kump**an Zionis yang paling dimurkai Allah. Firman Allah SWT:

… وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٦١
“…Lalu ditimpakanlah kepada mereka kenistaan dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Tunggulah balasan Allah daripada bala tentera-Nya yang tidak mungkin dapat dikalahkan. Maka, mereka yang bernaung bawah musuh-Nya juga pasti menerima hukuman yang sama.
Firman Allah SWT:

بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩ وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِهَا وَيُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦٓ إِنَّكُمۡ إِذٗا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡكَٰفِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ١٤٠

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139) Dan sungguh, Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya, Allah akan mengumpulkan semua orang munafiq dan orang kafir di dalam Jahannam. (140)” [Surah al-Nisa’: 138–140]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Jumada al-Ula 1447 / 28 Oktober 2025
[Bil: 75 / 2025]

BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU MERAWAT GANGGUAN TIDUR?Hijamah (bekam) membantu meningkatkan kualiti tidur melalui pelbagai mek...
28/10/2025

BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU MERAWAT GANGGUAN TIDUR?

Hijamah (bekam) membantu meningkatkan kualiti tidur melalui pelbagai mekanisme yang menumpukan kepada ketenangan fizikal dan mental serta pengimbangan fungsi tubuh.

Antara manfaatnya:

1️⃣ Menenangkan sistem saraf dan merehatkan tubuh:

- Penempatan cawan bekam di titik-titik tertentu — melalui tekanan positif dan negatif — merangsang sistem saraf periferi.
- Rangsangan ini membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan hiperaktif, tekanan, kebimbangan dan kesakitan — punca utama insomnia.
- Proses ini merangsang pengeluaran endorfin, iaitu morfin semula jadi tubuh.

2️⃣ Melancarkan peredaran darah dan melegakan kesakitan:

- Peredaran darah yang lebih baik membantu melegakan ketegangan otot dan kesakitan kronik (seperti sakit belakang dan leher) yang sering mengganggu tidur.

3️⃣ Mengimbangkan hormon dan bahan kimia otak:
- Bekam merangsang pengeluaran serotonin, dopamin dan melatonin — bahan kimia yang berkait rapat dengan tidur dan ketenangan.
- Ia juga membantu mengawal hormon stres seperti kortisol, yang sering dikaitkan dengan gangguan tidur.
- Ramai yang melaporkan rasa tenang dan relaks selepas sesi bekam — membuka jalan kepada tidur yang lebih lena.

4️⃣ Merangsang titik-titik khas untuk keseimbangan dalaman:

- Titik seperti GB20, EX-HN-1, PC6, BL23 dan lain-lain digunakan untuk mengembalikan keseimbangan tubuh — merawat gangguan psikologi dan fizikal termasuk insomnia.

KESAN SELEPAS RAWATAN BEKAM KEPADA TUBUH DAN ORGAN DALAMAN .Selepas bekam, tubuh mengalami proses detoksifikasi dan rang...
12/10/2025

KESAN SELEPAS RAWATAN BEKAM KEPADA TUBUH DAN ORGAN DALAMAN .

Selepas bekam, tubuh mengalami proses detoksifikasi dan rangsangan sistem imun, sementara organ dalaman mendapat kesan tidak langsung melalui peningkatan peredaran darah dan pengurangan tekanan oksidatif.

Berikut penjelasan terperinci tentang apa yang berlaku dalam badan dan organ dalaman selepas sesi bekam:

---

🩸 Proses dalam Badan Selepas Bekam

- Pengeluaran darah kotor (stagnan): Bekam basah melibatkan pengeluaran darah dari kapilari yang dipercayai mengandungi toksin, sel darah rosak, dan sisa metabolik.

- Peningkatan peredaran darah: Proses bekam merangsang aliran darah ke kawasan yang dibekam, membantu penyembuhan tisu dan mengurangkan keradangan.

- Rangsangan sistem imun: Bekam boleh mengaktifkan tindak balas imun melalui pelepasan sitokin dan peningkatan aktiviti sel darah putih.

- Pengurangan tekanan oksidatif: Kajian menunjukkan bekam membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan, yang memberi kesan positif kepada kesihatan organ dalaman.

- Keseimbangan sistem saraf: Bekam memberi kesan relaksasi dan boleh membantu mengurangkan tekanan serta meningkatkan tidur.

---

🧠 Kesan Tidak Langsung pada Organ Dalaman

Walaupun bekam tidak dilakukan terus ke organ dalaman, ia memberi kesan melalui sistem tubuh:

- Hati dan buah pinggang: Dengan pengurangan beban toksin dalam darah, organ penapis seperti hati dan ginjal berfungsi lebih efisien.

- Jantung dan saluran darah: Bekam membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan keanjalan saluran darah.

- Sistem pencernaan: Kesan relaksasi dan pengurangan stres selepas bekam boleh membantu fungsi usus dan perut.

- Sistem hormon: Bekam boleh mempengaruhi keseimbangan hormon melalui pengaruhnya terhadap sistem saraf dan endokrin.

---

⚠️ Kesan Sampingan Sementara

- Lebam dan rasa sakit ringan: Kawasan bekam mungkin kelihatan lebam selama beberapa hari.

- Kepenatan atau pening: Sesetengah individu merasa letih atau pening selepas sesi, disebabkan perubahan tekanan darah atau detoksifikasi.

- Reaksi kulit: Kulit mungkin menjadi sensitif atau gatal di kawasan bekam.

Sumber: RawatanBekam.com
DoctorOnCalleCentral.my

12/10/2025

KESAKITAN SELEPAS RWATAN BEKAM.

Oleh Dr. Ahmad Hilmi Saleh احمد حلمي صالح

Bekam merupakan kaedah penyembuhan yang setua tamadun Mesir, dan keasliannya telah dibuktikan oleh kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanannya secara berterusan. Ia juga dimuliakan kerana galakan dan amalan Nabi Muhammad SAW terhadapnya.

Seperti mana-mana kaedah rawatan lain, bekam mempunyai kelebihan tersendiri, namun ia juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan bergantung kepada keadaan pesakit atau kesilapan dalam pelaksanaan. Di sini kita membincangkan tentang kesakitan yang berlaku selepas beberapa jenis bekam, yang merupakan kesan sementara dan akan hilang dengan izin Allah, digantikan dengan kesembuhan.

Jenis-jenis Bekam dan Kesakitan Berkaitannya:

🔸 Bekam Api

- Rasa terbakar, tekanan pada kulit, dan luka pada permukaan kulit.
- Ini biasanya berpunca daripada kesilapan dalam teknik dan penggunaan alat yang tidak menepati piawaian, seperti alat yang terlalu tajam atau sedutan yang terlalu kuat.

🔸 Bekam Kering

- Rasa pedih atau terbakar di tempat cawan diletakkan, terutamanya di bahagian belakang apabila bersentuhan dengan lantai atau kerusi.
- Ini disebabkan oleh pengump**an cecair berbahaya di kawasan tersebut.

🔸 Kemunculan Lepuh dan Kesakitan Sehingga Sembuh

- Kesakitan di tempat cawan yang sebelumnya tidak sakit, berpunca daripada pembentukan tisu yang menekan saraf di bawahnya.
- Rawatan mudah dengan tuam air suam.

🔸 Bekam Sukan

- Kebas yang mungkin berlaku akibat ketegangan otot yang berlebihan, menyebabkan tekanan sementara pada saraf.

🔸 Bekam Basah

- Kesakitan akibat calar semasa proses bekam.
- Tahap kesakitan berbeza mengikut lokasi di badan, bergantung kepada keadaan penyakit dan sensitiviti saraf di kawasan tersebut.

Kesakitan Calar Selepas Bekam
Punca-punca termasuk:

- Saiz dan kedalaman calar itu sendiri.
- Tekanan dan ketegangan pada calar akibat pergerakan badan semasa proses penyembuhan.
- Keradangan di kawasan bekam.
- Berpeluh berlebihan.
- Sentuhan berulang atau rangsangan kawasan tersebut.
- Ada yang menyatakan ia berkait dengan kandungan garam dalam badan.
- Ketebalan lapisan kulit berbanding kawasan tulang.
- Kawasan yang tertutup dan kurang bergerak berbanding kawasan yang terbuka dan aktif.

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

TERAPI BEKAMMANFAAT:✔ Melancarkan Peredaran Darah  ✔ Memberi Ketenangan & Mengurangkan Tekanan  ✔ Melegakan Kesakitan  ✔...
17/09/2025

TERAPI BEKAM

MANFAAT:

✔ Melancarkan Peredaran Darah
✔ Memberi Ketenangan & Mengurangkan Tekanan
✔ Melegakan Kesakitan
✔ Meningkatkan Kesihatan Kulit
✔ Menguatkan Sistem Imun
✔ Pembentukan Badan
✔ Anti-Penuaan
✔ Rawatan Selulit
✔ Penyegaran Tubuh

Samirah Bekam HQ

🌿 TUJUAN MENGULANGI RAWATAN BEKAM @ RAWATAN SECARA BERKALA .Rawatan bekam bukan sekadar terapi fizikal, tetapi satu usah...
07/09/2025

🌿 TUJUAN MENGULANGI RAWATAN BEKAM @ RAWATAN SECARA BERKALA .

Rawatan bekam bukan sekadar terapi fizikal, tetapi satu usaha berterusan untuk merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Ini bermakna setiap sesi bekam membantu memperkuat sistem imun secara beransur-ansur, menjadikan tubuh lebih utuh dan tahan terhadap penyakit.

---

🛡️ Peningkatan Tahap Imuniti Badan

Setiap sesi bekam memberi kesan positif terhadap imuniti:

| Sesi Bekam | Peningkatan Imuniti |

|------------|---------------------|

| Sesi Pertama | ± 30% |
| Sesi Kedua | ± 60% |
| Sesi Ketiga | Hingga 90% |

Apabila imuniti meningkat, keradangan dalam badan akan berkurang secara perlahan-lahan. Dengan izin Allah, ini membuka jalan kepada penyembuhan penyakit kronik.

---

💡 Masalah Kesihatan yang Sesuai Dirawat dengan Bekam

Rawatan bekam secara berkala sangat membantu untuk:

- Masalah buah pinggang
- Penyakit jantung
- Resdung kronik
- Sakit sendi
- Minor strok
- Kolesterol tinggi
- Migrain teruk
- Tekanan darah tinggi
- Gula dalam darah berlebihan
- Gout teruk
- Buasir
- Dan lain-lain penyakit kronik

---

📆 Cadangan Kekerapan Rawatan Bekam

Kekerapan rawatan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan nasihat perawat:

- Setiap minggu sekali
- Setiap 15 hari
- Setiap bulan sekali
- Setiap tiga bulan
- Atau mengikut kesesuaian individu

Rawatan ini bukan pengulangan tanpa tujuan, tetapi satu ikhtiar yang dirancang untuk keselesaan dan penyembuhan, dengan izin Allah.

---

📝 Kesimp**an

Untuk memaksimumkan tahap kesihatan, rawatan bekam sunnah perlu dilakukan secara rutin dan berkala.


Walaupun tiada jaminan kesembuhan, kami berpegang kepada sabda Rasulullah SAW yang menjanjikan keberkatan dan penyembuhan melalui bekam.

---

📲 Temujanji Rawatan

- Lelaki: wassap.my/60199236645
- Perempuan: wassap.my/60179656637

---

📢 Sebarkan kepada anak beranak dan sahabat handai.

Semoga jadi asbab kesembuhan dan kebaikan bersama.

Samirah Bekam HQ sedia membantu anda Wassap.my/60199236645_saya_nak_bekam
01/09/2025

Samirah Bekam HQ sedia membantu anda

Wassap.my/60199236645_saya_nak_bekam

Dapatkan rawatan akupunktur di  bekam p**au serai
25/08/2025

Dapatkan rawatan akupunktur di bekam p**au serai


Address

Lot 70740, Tingkat Bawah, Taman Pelandang Nur Hidayah 4, Pulau Serai
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+60199236645

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Samirah Bekam HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Samirah Bekam HQ:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram