Ar Rayyan Optometry

Ar Rayyan Optometry Ar Rayyan Optometrist Sdn Bhd (1157882-X)

Kepakaran Kami Adalah Membantu Anda Medapatkan Penglihatan Yg Jelas Disamping Memiliki Barangan Berjenama Yg Berkualiti Dengan Harga Mampu Milik.

Johor mari..!Terima kasih abang2 rider dari Johor datang singgah ke cawangan Rayyan. Siap pekena kopi dan kuih sekali. U...
02/05/2026

Johor mari..!

Terima kasih abang2 rider dari Johor datang singgah ke cawangan Rayyan.

Siap pekena kopi dan kuih sekali. Untung datang harini..😎

Spek mata boleh ukir nama? Yes betul!Rayyan siap bagi percuma lagi tau. Tanpa had pembelian. Kunjungi cawangan Rayyan be...
02/05/2026

Spek mata boleh ukir nama?

Yes betul!

Rayyan siap bagi percuma lagi tau. Tanpa had pembelian. Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran anda ya..

Dah 11 tahun setia bersama kami. Alhamdulillah😍Terima kasih sudi berkunjung ke cawangan Rayyan ya!
02/05/2026

Dah 11 tahun setia bersama kami. Alhamdulillah😍

Terima kasih sudi berkunjung ke cawangan Rayyan ya!

Wah besar freegift Oakley yang ni..! 😍Limited stock. Siapa cepat dia dapat ya..Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran anda...
01/05/2026

Wah besar freegift Oakley yang ni..! 😍

Limited stock. Siapa cepat dia dapat ya..

Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran anda ya.

Selamat Hari Pekerja 2026 - Pekerja MADANI KESUMA BangsaSetinggi-tinggi penghargaan buat seluruh pekerja Malaysia, tulan...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 - Pekerja MADANI KESUMA Bangsa

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh pekerja Malaysia, tulang belakang kepada kemajuan negara, penggerak ekonomi dan pencetus masa depan yang lebih gemilang.

**Semua cawangan Rayyan tidak beroperasi harini dan akan buka seperti biasa pada esok hari Sabtu, 2 Mei 2026

Tadaaaa.... 6 warna ☺️☺️☺️Design temple guana? Hok tu kemudian Rayyan tunjuk. Sabau nah...
30/04/2026

Tadaaaa.... 6 warna ☺️☺️☺️

Design temple guana? Hok tu kemudian Rayyan tunjuk. Sabau nah...

Ni ialah alat untuk urutan mata. Fungsi lebih kurang macam Zeiss Warm Eye Mask. Untuk masalah eye fatigue, mata penat se...
30/04/2026

Ni ialah alat untuk urutan mata. Fungsi lebih kurang macam Zeiss Warm Eye Mask. Untuk masalah eye fatigue, mata penat selepas seharian bekerja. Tapi ada beza 2 benda ni dari segi penggunaan.

Rayyan lagi suggest yang mana?

Jawapannya ialah ZEISS Warm Eye Mask. Kenapa? Meh Rayyan explain.

1. Hygiene ZEISS Warm Eye Mask lebih terjaga kerana setiap kali nak pakai , kita akan amik pack baru dan guna. Dan selepas guna boleh terus buang.

2. Kalau guna instrumen Google ni, hanya certain part shaja yg ditukar, jadi tak disarankan untuk bergilir dengan orang lain.

3. Guna Zeiss Warm Eye Mask lebih berbaloi dari segi harga kerana 1pcs bersamaan RM5.80 sahaja berbanding buat treatment di kedai fizikal yang berharga RM15-RM20 untuk satu sesi.

4. Mask Zeiss boleh bawak pergi travel kerana packaging yang lebih compact.

Dan penggunaan Zeiss Warm tak perlu hari hari. 3/4 kali seminggu sudah memadai atau seminggu sekali semasa cuti boleh guna untuk pastikan mata segar dan sihat.

Bila nak beli contact lens online, perkara pertama yang kena concern adalah kesesuaian dengan mata sendiri. Ramai ambil ...
30/04/2026

Bila nak beli contact lens online, perkara pertama yang kena concern adalah kesesuaian dengan mata sendiri. Ramai ambil mudah, main pilih power je padahal setiap mata ada ukuran lain macam base curve dan diameter. Kalau tak tepat, lens boleh jadi terlalu ketat atau longgar, menyebabkan rasa tak selesa, pedih, atau bergesel dengan kornea setiap kali berkelip. Itu yang boleh bawa kepada luka halus tanpa kita sedar.

Kedua, status kelulusan produk. Pastikan contact lens yang dijual ada pengiktirafan daripada Medical Device Authority (MDA). Produk yang berdaftar dengan MDA dah melalui penilaian keselamatan dan kualiti. Kalau tak ada certification ni, kita tak tahu material apa digunakan, tahap oksigen (oxygen permeability), atau sama ada selamat untuk penggunaan jangka panjang. Banyak lens murah online sebenarnya tak lulus standard ni. (kena hati-hati)

Akhir sekali, cara penggunaan & penjagaan. Walaupun beli online, jangan skip step penting macam hygiene dan tempoh pemakaian. Jangan pakai lebih masa, jangan tidur dengan lens (kecuali jenis khas), dan wajib guna solution yang sesuai.

Risiko macam keratitis boleh berlaku kalau penjagaan tak betul dan bila dah kena, rawatan bukan saja mahal, tapi boleh ganggu penglihatan kekal. Jadi sebelum klik “buy now” tu pastikan semua faktor ni jelas dulu okay?

Bila seseorang ada kencing manis (Diabetes Mellitus), yang kita risau bukan terus jadi buta, tapi kerosakan yang berlaku...
29/04/2026

Bila seseorang ada kencing manis (Diabetes Mellitus), yang kita risau bukan terus jadi buta, tapi kerosakan yang berlaku perlahan-lahan tanpa sedar.

Pada awalnya, gula tinggi yang tak terkawal akan rosakkan salur darah kecil dalam mata. Masa ni memang tak ada simptom, penglihatan masih nampak normal, sebab tu ramai rasa tak perlu check.

Lepas tu, masuk fasa awal Diabetic Retinopathy, di mana salur darah mula bocor sikit-sikit. Bila kebocoran makin banyak, retina boleh jadi bengkak (macular edema) dan barulah mula rasa kabur atau fokus tak jelas.

Tapi ramai ingat ini cuma rabun biasa, jadi masih tangguh untuk buat pemeriksaan.
Bila keadaan makin teruk, salur darah boleh tersumbat dan badan akan tumbuhkan salur darah baru yang rapuh.

Pada tahap ni, ia mudah pecah dan menyebabkan pendarahan dalam mata dan penglihatan boleh jadi gelap tiba-tiba atau merosot dengan cepat. Kalau lambat rawat, risiko buta kekal memang tinggi.

Sebab tu penting sangat detect awal sebelum sampai tahap ni. Dan pemeriksaan saraf begini hanyalah percuma sahaja di cawangan Rayyan.

Datang sahaja bawak ahli keluarga yang mempunyai masalah kencing manis / darah tinggi untuk pemeriksaan berkala.

Jenama ni favourite akak-akak kita yang nak buat multifocal biasanya.Sebab ukuran, labuh, panjang sangat ideal untuk pen...
29/04/2026

Jenama ni favourite akak-akak kita yang nak buat multifocal biasanya.

Sebab ukuran, labuh, panjang sangat ideal untuk pengguna cermin jauh-dekat.

Jemput datang ke cawangan Rayyan berhampiran ya..

Siapa layan cerita ni?Dalam cerita tu, watak Zahiril Adzim (suami) disahkan menghidap penyakit mata LHON dan jadi BUTA. ...
28/04/2026

Siapa layan cerita ni?

Dalam cerita tu, watak Zahiril Adzim (suami) disahkan menghidap penyakit mata LHON dan jadi BUTA.

Jarang ya, cerita cerita TV sentuh pasal penyakit mata yang rare ni. Tapi kan, apa sebenarnya LHON ni?

LHON (Leber’s Hereditary Optic Neuropathy) ialah satu penyakit saraf mata yang jarang berlaku dan berpunca daripada faktor keturunan. Dalam keadaan ni, saraf optik yang berfungsi sebagai “kabel” untuk hantar signal dari mata ke otak akan rosak.

Jadi walaupun mata nampak normal dari luar, sebenarnya signal penglihatan tu tak sampai dengan baik ke otak. Bahasa kita “buta celik”.

Biasanya pesakit akan mula perasan penglihatan jadi kabur secara tiba-tiba, selalunya bermula pada sebelah mata dulu, kemudian diikuti mata sebelah lagi.

Penglihatan bahagian tengah akan terganggu, jadi susah nak baca, tengok muka orang atau fokus pada sesuatu. Warna pun boleh nampak pudar, terutama warna merah. Tapi bahagian tepi (peripheral vision) selalunya masih ada.

LHON ni berpunca daripada masalah genetik yang diwarisi daripada ibu, dan lebih kerap berlaku pada lelaki muda sekitar umur 15 hingga 35 tahun. Antara faktor yang boleh memburukkan keadaan termasuk merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.

Buat masa sekarang, penyakit ni belum ada rawatan yang boleh pulihkan sepenuhnya. Tapi pengesanan awal sangat penting untuk kawal keadaan daripada jadi lebih teruk. Sebab tu kalau ada simptom kabur secara tiba-tiba atau ada sejarah keluarga masalah saraf mata, jangan biar lama ya,pergi buat pemeriksaan mata dengan lebih awal.

Kadang-kadang masalah penglihatan bukan sekadar rabun biasa yang boleh settle dengan cermin mata. Pemeriksaan saraf mata (fundus) sangat penting untuk pastikan mata kita betul-betul sihat.

Nak cek saraf mata, boleh datang je ke cawangan Rayyan. Kita ada alat canggih untuk cek menyeluruh mata anda secara PERCUMA je..

Address

Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 09:30 - 19:00
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Saturday 09:30 - 19:00
Sunday 08:00 - 19:00

Telephone

+60106239726

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ar Rayyan Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ar Rayyan Optometry:

Share

Category