Klinik Medifirst Pulau Serai Dungun

Klinik Medifirst Pulau Serai Dungun Klinik Rawatan Keluarga & Penyakit Kulit
No.Pendaftaran : 201804000449 (LLP0014830-LGN)

RAWATAN DI TAWARKAN :
☘️ Penyakit Keluarga (resdung, sinus, gastrik, sakit sendi, dan lain lain)
☘️Rawatan Penyakit Kulit (Dermatologi)
☘️Rawatan susulan untuk penyakit seperti Kencing Manis, darah tinggi
☘️Scan Ultrasound (mengandung, batu karang, organ dalaman)
☘️Check jantung (ECG)
☘️Medical Checkup
☘️Ujian darah menyeluruh
☘️Saringan kesihatan
☘️Ujian allergik
☘️Pembedahan kecil (buang nanah/ketuat/ketulan dan lain lain)
☘️Cucian luka (dressing)
☘️Vaksinasi wajib KKM & juga tambahan (pneumokokal, influenza)
☘️Suntikan pengendali makanan (tifoid)
☘️Nebuliser (sedut lelah)
☘️Berkhatan lelaki

🌸 [FEEDBACK DARI PELANGGAN] 🌸Kami seronok bila ramai pelanggan mula nampak perubahan positif selepas dapatkan rawatan di...
05/11/2025

🌸 [FEEDBACK DARI PELANGGAN] 🌸

Kami seronok bila ramai pelanggan mula nampak perubahan positif selepas dapatkan rawatan di bawah pantauan doktor kulit 👩🏻‍⚕️✨

Di Klinik Medifirst, kami komited membantu merawat pelbagai masalah kulit dengan cara yang selamat & menyeluruh 💙

📌 Tempah slot rawatan kulit anda di:
linktr.ee/klinikmedifirst

🌿 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐊𝐙𝐄𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐘𝐈 🌿Kulit bayi dengan ekzema memang perlukan penjagaan khas — salah langkah boleh buat ...
04/11/2025

🌿 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐊𝐙𝐄𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐘𝐈 🌿

Kulit bayi dengan ekzema memang perlukan penjagaan khas — salah langkah boleh buat kulit makin kering, merah dan gatal 😢

Berikut beberapa cara yang doktor kulit Medifirst selalu sarankan untuk bantu kawal ekzema dengan lebih berkesan 👩🏻‍⚕️💙

🧴 𝟏. 𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐏 (𝐌𝐎𝐈𝐒𝐓𝐔𝐑𝐈𝐙𝐄𝐑) 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐑𝐈
Kulit bayi yang ada ekzema cepat hilang kelembapan.
Pelembap bantu “kunci” air dalam kulit supaya tak cepat gatal atau menggelupas.

🚫 𝟐. 𝐄𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐑𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
Banyak krim di pasaran mengandungi bahan aktif atau steroid kuat yang tak sesuai untuk bayi.
Penggunaan tanpa pantauan boleh sebabkan kesan sampingan jangka panjang.

💊 𝟑. 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀𝐆𝐍𝐎𝐒𝐈𝐒 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐏𝐀𝐓
Tak semua ruam adalah ekzema. Ada juga yang disebabkan jangkitan lain — jadi rawatan pun tak sama.
Penting untuk dapatkan pemeriksaan doktor sebelum guna sebarang ubat.

🌸 𝟒. 𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐁𝐀𝐓 & 𝐊𝐑𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐊𝐌
Di Klinik Medifirst, kami hanya gunakan ubat & krim berdaftar dan diluluskan KKM, sesuai untuk kulit sensitif bayi & dewasa.
Setiap rawatan disesuaikan mengikut keadaan kulit supaya hasilnya lebih selamat dan berkesan.

💬 Nak nasihat terus daripada doktor kulit Medifirst?
📲 Buat temujanji rawatan kulit atau konsultasi online hari ini!

👉 linktr.ee/klinikmedifirst

Ramai tak sedar, jerawat bukan hanya di muka — tapi juga boleh muncul di belakang, dada dan lengan, terutama bila kulit ...
03/11/2025

Ramai tak sedar, jerawat bukan hanya di muka — tapi juga boleh muncul di belakang, dada dan lengan, terutama bila kulit terdedah pada peluh

Kalau dibiarkan, jerawat badan boleh jadi meradang, bernanah dan tinggalkan parut gelap.

Di Klinik Medifirst, doktor kami akan bantu anda dengan rawatan khusus untuk jerawat badan seperti:

💊 Rawatan ubat oral atau krim topikal klinikal — bantu kawal radang & bakteria penyebab jerawat.

🧴 Kombinasi rawatan : ubat sapu, mandian, lotion, dan ubat makan jika perlu.

💡 Kami juga menyediakan sokongan selepas rawatan (aftercare) untuk bantu anda pantau keadaan kulit hingga benar-benar pulih.

Rawatan kulit profesional, temujanji mudah, servis cepat & sokongan selepas rawatan.

Klik WhatsApp kami untuk buat temujanji hari ini! 📲
👉 linktr.ee/klinikmedifirst

✨ Nak rawatan kulit tanpa tunggu lama?Kami faham — tak selesa bila terpaksa menunggu lama, terutamanya bila kulit tengah...
02/11/2025

✨ Nak rawatan kulit tanpa tunggu lama?
Kami faham — tak selesa bila terpaksa menunggu lama, terutamanya bila kulit tengah rasa gatal, pedih atau kering.

Klinik Medifirst menyediakan slot temujanji khas supaya anda boleh terus jumpa doktor pada masa yang dijadualkan ⏰

🔹 Pelanggan walk-in masih dialu-alukan, tapi perlu menunggu untuk jumpa doktor kulit.
🔹 Pelanggan yang buat appointment lebih awal akan diberi keutamaan rawatan.

💡 Jimat masa, rawatan lebih teratur & selesa.

📲 Tempah slot anda di sini:
👉 linktr.ee/klinikmedifirst

🌿 Rawatan Jerawat Di Bawah Pantauan Doktor KulitSetiap kulit tak sama — sebab itu rawatan jerawat di Klinik Medifirst di...
01/11/2025

🌿 Rawatan Jerawat Di Bawah Pantauan Doktor Kulit

Setiap kulit tak sama — sebab itu rawatan jerawat di Klinik Medifirst dirancang mengikut keadaan sebenar kulit pesakit.
Bukan sekadar bagi krim, tapi bantu untuk capai perubahan secara selamat dan berperingkat dengan rawatan menyeluruh. 👩🏻‍⚕️

📅 Progress sebenar rawatan pesakit kami:
17.5.2024 ➤ 18.6.2024 ➤ 14.9.2024
Rawatan dijalankan secara konsisten di bawah pemantauan doktor kulit.

✨ Kami hanya gunakan ubat & krim berdaftar dan diluluskan KKM, sesuai untuk semua jenis kulit — termasuk kulit sensitif.

💻 Konsultasi online juga disediakan untuk anda yang mahu dapatkan nasihat awal sebelum datang ke klinik.

📍Klinik Medifirst, Pulau Serai Dungun
👩🏻‍⚕️ Rawatan profesional. Selamat. Dipercayai.

📲 Tempah slot anda di sini:
👉 linktr.ee/klinikmedifirst

Jerawat ni bukan sekadar masalah remaja je 😩 — ramai orang dewasa pun masih alami jerawat yang susah nak hilang!Biasanya...
31/10/2025

Jerawat ni bukan sekadar masalah remaja je 😩 — ramai orang dewasa pun masih alami jerawat yang susah nak hilang!

Biasanya jerawat terjadi bila liang pori tersumbat dengan minyak (sebum) dan sel kulit mati. Hasilnya, timbul jeragat, bintik hitam, jerawat bernanah, sampai ada yang jadi jerawat besar dan sakit (cystic acne). Kadang muncul kat muka, dada, belakang badan atau bahu — buat kita rasa tak yakin diri 😔

Kalau nak kulit lebih bersih dan sihat, penting untuk:
✨ Jaga rutin penjagaan kulit harian (cuci muka & pelembap sesuai).
✨ Elak picit jerawat supaya tak tinggalkan parut.
✨ Dapatkan rawatan dari doktor — terutama kalau jerawat dah teruk atau menyakitkan.

Kalau jerawat dah makin teruk walaupun dah cuba macam-macam produk, jangan risau ❤️
Doktor kulit di Klinik Medifirst boleh bantu rawat dari punca sebenar.
WhatsApp kami hari ni untuk dapatkan rawatan yang sesuai dengan kulit anda 🌿

📲 Tempah slot appointment / online konsutasi:
linktr.ee/klinikmedifirst

💧“Kenapa tapak tangan saya naik gelembung kecil dan gatal sangat?”💧Ramai yang risau bila nampak bintik air kecil (macam ...
30/10/2025

💧“Kenapa tapak tangan saya naik gelembung kecil dan gatal sangat?”💧

Ramai yang risau bila nampak bintik air kecil (macam gelembung) muncul di tapak tangan atau jari — makin lama makin gatal dan perit bila pecah.

Kalau ini yang anda alami, besar kemungkinan anda ada dishidrotic eczema.

Jenis ekzema ni boleh datang dan hilang berulang kali.

Antara punca biasa termasuk:
🧴 Sentuhan dengan sabun, detergen atau bahan kimia
😥 Stres atau kurang tidur
🌡️ Cuaca panas & lembap
🚿 Kulit terlalu kering atau sensitif

Di Klinik Medifirst, doktor kami berpengalaman dalam rawatan kulit.
Kami bantu kawal simptom, kurangkan flare-up dan lindungi kulit supaya cepat pulih.

Kalau tapak tangan atau kaki mula naik gelembung kecil dan gatal — jangan biar jadi makin teruk.

📅 Temujanji kulit kami mudah, servis pun cepat!
📍Dapatkan rawatan di Klinik Medifirst hari ini —

📲 Tempah slot anda di sini:
👉 linktr.ee/klinikmedifirst

Kulit gatal, kering dan merah sebab ekzema? 😣 Ramai tak sedar, sebenarnya ekzema boleh dikawal kalau tahu caranya.Masala...
29/10/2025

Kulit gatal, kering dan merah sebab ekzema? 😣 Ramai tak sedar, sebenarnya ekzema boleh dikawal kalau tahu caranya.

Masalahnya, ramai pesakit tak tahu apa yang jadi pencetus — sebab tu simptom asyik datang balik walaupun dah sapu macam2 krim.

Kalau nak kulit lebih stabil, cuba ikut langkah ni 👇
✅ Kenal pasti & elak pencetus (contohnya sabun, makanan tertentu atau habuk).
✅ Jadikan mandian & sapu pelembap sebagai rutin harian.
✅ Jangan lupa guna ubat atau krim yang doktor kulit anda dah bagi secara konsisten.

Kalau dah cuba tapi masih tak pulih, jangan risau ❤️

Boleh terus WhatsApp kami untuk jumpa doktor kulit di Klinik Medifirst.
Kami bantu cari rawatan yang sesuai dengan jenis kulit anda 🌿

📲 Tempah slot appointment / online konsutasi:
linktr.ee/klinikmedifirst

🌸 Dermatitis Wajah 🌸Pernah tak kulit muka tiba-tiba merah, gatal, menggelupas?Kalau ya, itu mungkin tanda dermatitis waj...
28/10/2025

🌸 Dermatitis Wajah 🌸

Pernah tak kulit muka tiba-tiba merah, gatal, menggelupas?

Kalau ya, itu mungkin tanda dermatitis wajah.
Masalah ni biasa jadi pada wanita dewasa, dan bila kena, memang buat rasa tak selesa & hilang keyakinan diri. 😣

Puncanya mungkin dari produk yang ada bahan yang tak sesuai atau pewangi, cuaca panas/sejuk, stress, atau perubahan hormon.

Lagi satu — jangan garu! Garu boleh buat kulit makin rosak dan susahnak baik.

Jangan biar kulit meradang lama-lama. Rawat dari sekarang 💖

📍Klinik Medifirst — Klinik dipercayai untuk rawatan kulit profesional & selamat.

Klik WhatsApp kami untuk buat temujanji! 📲
👉 linktr.ee/klinikmedifirst

21/10/2025

🤒 “Influenza ni mudah jangkit ke tak?”

Ramai masih keliru antara demam biasa dan influenza.
Jom dengar penjelasan ringkas daripada Dr. Rizuan tentang cara jangkitan dan apa yang perlu anda buat kalau ada simptom ni! 👨‍⚕️💬

20/10/2025

💊 Rawatan influenza di Klinik Medifirst
➡️ Ujian pantas Influenza A/B + covid-19
➡️ Ubat antivirus untuk pesakit positif
➡️ Pemantauan daripada Doktor

19/10/2025

Influenza vs Batuk Selsema.

Address

No 3, Lot 70735, Taman Pelandang Nur Hidayah 4, Pulau Serai
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Tuesday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Wednesday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Thursday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Friday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Saturday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30
Sunday 09:00 - 19:00
19:30 - 22:30

Telephone

+601110848710

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medifirst Pulau Serai Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medifirst Pulau Serai Dungun:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category