Pusat Hemodialisis Rahimra

Pusat Hemodialisis Rahimra Kakitangan kami terlatih dan berpengalaman

Pusat Hemodialisis Rahimra Sdn Bhd @ PHRSB merupakan sebuah pusat rawatan dialisis di Gelang Patah Johor yang menawarkan perkhidmatan rawatan terbaik dan selesa kepada pesakit.

SALAM RAMADANMakluman Pemberian Beras 🌾Pusat Hemodialisis Rahimra menyediakan sumbangan beras untuk setiap pesakit PHR s...
04/03/2026

SALAM RAMADAN

Makluman Pemberian Beras 🌾

Pusat Hemodialisis Rahimra menyediakan sumbangan beras untuk setiap pesakit PHR sebagai tanda prihatin dan sokongan berterusan daripada pihak kami 💚
Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat dan diberkati serta dipermudahkan segala urusan semua pesakit. 🌾✨

03/03/2026

🌿 IKLAN JAWATAN KOSONG 🌿
JURURAWAT TERLATIH DIPERLUKAN

📍 Lokasi: Pusat Hemodialisis Rahimra, Iskandar Puteri

Kami sedang mencari Jururawat Terlatih yang berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami.

✨ Kelayakan:
Warganegara Malaysia
Mempunyai diploma kejururawatan yang diiktiraf
Fresh graduate digalakkan memohon
Boleh bekerja secara shift
Mempunyai sikap positif, rajin dan komited
Mampu bekerja dalam pasukan (team work)
✨ Kelebihan:
Persekitaran kerja yang harmoni
Pasukan yang supportive
Peluang menimba pengalaman dalam bidang hemodialisis

Jika anda berminat dan ingin membina kerjaya bersama kami, sila hantar resume anda sekarang!

📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi kami;
Puan Aza : 011-12722193

19/02/2026

🌙 Salam Ramadan Kareem 🌙
Kepada semua pesakit dan ahli keluarga yang kami hormati, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga bulan mulia ini membawa ketenangan hati, kekuatan jiwa, serta rahmat dan keampunan buat kita semua. 🤍
Dalam menjalani ibadah puasa, kami ingin mengingatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan. Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Pastikan pengambilan ubat mengikut jadual, jaga pemakanan seimbang semasa sahur dan berbuka, serta kekalkan pengambilan air yang mencukupi mengikut saranan perubatan 😊
Kesihatan yang baik adalah amanah, dan menjaga diri juga merupakan sebahagian daripada ibadah. Semoga Ramadan kali ini dipenuhi dengan kesabaran, kekuatan, dan keberkatan untuk kita semua 💚

CNPH

16/02/2026

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 🧧
Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pesakit dan keluarga yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, rezeki yang melimpah serta kehidupan yang penuh keberkatan.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami sepanjang masa. Kami sentiasa mendoakan agar anda semua dikurniakan kekuatan, ketenangan hati, dan dipermudahkan setiap urusan.
Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun ini membawa lebih banyak senyuman, harapan dan kegembiraan bersama insan tersayang. 🏮✨

CNPH ❤️🌱

14/02/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, majlis Yassin dan Tahlil hari ini dan semalam telah selesai dengan lancar. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Khirman, Encik Fadzli dan pesakit serta ahli keluarga yang hadir.
Kehadiran dan sokongan kalian amat kami hargai dan dapat memberi ketenangan di hati semua ❤️
Semoga segala bacaan Yassin, tahlil dan doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat arwah serta ganjaran pahala yang berpanjangan buat semua yang terlibat. Terima kasih atas segala bantuan, sumbangan dan kerjasama sepanjang majlis berlangsung. Hanya Allah sahaja mampu membalas segala kebaikan kalian 🤍❤️

Selamat Menyambut Bulan Ramadan dari kami warga Pusat Hemodialisis Rahimra ❤️

💙❤️Setulus penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pesakit transit dari Mongolia kerana memilih Pusat Hemodiali...
02/01/2026

💙❤️Setulus penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pesakit transit dari Mongolia kerana memilih Pusat Hemodialisis Rahimra. Melihat kegembiraan dan kepuasan anda terhadap perkhidmatan kami menjadi dorongan untuk kami terus memberikan penjagaan terbaik dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
❤️💙Our heartfelt thank you to our transit patient from Mongolia for choosing Pusat Hemodialisis Rahimra. Seeing your happiness and satisfaction with our services truly encourages us to continue providing the best care with compassion and dedication. 🌍🤍

❤️

17/06/2025

Assalamualaikum dan apa khabar semua? 😊

Hari ni saya nak kongsi sikit info 💬💙

Apa itu dialisis?

Dialisis ni lebih kurang macam mesin ‘penyuci darah’ — sebab bila buah pinggang kita dah mula ‘mogok kerja’ atau ‘sakit hati’ tak boleh tapis darah sendiri, mesin dialisis pun datang menyelamatkan keadaan! 💪🏼🩺

Dia akan tolong bersihkan darah, buang toksin, lebihan air dan garam — semua yang buah pinggang malas nak buat. Kiranya macam buah pinggang versi power ranger 🟡🔴⚡

Pesakit kena datang 3 kali seminggu, duduk elok-elok atas kerusi, dan ‘bertemu janji’ dengan mesin selama 4 jam. Macam dating… tapi dengan mesin 😜

Kadang-kadang nurse akan bebel:
"Minum air jangan lebih ya..."
"Jangan makan garam banyak sangat ya..."
"Ubat makan ikut waktu tau..."
Tapi bebelan tu semua ‘berperisa kasih sayang’ ❤️

Jadi, dialisis ni bukan ubat, tapi penyambung nyawa. Sebab tu penting jaga buah pinggang — jangan bagi dia merajuk. Sayangilah buah pinggang anda sebelum dia mula ‘buat hal’. 😅

Ok done bebel 🤭

Salam Sayang dari ❤️

CNPH

p/s : share2 lah posting sy kat kawan2 ya 😘

AssalammualaikumMaaf atas segala kesulitan 🌷Telefon Pusat Hemodialisis Rahimra 07-5548800 tidak dapat dihubungi,boleh ca...
02/06/2025

Assalammualaikum
Maaf atas segala kesulitan 🌷
Telefon Pusat Hemodialisis Rahimra 07-5548800 tidak dapat dihubungi,
boleh call nombor tel saya ya Pn Aza 🙂
Terima Kasih ❤️

23/05/2025

الحمدلله
Misi memastikan 100 pesakit PHRSB mendapat RAWATAN DIALISIS hari ni berjaya 🌷💪
Terima Kasih atas kerjasama STAF dan PESAKIT.. ❤️.. InsyaAllah semua akan selesai 12 Tengah malam ni 😊
Sayang korang 😘

Ranhill SAJ - Setitis Yang Bermakna
Mmmm majukkk!!

22/05/2025

Ranhill SAJ - Setitis Yang Bermakna please update status area Nusajaya Gelang Patah 😔
Pesakit sy x dapat dialisis lg ni, sy buat report dari 5.30 pagi untuk bantuan air tangki, sampai sekarang tiada khabar berita 🤒.
Saya makan tak kenyang, tidur tak lena selagi pesakit sy tak dapat dialisis 😅

Please call : 011-12722193 Aza nurse yang mandi guna air mineral 🤭

Happy Nurses Day 🌷Terima Kasih Cik2 Nurse PHRSB 💜Segala titik peluh dan pengorbanan sangat kami hargai 🌷Terus jadi orang...
12/05/2025

Happy Nurses Day 🌷
Terima Kasih Cik2 Nurse PHRSB 💜
Segala titik peluh dan pengorbanan sangat kami hargai 🌷
Terus jadi orang baik!!! 💐

From : secret admire 😊

Never stop learning ✍️Education Talk by Pn.Zainul Aina from Nipro Malaysia ✍️20.02.2025
22/02/2025

Never stop learning ✍️

Education Talk by Pn.Zainul Aina from Nipro Malaysia ✍️

20.02.2025

Address

No. 39, 41 & 43 Jalan NIP 2/5 Taman Perindustrian Nusajaya 2
Gelang Patah
79200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30
Saturday 07:30 - 16:30

Website

https://www.tiktok.com/@pusathemodialisisrahimra?lang=en

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Hemodialisis Rahimra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Hemodialisis Rahimra:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram