28/02/2025
Sekarang ni banyak yang ...
‼️ *SAKIT MATA*. ‼️
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit mata atau mata merah (konjunktivitis) adalah sejenis jangkitan pada membran telus (konjuktiva).
Selaput yang melapisi kelopak mata serta menutupi mata putih ini boleh dijangkiti dengan mikroorganisme; bakteria, virus, kuman atau alergen.
Apabila dijangkiti, saluran darah pada konjunktiva ini akan mengalami keradangan sekali gus menyebabkan kemerahan pada mata.
🙈 *tanda sakit mata* 😥
✅ Mata kemerahan
✅ Mata kegatalan
✅ Mata berair
✅ Mata berlendir
✅ Penglihatan kabur
✅ Pening kepala
✅ Sensitif terhadap cahaya
✅ Loya
✅ Muntah
Namun kita sering kali dimomokkan untuk tidak menatap mata penderita jangkitan ini sepanjang tempoh sakit mata kerana risau ia akan berjangkit. Benarkah mitos ini?
" Jangan tengok, nanti sakit "
INI TIDAK BENAR‼️
kondisi sakit mata adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisme yakni virus, bakteria, kuman atau alergen.
Jadi, jangkitan ini sudah tentu boleh berjangkit di antara satu individu ke individu yang lain.
Ini kerana mikroorganisme tersebut boleh hidup, membiak dan merebak pada persekitaran tempat anda berada.
Ia boleh tersebar melalui sentuhan atau titisan akibat kontak rapat mahupun perbuatan seperti bersin atau batuk.
• *Cara hilangkan sakit mata dengan betul* •
1. Mengambil ubatan antibiotik @ antiviral
2. Mengambil ubatan antihistamin
3. Mengambil ubatan tahan sakit
4. Menggunakan cermin mata
5. Cara hilangkan sakit mata
6. . Pembedahan
Kaedah ini mungkin akan dilakukan buat penderita yang mengalami jangkitan konjunktivitis akibat kemasukan benda asing pada mata.
Pun begitu, kaedah ini amat jarang digunakan dan sering kali digantikan dengan rawatan laser terutamanya buat pesakit glaukoma.
7. Kuarantin diri sementara waktu di rumah adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini tersebar.
8. Kurangkan penggunaan gajet berskrin jika anda mengalami sakit mata, ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi tidak diingini.