07/02/2026
Rasa rimas, stres, dan kadangkala sampai tak boleh tidur. Itulah realiti mereka yang mengalami Tinnitus.
Bayangkan, suasana sunyi sepi tapi telinga anda tetap "berbunyi" tanpa henti.
Tinnitus bukan sekadar "bunyi denging".
Ada yang mendengarnya seperti bunyi cengkerik, desiran angin, siulan, atau bunyi mesin yang jauh. Ia bukan penyakit, tetapi "isyarat" daripada sistem pendengaran atau saraf anda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Kenapa Telinga Anda Berbunyi?
Puncanya pelbagai, tapi selalunya berkaitan dengan:
• Pendedahan Bunyi Kuat
Terlalu lama guna earphone dengan volum tinggi atau bekerja di kawasan mesin bising.
• Faktor Usia
Semakin kita berusia, saraf pendengaran mula merosot.
• Sumbatan
Tahi telinga yang keras atau jangkitan boleh mencetuskan bunyi ini.
• Gaya Hidup
Stres melampau, kurang tidur, dan pengambilan kafein berlebihan boleh "menguatkan" lagi bunyi tersebut.
• Kesihatan Dalaman
Tekanan darah tinggi atau masalah salur darah.
Bila Anda Perlu Risau?
Kebanyakan tinnitus adalah ringan, tapi SILA JUMPA DOKTOR SEGERA jika:
1. Bunyi datang tiba-tiba (biasanya sebelah telinga sahaja).
2. Bunyi berdenyut-denyut mengikut rentak jantung (Pulsatile Tinnitus).
3. Disertai pening lalat (vertigo), sakit kepala teruk, atau hilang pendengaran secara mendadak.
Tips Untuk "Menenangkan" Telinga
Jika anda mula rasa terganggu, cuba langkah ini:
• Gunakan White Noise
Pasang bunyi kipas yang perlahan atau bunyi hujan (dari YouTube/Apps) waktu nak tidur. Ia membantu otak "mengabaikan" bunyi denging tersebut.
• Rehatkan Telinga
Elakkan tempat bising dan perlahankan volum muzik.
• Urus Stres
Semakin anda stres memikirkan bunyi itu, semakin kuat bunyi itu terasa.
• Jangan Korek Telinga
Mengorek telinga secara melabihi hanya akan memburukkan keadaan jika ada sumbatan.
Tinnitus mungkin tidak nampak di mata kasar, tapi kesannya pada emosi sangat besar. Jangan tanggung sorang-sorang kalau ia dah mula ganggu kualiti hidup anda.