Anjung Dialysis Centre

Anjung Dialysis Centre The team at Anjung Dialysis Centre is here to help you navigate your way through your journey with kidney disease.
(1)

Vacancy for Renal Post Basic Nurse and staff nurse. Kindly send your resume to our email.
09/12/2025

Vacancy for Renal Post Basic Nurse and staff nurse.

Kindly send your resume to our email.

Doa Nabi Yunus : Kelebihan, Maksud Dan Cara Mengamalkan Doa Nabi YunusDoa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Na...
30/07/2023

Doa Nabi Yunus :

Kelebihan, Maksud Dan Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana.

Disebabkan doa zikir Nabi Yunus ini, Allah SWT telah menyelamatkannya dan akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan nun yang menelannya itu.

Isi Kandungan
Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun
Kisah Nabi Yunus
Keutamaan Doa Nabi Yunus
Kelebihan/ Manfaat/ Kebaikan Doa Nabi Yunus
1. Dimakbulkan doa dan hajat
2. Doa yang terbaik
3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT
4. Dikeluarkan dari Kesulitan
5. Memuji Allah
Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus
Waktu Membaca Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Doa Nabi Yunus dalam rumi;

Lailahailla anta Subhanaka inni kuntu minaz zhaalimiin

Maksudnya : “Tiada tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim”—Surah Al-Anbiya’: ayat 87

Kisah Nabi Yunus
Nabi Yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah SWT. Namun baginda tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat.

Dalam perjalanannya menjauhi daerah tersebut kerana bimbang akan dibunuh. Kapal yang ditumpang oleh baginda dilanda ribut yang amat dahsyat di tengah lautan.

Semua penumpang kapal tersebut mengundi sama ada siapa yang perlu dicampak ke dalam laut supaya kapal menjadi stabil dan semua penumpang lain selamat, mereka mengundi bahawa Nabi Yunus perlu dicampakkan ke dalam laut.

Namun mukjizat Allah tiba. Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan Nun. Semasa di dalam perut ikan, Nabi Yunus berdoa seperti doa di atas.

Akhirnya selepas 40 hari, Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan tersebut.

Keutamaan Doa Nabi Yunus
Tak hanya sebagai doa untuk memohon ampunan dan taubat, doa Nabi Yunus yang dibaca di dalam perut ikan mempunyai keutamaan sebagai doa mohon wafat dalam keadaan syahid.

Kelebihan/ Manfaat/ Kebaikan Doa Nabi Yunus
1. Dimakbulkan doa dan hajat
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah :
فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له
Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”—HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir

2. Doa yang terbaik
Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini.

Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

Lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.”. Lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Inilah dia intipati doa yang terbaik.

3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT
Dalam hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan keistimewaan dari doa Nabi Yunus. Doa ini boleh mengabulkan permohonan seseorang kepada Allah SWT

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya : "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: 'Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin' Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya."—HR At Tirmidzi

4. Dikeluarkan dari Kesulitan
Dalam al-Quran, Allah berfirman bahawa tak akan menguji hamba di luar batas kemampuannya. Pada kisah Nabi Yunus, dirinya pada akhirnya diselamatkan Allah dari ujian masuk ke dalam perut ikan.
Untuk itu, doa Nabi Yunus sering dibaca sebagai doa untuk meminta keselamatan dan keluar dari kesulitan.

5. Memuji Allah
Tujuan dari sebuah doa adalah pernyataan dari seorang hamba tentang keEsaan Allah SWT. Allah, tuhan yang menciptakan manusia berhak mendapatkan pujian dari hambaNya.

Dalam doa Nabi Yunus terdapat pujian atas keesaan dan kesucian Allah. "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau."

Allah sangat menyukai hambaNya yang selalu berdoa. Allah senantiasa menerima doa dan permohonan ampun dari hambaNya.

Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus
Menurut Sa'ad bin Abi Waqqash mengatakan bahawa Rasulullah menyebut doa Nabi Yunus boleh dibaca sebanyak 40 kali.

"Barangsiapa yang berdoa dengannya kepada orang yang sakit sebanyak 40 kali maka jika ia mati, ia mati dalam keadaan membawa pahala mati syahid. Jika sembuh maka sembuh dalam keadaan dosanya terampuni,"—HR Imam Hakim

Waktu Membaca Doa Nabi Yunus
Para ulama membaca doa Nabi Yunus 40 kali selepas solat subuh. Ada p**a yang membaca doa Nabi Yunus setiap hari sebanyak 1000 kali untuk memohon keampunan.

Amalkan doa ini sekiranya kita di dalam kesulitan, keresahan dan terasa jalan hidup di hadapan sangat gelap. Tiga kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan malam. Insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita.

Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

Wallahua'lam.

sumber :
1. https://www.facebook.com/Zikir.Selawat.Doa/posts/5142687392423919/
2. Nabi Yunus Dalam Perut Ikan (10 Feb 2015). Laman web IKIM

Copy & Paste.
Moga bermanfaat untuk Kita semua.

Hebatnya Doa Nabi Yunus
===========
1. Rasulullah ﷺ memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika menghadapi kesulitan (HR al-Tirmizi) . Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

2. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:

فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

3. Luar biasanya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.

4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

5. Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

10/07/2022
11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia.🌷 Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan p...
12/04/2022

11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia.
🌷 Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.
Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati, ubat-ubatan mungkin memperbaiki gejala yang dihadapi dengan ketara. Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.
Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:
✔️ Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
✔️ Sertai kump**an sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
✔️ Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial

Address

Lot R25, R26, R27 & R28 Ground Floor, Anjung Neighbourhood Centre, No. 5 Persiaran Ledang Height
Gelang Patah
79250

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Friday 07:00 - 15:00
Sunday 07:00 - 15:00

Telephone

+60197924548

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anjung Dialysis Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram