13/02/2026
Warga staf Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan dan kaunseling staf secara lebih dekat bersama Encik Mohamad Shafieq bin Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
Permohonan temu janji sesi kaunseling boleh dibuat melalui:
1. Sistem myCounselling di Laman CampusOnline Staf USM; atau
2. E-mel kepada shafieq@usm.my; atau
3. No. Telefon 04-6536072 atau 04-5622022
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN KAUNSELING DI PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (PKTAAB)
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia akan membawa perkhidmatan kaunseling untuk warga staf PKTAAB.
Perkhidmatan kaunseling ini akan dilaksanakan secara berkala sebulan sekali, iaitu pada hari Rabu minggu kedua setiap bulan, Pegawai Psikologi, Unit Perhubungan dan Kesejahteraan Staf (UPKS) Bahagian Sumber Manusia akan berada di Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) untuk memberikan perkhidmatan kaunseling kepada warga staf USM Bertam.
Tuan/puan dijemput mendapatkan temu janji melalui:
1. Sistem myCounselling di Laman CampusOnline Staf USM; atau
2. E-mel kepada shafieq@usm.my
3. No. Telefon 04-6536072 atau 04-5622022
Semoga dengan perkhidmatan kaunseling yang diberikan dapat memacu pembangunan yang seimbang untuk warga Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB).