Promosi Kesihatan Daerah Tampin

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Promosi Kesihatan Daerah Tampin, Medical and health, Jalan Tampin, Gemas.

PROGRAM PENJAWAT AWAM SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 BERSAMA MAJLIS DAERAH TAMPINProgram ini telah berlang...
05/11/2025

PROGRAM PENJAWAT AWAM SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 BERSAMA MAJLIS DAERAH TAMPIN

Program ini telah berlangsung pada 5 November 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Perdana, Tampin bertujuan mempromosikan kesejahteran kesihatan yang baik dalam kalangan penjawat awam dibawah gagasan besar Agenda Nasional Malaysia Sihat(ANMS). Inisiatif ini juga adalah sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat, penjawat awam perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan melaksanakan saringan kesihatan secara berkala agar menjadi ‘role model’ kepada masyarakat. Inisiatif ini juga, bertujuan memastikan penjawat awam menikmati hidup yang sejahtera dalam persekitaran yang menyokong budaya hidup sihat agar lebih produktif demi pembangunan negeri dan negara.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suriani binti Salihan, yang berkesempatan merasmikan Program PASS Peringkat Daerah Tampin 2025, bersama kehadiran hampir 130 anggota. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran kesihatan dan mengeratkan hubungan antara jabatan.




✨ TAMPIN | 01 NOVEMBER 2025 | PROGRAM LAKAR PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 ✨Pejabat Kesihatan Daerah Tampin  dengan kerjas...
01/11/2025

✨ TAMPIN | 01 NOVEMBER 2025 | PROGRAM LAKAR PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 ✨

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan & Melaka telah menganjurkan Program LAKAR Peringkat Daerah Tampin 2025 yang dijalankan di :-

Tempat : Kampung OA Ulu Pondoi, Tampin.
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.

Dr. Abdul Mueez bin Ahmad Shahabuddin, Pegawai Kesihatan Daerah Tampin turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan Klinik Kesihatan Tampin, serta menyantuni penduduk kampung.

Antara aktiviti yang dijalankan sebagai pengisian program ini ialah :-

1️⃣ Taklimat & pendidikan kesihatan berkaitan kusta & Tibi kepada penduduk,

2️⃣ Aktiviti saringan kulit bagi pengesanan kusta rumah ke rumah,

3️⃣ Aktiviti saringan simptomatik TB/Kusta,

4️⃣ Pengambilan sampel SSS berisiko,

5️⃣ Kempen vaksinasi MRSIA kepada penduduk.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Hentikan Kusta, Hapuskan Stigma, dan Tingkatkan Kesejahteraan Mental"









25 & 26 OKTOBER 2025 | GEMENCHEH | KARNIVAL SENTUHAN MADANI FELDA ZON ROKAN, NEGERI SEMBILAN.Pejabat Kesihatan Daerah Ta...
27/10/2025

25 & 26 OKTOBER 2025 | GEMENCHEH | KARNIVAL SENTUHAN MADANI FELDA ZON ROKAN, NEGERI SEMBILAN.

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin telah turut menyertai sebagai pempamer dalam karnival ini yang telah diadakan bertempat di Akademi Kecermelangan Minda dan Fizikal (AKAL), Felda Bukit Tokan, Gemencheh.

Program ini bertujuan memberi pelbagai informasi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat, khususnya kepada para peneroka dan generasi baharu.

Antara aktiviti yang dijalankan di reruai Pejabat Kesihatan Daerah Tampin ialah:-
1️⃣ Saringan kesihatan percuma (NHSI & BSSK),
2️⃣ Pameran Kesihatan oleh Unit Promosi Kesihatan,
3️⃣ Pameran Kenali Ubat Anda oleh Unit Farmasi dan,
4️⃣ Pameran dari Unit Jurupulih Cara Kerja, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin.

Selain itu, Pameran dari pelbagai jabatan/agensi dan aktiviti-aktiviti menarik turut dilaksanakan antaranya :-
✨Family Funwalk,
✨Jualan Rahmah,
✨Kenduri Rakyat,
✨Cabutan Bertuah,
✨Pertandingan Memasak dan Gubahan,
✨Ziarah Kasih,
✨Ceramah agama dan,
✨Ceramah berkaitan kewangan.

Turut hadir ke program ini ialah, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, sekaligus menyempurnakan perasmian program ini.

Kehadiran pengunjung yang menggalakkan, terdiri dari komuniti Felda Bukit Rokan dan Felda Bukit Rokan Utara, juga penduduk sekitar yang berhampiran, membuktikan secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya.











25/10/2025
Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejas...
24/10/2025

Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejaskan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.

�😷 Jika bergejala, amalkan langkah pencegahan berikut :�

1️⃣ Berehat di rumah,
2️⃣ Tutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin,
3️⃣ Elak berkongsi peralatan peribadi,�
4️⃣ Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan.

Ayuh 🇲🇾.... Bersama kita perkukuh langkah pencegahan bagi memastikan rakyat kekal sihat dan sejahtera.

---------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan berkaitan Influenza bagi penduduk di Daerah Tampin, hubungi Bilik Gerakan CDC Pejabat Kesihatan Daerah Tampin di talian 0197372577.










𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada ...
20/10/2025

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
�🪔🇲🇾 Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan kepada semua.

Di musim perayaan dan cuti panjang ini, jagalah kesihatan, elakkan tempat yang sesak dan amalkan pemakanan yang sihat. 🩺

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

🪔🇲🇾 Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan kepada semua.

Di musim perayaan dan cuti panjang ini, jagalah kesihatan, elakkan tempat yang sesak dan amalkan pemakanan yang sihat. 🩺

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia

19/10/2025

✨ PROGRAM SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA x HEPILI DAERAH TAMPIN 2025 ✨

Gemencheh | 18 Oktober 2025 | Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dengan jayanya telah menganjurkan Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera x HePILi, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.00 tengahari ini telah merekodkan kehadiran pengunjung melebihi 600 orang, penglibatan terdiri dari kalangan murid sekolah, dari peringkat Tadika & Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, Ibubapa serta penjaga dan masyarakat setempat.

Antara aktiviti menarik yang disediakan oleh penganjur sepanjang program berlansung ialah :-

✨ FunWalk 10,000 Langkah terbuka kepada semua pengunjung,
✨ Pertandingan HePiLI (Health Promotion in Learning Institution) antaranya :-
🟡 pertandingan kolaj keluarga bagi kategori murid Tadika & Prasekolah bersama Ibubapa/penjaga,
🔴 pertandingan penyediaan bento makanan sihat bagi kategori murid Sekolah Rendah,
⚫ pertandingan Fitness Challenge & Explore Kesihatan bagi kategori murid Sekolah Menengah,
✨ Aktiviti KUDAH (Kutip Sampah dan Riadah) bersama Sukarelawan MyChampion Daerah Tampin,
✨ Ziarah Kasih oleh Sukarelawan MyChampion Daerah Tampin ke atas penduduk sekitar Taman Gemencheh Baru & Pekan Gemencheh Lama,
✨ Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Pergigian percuma,
✨ Pameran dari pelbagai agensi kerajaan, serta
✨ Jualan Rahmah.

Perasmian program serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan HePiLI, telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin.

Jutaan ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera x HePiLI Peringkat Daerah Tampin 2025.

Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan.










17/10/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk makluman, sempena Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera HePILi anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, pihak PTPTN (SSPN) Cawangan Tampin, ada buka kaunter di SMK Dato’ Mohd Taha. Kepada yang berminat, boleh terus daftar akaun SSPN untuk anak pada hari berkenaan. Pendaftaran serendah RM30 sahaja

*✨KELEBIHAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)*

1. Simpanan ini adalah bertujuan untuk *simpanan pendidikan anak* untuk peringkat IPT.

2. Syarat untuk mohon pinjaman PTPTN *wajib ada akaun simpanan SSPN*

3. *Layak Dapat Perlepasan cukai* sehingga RM8000 setahun, Berdasarkan jumlah simpanan tahun semasa.

4. Mempunyai *Dividen* setiap tahun.

5. Boleh mula mendaftar untuk anak *bermula dari umur 1 hari.*

6. Simpanan ini juga ada sediakan *perlindungan sehingga RM63,000.*

7. Layak *cabutan* bertuah setiap tahun.

Maklumat lanjut boleh hubungi Eksekutif Jualan PTPTN: En. Mohd Fauzi
https://wa.me/60145159084?text=Berminat%20daftar%20akan%20SSPN
KOD RUJUKAN: 000009785

Note:
Pendaftaran tidak perlu salinan IC, hanya isi maklumat pada borang sahaja

👉🏻*Boleh juga semak atau bayar pinjaman PTPTN*
👉🏻 *Boleh bayar PTPTN melalui akaun 2 KWSP*

04.10.2025 Pameran Kesihatan oleh Promosi Kesihatan Daerah Tampin di KRT KTMB Gemas sempena Program Pasar Jiran Wanita K...
06/10/2025

04.10.2025 Pameran Kesihatan oleh Promosi Kesihatan Daerah Tampin di KRT KTMB Gemas sempena Program Pasar Jiran Wanita KRT KTMB, Gemas.

-Pameran Demam Denggi, MRSIA, Influenza Warga Emas, Rokok & Vape.

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Pejabat Kesihatan Daerah Tampin



04.10.2025 Outreach Kempen MRSIA di Felda Jelai, Gemas.Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Promosi Kesihatan Daerah Tampin  ...
06/10/2025

04.10.2025 Outreach Kempen MRSIA di Felda Jelai, Gemas.

Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Promosi Kesihatan Daerah Tampin



Address

Jalan Tampin
Gemas
73009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram