Rayyan

Rayyan Ar Rayyan Optometrist Sdn Bhd 1157882-X

09/04/2026

Hasil dapatan Rayyan lepas kita buat program Mata & Impian kat sekolah-sekolah rendah, 2:10 anak-anak pelajar akan ada masalah rabun.

Maksudnya daripada 100 orang yang diperiksa, 20 pelajar akan ada masalah rabun !

Dan ini membimbangkan ya. Puncanya? Banyak. Tapi punca utama ialah :

Genetik.
Masalah dari kelahiran.
Gajet.

Dengarkan penjelasan Rayyan ya..

Rayyan mengorak langkah..Alhamdulillah selesai satu lagi majlis iaitu Majlis Pelancaran Pas**an Terengganu Hockey Team d...
09/04/2026

Rayyan mengorak langkah..

Alhamdulillah selesai satu lagi majlis iaitu Majlis Pelancaran Pas**an Terengganu Hockey Team dan Terengganu Women di mana Rayyan juga menjadi salah satu penaja untuk pas**an hoki terengganu.

Majlis penuh berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.

Semoga dengan tajaan ini dapat membantu untuk mengembangkan lagi arena hoki Terengganu di mata Malaysia dan dunia !

Ibu yang pregnant boleh alami power mata yang tak stabil.Semasa mengandung, badan mengalami perubahan hormon yang besar....
08/04/2026

Ibu yang pregnant boleh alami power mata yang tak stabil.

Semasa mengandung, badan mengalami perubahan hormon yang besar. Hormon ni boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kornea dan tahap kelembapan mata. Bila kornea berubah sikit je, fokus mata pun boleh lari sebab tu ada ibu yang rasa penglihatan jadi kabur, power macam berubah-ubah, atau spek tiba-tiba rasa tak sesuai.

Selain tu, ada juga ibu pregnant yang alami mata kering (dry eye). Ini buatkan penglihatan jadi tak konsisten. Kadang nampak jelas, kadang kabur. Kalau pakai contact lens, lagi mudah rasa tak selesa atau pedih.

Tapi jangan risau sebab kebanyakan perubahan ni sementara sahaja. Lepas bersalin dan hormon kembali stabil, biasanya power mata akan kembali seperti biasa. Boleh dapatkan pemeriksaan mata bersama optometris Rayyan sepanjang kehamilan ya.

Percuma sahaja...

Marc Jacobs is more than just a brand ; it’s a statement of style and confidence. ✨Designed for those who love bold, pla...
08/04/2026

Marc Jacobs is more than just a brand ; it’s a statement of style and confidence. ✨

Designed for those who love bold, playful looks with a touch of luxury, every piece is made to stand out effortlessly.

Get yours today at nearest Rayyan's outlet.

Alhamdulillah.. selesai sesi solat hajat di cawangan Rayyan yang bakal dibuka buat semua pelanggan kita.Semoga segala ur...
08/04/2026

Alhamdulillah.. selesai sesi solat hajat di cawangan Rayyan yang bakal dibuka buat semua pelanggan kita.

Semoga segala urusan pembukaan dipermudahkan, dilimpahkan rezeki yang berkat, serta menjadi tempat yang memberi manfaat dan kebaikan buat semua yang hadir.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua dan semoga Rayyan terus berkembang dan memberi khidmat terbaik, insyaAllah.

Contact lens RM19 punca kornea calar?Ya. Benda ni dah banyak kali jadi pada pengguna muda disebabkan pembelian contact l...
07/04/2026

Contact lens RM19 punca kornea calar?

Ya. Benda ni dah banyak kali jadi pada pengguna muda disebabkan pembelian contact lens melalui online yang tidak diketahui status sah dan pengedar.

Contact lens yang terlalu murah memang boleh jadi punca kepada kornea calar bukan hanya disebabkan harga yang murah, tapi kerana kualiti material dan kawalan keselamatan yang diragui.

Banyak lens murah di pasaran tidak mempunyai oxygen permeability (Dk/t) yang mencukupi, menyebabkan kornea kurang oksigen (hypoxia). Bila kornea “stress”, lapisan epithelium jadi lemah dan mudah tercalar walaupun dengan geseran ringan setiap kali kita berkelip.

Selain itu, permukaan contact lens murah selalunya tidak cukup licin atau mempunyai micro-defects yang tak nampak dengan mata kasar. Ini boleh menyebabkan mechanical trauma berulang pada kornea. Tambah p**a jika saiz (base curve & diameter) tidak sesuai dengan bentuk mata pengguna, lens akan bergerak tidak stabil (decentration), lalu meningkatkan geseran pada satu-satu kawasan mata dan akhirnya terbentuklah corneal abrasion.

Yang lebih bahaya, kebanyakan pengguna tidak diberi guideline pemakaian dan penjagaan yang betul. Pakai terlalu lama, tidur dengan lens, atau guna solution yang tidak sesuai boleh menyebabkan bacterial contamination. Luka calar kecil tadi boleh jadi pintu masuk kuman, dan berkembang menjadi corneal ulcer (ulser kornea) yang berisiko menyebabkan parut kekal atau kehilangan penglihatan jika tidak dirawat segera.

Sebabtu kena cepat dapatkan pemeriksaan mata dengan optometris kalau berlaku simptom selepas pemakaian contact lens. Dan sebolehnya dapatkan konsultasi optometris sebelum memakai contact lens supaya ianya sesuai dengan struktur dan bentuk mata kita.

Dan last sekali pastikan beli yang berdaftar dengan MDA (medical device authority) yang diyakini ya!

Hampir 15 tahun berada di Dungun....Kalau Paka Rayyan dah naikkan kedai cermin mata terbesar di Malaysia, next projek Ra...
07/04/2026

Hampir 15 tahun berada di Dungun....

Kalau Paka Rayyan dah naikkan kedai cermin mata terbesar di Malaysia, next projek Rayyan tengah usahakan untuk menaikkan projek pemula untuk WISMA RAYYAN, yang akan menjadi salah satu pemacu ekonomi masyarakat Dungun.

Doakan Rayyan 🤲🤲🤲

Jom claim panel secara terus dengan servis terpantas daripada Rayyan.Kami adalah panel sah untuk AIA, Healthconnect dan ...
07/04/2026

Jom claim panel secara terus dengan servis terpantas daripada Rayyan.

Kami adalah panel sah untuk AIA, Healthconnect dan Arkema.

Cawangan Rayyan :
📍Dungun
📍Paka
📍Kemaman
📍Kuala Terengganu
📍Kerteh

Alhamdulillah..Selesai Program Bantuan Cermin Mata & Duit Raya anjuran Yayasan Pendidikan Maidam bersama rakan sinergi T...
07/04/2026

Alhamdulillah..

Selesai Program Bantuan Cermin Mata & Duit Raya anjuran Yayasan Pendidikan Maidam bersama rakan sinergi Takaful Malaysia dan Rayyan Optometry.

Semoga dengan kerjasama ini dapat sedikit sebanyak membantu anak anak yang memerlukan bantuan cermin mata, seterusnya memberi mereka peluang untuk melihat dunia dengan lebih jelas, meningkatkan keyakinan diri serta semangat dalam pembelajaran.

Moga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan memberi manfaat buat masa depan mereka, insyaAllah.

Dah 2026 ni, masih ada lagi parents yang berfikiran macam ni..Pemikiran ni salah tau❌Kalau anak rabun sehingga menganggu...
06/04/2026

Dah 2026 ni, masih ada lagi parents yang berfikiran macam ni..

Pemikiran ni salah tau❌

Kalau anak rabun sehingga menganggu rutin harian terutamanya dalam pembelajaran, cermin mata lah satu-satunya alat yang dapat bantu mereka untuk meihat dengan baik semula.

Bila rabun dibiarkan tanpa pakai apa-apa, ia akan menyebabkan rabun mata makin cepat naik. Bila anak dah selalu gosok mata, kecikkan mata bila nak melihat, dan s**a tengok sesuatu dengan jarak dekat, keadaan itu tak bagus sebab mereka sendiri dah PAKSA mata mereka untuk melihat sesuatu objek yang kabur tu.

Itulah punca rabun naik lagi cepat.

Mata anak tanggungjawab kita. Bawa mereka untuk pemeriksaan mata secara berkala jika anak dah mula menunjukkan simptom kepada mata yang rabun. Optometris akan bagi cadangan yang terbaik samada perlukan cermin mata, atau rawatan alternatif yang lain demi memastikan kesihatan mata anak-anak kita terjaga dengan baik..

Kat cawangan Rayyan je ada mesin ukir nama canggih ni. Boleh custom nama, simbol, mengikut permintaan anda..🤩Dan ianya P...
06/04/2026

Kat cawangan Rayyan je ada mesin ukir nama canggih ni. Boleh custom nama, simbol, mengikut permintaan anda..🤩

Dan ianya PERCUMA !

Untuk cermin mata dewasa boleh, kanak-kanak pun boleh. Boleh custom saiz dan font sekali deh.

Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran anda deh.

Meh Rayyan share kan cara untuk pilih bingkai. Yang pasti kena kenalpasti bentuk muka dulu deh..1. Muka BulatKalau muka ...
05/04/2026

Meh Rayyan share kan cara untuk pilih bingkai. Yang pasti kena kenalpasti bentuk muka dulu deh..

1. Muka Bulat
Kalau muka bulat (p**i penuh, dagu tak terlalu tajam), tujuan utama ialah nak bagi ilusi muka lebih panjang dan tegas. Pilih frame yang berbentuk segi empat atau rectangular, sebab garis lurus akan “balance” bentuk bulat tadi. Elakkan frame bulat sebab ia akan buat muka nampak lagi penuh. Frame jenis geometric atau oversized angular pun sangat membantu bagi efek lebih sharp.

2. Muka Diamond
Muka diamond biasanya dahi dan dagu kecil, tapi tulang p**i lebih menonjol. Jadi kita nak “lembutkan” bahagian p**i tu. Frame yang sesuai ialah oval, rimless atau cat-eye ringan, sebab bentuk melengkung bantu seimbangkan struktur muka. Frame yang terlalu tajam atau kotak akan buat tulang p**i nampak lebih keras, jadi better elakkan.

3. Muka Petak (Square)
Untuk muka petak (rahang jelas dan sudut muka tegas), kita nak kurangkan efek “keras” tu. Pilih frame yang bulat atau oval, sebab bentuk lembut akan neutralize garis rahang yang kuat. Frame nipis atau jenis round metal frame pun sangat sesuai. Elakkan frame kotak atau terlalu angular sebab ia akan lagi menonjolkan bentuk petak.

4. Muka Bujur (Oval)
Muka bujur dianggap paling “versatile” sebab hampir semua jenis frame sesuai. Tapi untuk nampak lebih seimbang, pilih frame yang lebih lebar daripada muka, seperti square, aviator atau bold frame. Elakkan frame yang terlalu kecil atau sempit sebab ia akan buat muka nampak lebih panjang. Kalau nak standout, boleh cuba frame yang unik atau berwarna.

Kalau rasa confuse lagi boleh mari je derek ke cawangan Rayyan berhampiran nanti team kita suggest yang sesuai dengan bentuk muka ya..

Address

PT 15803 Sura Gate Commercial Centre Jalan Sura Jeti
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:30 - 05:30
Tuesday 09:30 - 05:30
Wednesday 09:30 - 05:30
Thursday 09:30 - 05:30
Saturday 09:30 - 05:30
Sunday 09:30 - 05:30

Telephone

+60106239726

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rayyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category