Nutritionist Penang

Nutritionist Penang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pulau Pinang

πŸ’‘ Tip untuk Mengurangkan Penggunaan MinyakPengambilan minyak yang berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori dan m...
20/04/2026

πŸ’‘ Tip untuk Mengurangkan Penggunaan Minyak

Pengambilan minyak yang berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori dan memberi kesan kepada kesihatan jika diamalkan secara berterusan.

Amalkan langkah mudah ini untuk membantu mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian:

- Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti rebus,reneh atau kukus
- Guna peralatan memasak yang tidak menggunakan minyak yang banyak seperti β€˜Air Fryer’ atau β€˜Kuali β€˜Non-Stick’
- Buang minyak berlebihan yang kelihatan pada makanan yang telah dimasak bagi mengurangkan jumlah pengambilan lemak dalam makanan.

Perubahan kecil dalam cara memasak boleh membantu meningkatkan kualiti pemakanan dan menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

JADIKAN PERSEKITARAN SEKOLAH, PERSEKITARAN YANG MENYOKONG AMALAN PEMAKANAN SIHAT.Generasi yang dibentuk hari ini, bakal ...
19/04/2026

JADIKAN PERSEKITARAN SEKOLAH, PERSEKITARAN YANG MENYOKONG AMALAN PEMAKANAN SIHAT.
Generasi yang dibentuk hari ini, bakal jadi pemimpin masa depan negara suatu hari nanti.

Peringatan lembut kepada guru-guru yang sangat kreatif dan berdedikasi.

Kami tahu setiap kali hari sukan atau acara sekolah, banyak masa, duit, idea dan tenaga dicurahkan untuk pastikan murid seronok. Kreativiti itu memang kami hargai.

Cuma ada satu perkara yang wajar kita fikir semula. Bila perarakan sekolah dihiasi kostum minuman manis, aiskrim, kopi bergula atau makanan segera, sekolah sedang memberi ruang promosi percuma kepada produk yang memang dipasarkan kepada kanak-kanak dan remaja

Ini hari sukan untuk didik anak tentang kesihatan, atau kita sedang tolong jadi papan iklan bergerak untuk jenama yang memang untung besar hasil tabiat makan tak sihat?

Industri ini bukan berniaga kecil-kecil. industri makanan, minuman dan restoran membelanjakan lebih USD14 bilion setahun untuk iklan makanan, termasuk kira-kira USD2 bilion yang dipasarkan terus kepada kanak-kanak dan remaja.

Lebih 80% promosi itu tertumpu kepada fast food, minuman bergula, gula-gula dan snek kurang sihat.

Jadi bila sekolah buat maskot jenama-jenama macam ini, kita bukan sedang β€œsekadar berhibur”. Kita sedang beri pemasaran PERCUMA kepada industri yang memang sudah belanja berbilion untuk masuk ke kepala anak-anak kita.

Masalahnya, promosi begini memang berkesan.

Kajian sistematik dan meta-analisis mendapati pendedahan kepada pemasaran makanan tidak sihat meningkatkan pengambilan makanan, pilihan terhadap makanan tidak sihat, kesukaan terhadap produk tersebut, dan permintaan pembelian dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

Sedangkan kita sendiri sedang berdepan realiti yang berat. NHMS 2024 melaporkan 63.1% remaja Malaysia mengambil gula bebas melebihi paras disyorkan, dengan purata pengambilan 56.6 gram sehari.

Dalam laporan, 15.0% kanak-kanak dan remaja 5 hingga 17 tahun berlebihan berat badan, manakala 14.8% lagi obes.

Sebab itu sekolah tak patut jadi tempat jenama manis dan makanan segera nampak comel, fun, dan layak diraikan.

Anak-anak sudah cukup diburu di TV, media sosial, kedai serbaneka dan aplikasi. Jangan sekolah pun ikut sama sambung kerja industri.

Kalau benar mahu raikan kreativiti, banyak tema yang jauh lebih bermaruah dan lebih mendidik. Tema sukan Olimpik. Wira negara. Tokoh sains. Penyelamat. Flora fauna Malaysia. Tamadun dunia. Bagi anak-anak kagum pada kekuatan, disiplin, ilmu dan identiti negara.

Bukan kagum pada cawan air manis gergasi.

Sekolah sepatutnya bina cita rasa yang sihat, bukan bina kenangan manis untuk jenama yang tak perlukan pun bantuan cikgu untuk laris.

Hari sukan patut ajar anak berlari.
Bukan ajar anak kenal logo.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi). Jika tidak terka...
17/04/2026

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi). Jika tidak terkawal, akan menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung dan strok, serta kematian pramatang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pengambilan garam dihadkan kepada tidak melebihi 5 gram (1 sudu teh) atau 2000 mg natrium (sodium) sehari.

Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian.

Jom sama-sama kita amalkan demi kesihatan diri dan ahli keluarga!!



Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mengala...
07/04/2026

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

Untuk menangani masalah ini, pelaksanaan strategi pengurusan berat badan yang berstruktur adalah sangat penting. Tiga amalan ini, jika dilakukan secara konsisten selama 6 bulan, dijamin akan menbawa transformasi yang signifikan kepada Kesihatan fizikal dan mental anda.

1. Sasaran Penurunan Berat Badan
Tetapkan sasaran penurunan berat badan sekurang-kurangnya 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.

2. Aktif Fizikal (Senaman 150-300 Minit Seminggu)
Sesi senaman (contohnya 60 minit per sesi) perlu merangkumi kombinasi senaman aerobik/kardiovaskular (seperti berjalan pantas, joging, zumba, atau berbasikal), kekuatan otot (seperti latihan rintangan berat badan), dan kelenturan tubuh.

3. Pemakanan Berpandukan Pinggan Sihat Malaysia ( )
Bahagikan pinggan makanan anda kepada tiga bahagian utama:
Suku Pertama (Karbohidrat): Diisi dengan nasi, mi, roti, bijirin penuh, atau ubi-ubian.
Suku Kedua (Protein): Diisi dengan ikan, ayam, daging, atau kekacang.
Separuh Pinggan (Vitamin & Serat): Diisi dengan gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan.



07/04/2026

π™Šπ™₯π™šπ™£ 𝙃𝙀π™ͺπ™¨π™š, π™π™žπ™₯ π™ˆπ™–π™ π™–π™£ π™Žπ™–π™ π™–π™£ 𝙏𝙖π™₯π™ž π™†π™šπ™ π™–π™‘ π™Žπ™žπ™π™–π™©

Semak, Cari, Awasi, Teliti dan Kenali.Gunakan langkah-langkah mudah ini untuk mengetahui kandungan gula pada sesuatu pro...
30/03/2026

Semak, Cari, Awasi, Teliti dan Kenali.

Gunakan langkah-langkah mudah ini untuk mengetahui kandungan gula pada sesuatu produk.

Jadikan tabiat membaca panel maklumat pemakanan dan senarai ramuan pada produk sebelum membeli sebagai norma agar pengguna dapat menentukan pilihan yang lebih sihat dan seterusnya mengekalkan kesihatan yang optima tanpa risiko penyakit tidak berjangkit.

Sumber: Buku Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gula?



Muat turun aplikasi MyNutriDiari2 untuk semak pengambilan kalori anda...
29/03/2026

Muat turun aplikasi MyNutriDiari2 untuk semak pengambilan kalori anda...

SEMAK pengambilan kalori harian anda!
πŸ‘‰ Kurang, lebih atau cukup?

Ramai antara kita rasa dah makan ikut keperluan… tapi betul ke? πŸ€”
Jom mula langkah kecil dengan pantau kalori harian anda!

πŸ“² Muat turun aplikasi MyNutriDiari2 secara PERCUMA dan gunakan fungsi menarik ini:

πŸ“Š Keperluan Kalori Harian
πŸ›‘ Ketahui status BMI anda
πŸ›‘ Dapatkan saranan pengambilan kalori harian yang sesuai

🍽️ Diari Pemakanan
πŸ›‘ Pantau kalori daripada makanan dan minuman yang diambil
πŸ›‘ Kira baki kalori harian secara automatik
πŸ›‘ Kira kalori yang digunakan melalui aktiviti fizikal





Masih dalam suasana Hari Raya? Namun jangan lupa untuk mengawal kuantiti pengambilan makanan demi kesihatan.
28/03/2026

Masih dalam suasana Hari Raya?
Namun jangan lupa untuk mengawal kuantiti pengambilan makanan demi kesihatan.

"JOM SERTAI Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) sekarang dan menjadi sebahagian daripada perubahan ke arah pemakana...
24/03/2026

"JOM SERTAI Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) sekarang dan menjadi sebahagian daripada perubahan ke arah pemakanan lebih sihat."

Pensijilan HCL membantu pengguna mengenal pasti produk sebagai pilihan yang lebih sihat dalam kategori yang sama.



21/03/2026

β€œSelamat Hari Raya Aidilfitri! πŸŽ‰ Dalam kemeriahan menikmati juadah seperti lemang, rendang dan pelbagai kuih raya, jangan lupa untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalkan konsep 55555 sebagai panduan mudah sepanjang Syawal ..

βœ…οΈ Pastikan hidangan harian merangkumi 5 kumpulan makanan, ambil sekurang-kurangnya 5 sajian sayur & buah, kawal pengambilan kalori sekitar 500 kalori setiap waktu makan utama, hadkan gula dalam minuman kepada 5 gram sahaja, dan kekal aktif dengan bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.

Kesederhanaan adalah kunci β€” makan seimbang & teruskan aktiviti fizikal walaupun sibuk beraya. Dengan langkah kecil ini, kita dapat menikmati Raya dengan lebih sihat, bertenaga dan penuh keceriaan bersama keluarga tersayang. πŸ’š


19/03/2026
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia
Maaf Zahir Batin Kepada Semua
Seronok Beraya Makan Berpada
Agar Kesihatan Terus Terjaga😊

Address

Tingkat 37, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
George Town
10590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042017286

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionist Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nutritionist Penang:

Share

Category