11/03/2026
📢 SEGMEN CELOTEH BERSAMA KAUNSELOR PELATIH – SIRI 10
Pernah tak rasa kepala penuh dengan macam-macam fikiran sampai susah nak fokus? Kadang-kadang rasa serabut, overthinking, dan emosi bercampur-baur tanpa kita sendiri faham apa yang sebenarnya berlaku.
Jom sertai kami dalam Segmen Celoteh Bersama Kaunselor Pelatih Siri 10 yang akan membincangkan topik menarik bertajuk “Chaos Dalam Kepala”.
Sesi perkongsian ini akan menyentuh tentang pengalaman, perspektif serta cara memahami kekeliruan emosi dan fikiran yang sering dialami oleh pelajar dalam kehidupan seharian.
🎙 Panel: Ahmad Feroz Abdul Samad (Kaunselor Pelatih)
🎤 Moderator: Nur Izzati Binti Shaik Ibrahim (Kaunselor Pelatih)
📅 12 Mac 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 Pagi
📍 Facebook Live Unit Kaunseling BHEPA USM
💡 Mata MyCSD disediakan
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam sesi santai tetapi penuh makna ini.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar memahami diri dengan lebih baik serta menyokong kesejahteraan mental pelajar.
Jumpa anda di Facebook Live nanti! ✨