Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
(Official Page of Penang State Health Department)

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) manakala Jabatan Kesihatan Negeri adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dipanggil sebagai โ€˜Office Of Chief Medical And Health Officerโ€™ telah bermula kira-kira ser

atus tahun dahulu. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan bagi pengurusan program kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat. Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai sebanyak 200 personel dan terbahagi kepada enam (6) bahagian utama seperti berikut;

Bahagian Pengurusan - Beroperasi di Jalan Residensi, 10450 Georgetown Pulau Pinang

Bahagian Perubatan - Beroperasi di Jalan Residensi, 10450 Georgetown Pulau Pinang

Bahagian Kesihatan Awam - Beroperasi di Tingkat 37, KOMTAR

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan - Beroperasi di Tingkat 38, KOMTAR

Bahagian Pergigian - Beroperasi di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson

Bahagian Farmasi - Beroperasi di Tingkat 8, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ โ€œ๐Š๐„๐˜ ๐’๐“๐€๐Š๐„ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐„๐‘โ€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง), ...
22/04/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ โ€œ๐Š๐„๐˜ ๐’๐“๐€๐Š๐„ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐„๐‘โ€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง), ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐ˆ๐•/๐’๐“๐ˆ/๐‡๐ž๐ฉ๐š๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ฌ ๐‚, ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  (๐‰๐Š๐๐๐) telah mengadakan Mesyuarat โ€œKey Stake Holderโ€ Program Pengurangan Kemudaratan bertempat di:

๐Ÿ“ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š, ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ, ๐‰๐Š๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ , ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง๐ฌ๐ข

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐ƒ๐ซ. ๐…๐š๐ณ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐ก๐š๐ข๐ค ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ฎ๐๐ข๐ง dan dihadiri oleh wakil pelbagai agensi termasuk fasiliti kesihatan KKM, Pejabat Kesihatan Daerah, ๐€๐€๐ƒ๐Š, institusi penjara serta rakan strategik komuniti.

๐ŸŽฏ ๐“๐”๐‰๐”๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“:
โœ”๏ธ Memperkukuh ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฌ๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค antara agensi
โœ”๏ธ Membincangkan ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š & ๐œ๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข
โœ”๏ธ Menentukan ๐ก๐š๐ฅ๐š ๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ secara menyeluruh

๐Ÿ“Š ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€:
๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐ž๐ญ๐š๐๐จ๐ง oleh ๐ƒ๐ซ. ๐‰๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐€๐›๐ ๐†๐ก๐š๐ง๐ข
๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ƒ๐‡๐’๐Š๐ oleh ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐‰๐š๐ ๐š๐ญ๐ก๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ฆ๐ข (AARG-NSEP, USM)

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kolaborasi pelbagai pihak bagi memastikan pelaksanaan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ซ๐š๐ญ๐š๐ง dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di Negeri Pulau Pinang.

๐Ÿ™ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini.

Diharapkan jalinan kerjasama erat ini akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan komuniti dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan awam.

โœจ โ€œ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐’๐ž๐๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎโ€






22/04/2026

Gejala Anemia.

Tanda-tanda sel darah merah tidak mencukupi dalam tubuh untuk membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.

Kepada individu yang mengalami tanda-tanda berikut, dapatkan rawatan dengan segera. Amalkan pemakanan yang tinggi zat besi.


22/04/2026

๐Ÿ’ก Tip untuk Mengurangkan Penggunaan Minyak

Pengambilan minyak yang berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori dan memberi kesan kepada kesihatan jika diamalkan secara berterusan.

Amalkan langkah mudah ini untuk membantu mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian:

- Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti rebus,reneh atau kukus
- Guna peralatan memasak yang tidak menggunakan minyak yang banyak seperti โ€˜Air Fryerโ€™ atau โ€˜Kuali โ€˜Non-Stickโ€™
- Buang minyak berlebihan yang kelihatan pada makanan yang telah dimasak bagi mengurangkan jumlah pengambilan lemak dalam makanan.

Perubahan kecil dalam cara memasak boleh membantu meningkatkan kualiti pemakanan dan menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

22/04/2026

PUNCA & RAWATAN PANAU: JANGAN BIARKAN IA BERLARUTAN! ๐Ÿงดโœจ

Adakah anda perasan tompok putih atau hitam pada kulit? Itu mungkin Panau, sejenis jangkitan kulat yang sering berlaku di bahagian leher, dada, dan belakang badan. ๐Ÿง

Kenapa Panau Boleh Berlaku? โ›ˆ๏ธ

Jangkitan ini mudah merebak terutamanya jika:

- Berada dalam persekitaran yang panas dan lembap. ๐Ÿฅต
- Mempunyai sistem imuniti rendah (seperti penghidap kencing manis atau kekurangan nutrisi).

Bagaimana Cara Merawatnya? ๐Ÿ’Š

Terdapat dua kaedah utama iaitu ubat sapuan atau ubat makan. Antara contoh ubat sapuan anti-kulat yang berkesan adalah:

- Selenium Sulfide ๐Ÿงด
- Candazole ๐Ÿงช
- Miconazole ๐Ÿฉน

Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang rawatan untuk hasil yang terbaik dan selamat.๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ

Kulit Sihat, Diri Lebih Berkeyakinan.

22/04/2026

๐Ÿฆด OSTEOPOROSIS: KENALI 'PENYAKIT SENYAP' ANDA

Tahukah anda? Osteoporosis sering tidak menunjukkan gejala awal sehingga berlakunya kecederaan atau patah tulang. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, terutamanya golongan yang berusia 50 tahun ke atas. ๐Ÿ“‰

Tanda-tanda yang Perlu Diperhatikan: ๐Ÿง
Sakit pada bahagian tulang atau sendi. ๐Ÿ’ฅ

Penurunan ketinggian secara perlahan-lahan. ๐Ÿ“

Postur badan mula menjadi bongkok. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿฆณ

Langkah Rawatan & Pencegahan: ๐Ÿ’Š
Jangan tunggu sehingga terhantuk baru hendak tengadah. Anda boleh menguatkan tulang melalui:
โœ… Nutrisi Tepat: Pastikan pengambilan Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi. ๐Ÿฅ›โ˜€๏ธ
โœ… Ubat Preskripsi: Rujuk doktor atau ahli farmasi untuk rawatan yang sesuai. ๐Ÿงช
โœ… Terapi Hormon: Dapatkan khidmat nasihat pakar jika perlu. ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ

Sayangi tulang anda untuk mobiliti yang lebih baik di masa hadapan. Kekal aktif, kekal sihat! ๐Ÿ’ชโœจ

22/04/2026

๐Ÿ’Š PIL PERANCANG: MITOS VS FAKTA
Masih ragu-ragu tentang penggunaan pil perancang? Mari kita kupas dua mitos popular yang sering menimbulkan kegusaran dalam kalangan wanita. ๐Ÿงโœจ

1๏ธโƒฃ Kesuburan Terjejas? ๐Ÿคฐ

Mitos: Penggunaan jangka panjang menyebabkan sukar hamil di masa hadapan.

Fakta: Kesuburan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil, walaupun tempoh masa pemulihan berbeza mengikut individu.

2๏ธโƒฃ Punca Kenaikan Berat Badan? โš–๏ธ

Mitos: Pil perancang buat badan jadi "berisi".

Fakta: Tiada korelasi langsung. Kenaikan berat yang dilaporkan biasanya bersifat sementara akibat pengumpulan cecair (water retention), bukannya lemak berlebihan.

Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk pilihan perancang keluarga yang paling sesuai dengan profil kesihatan anda. ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ’Š

Rancang Keluarga, Jamin Kesejahteraan.

22/04/2026

HUBUNGAN ANTARA JENIS BATUK & RAWATANNYA ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ’Š

Pernahkah anda terfikir mengapa ubat batuk yang diberikan oleh ahli farmasi berbeza-beza? Ini kerana jenis batuk yang anda alami menentukan jenis rawatan yang diperlukan!

Kenali Batuk Anda:
Batuk Kering (Tidak Produktif): Tiada kahak dihasilkan. Biasanya dirawat dengan Suppressants (Antitussives). ๐Ÿšซ๐Ÿ’ฆ

Batuk Produktif (Basah): Badan mengeluarkan lendir atau kahak. Biasanya dirawat dengan Expectorants. ๐ŸŒŠ

Tekak Gatal: Boleh dilegakan dengan Demulcent. ๐Ÿฏ

Bila Perlu Berjumpa Doktor? ๐Ÿฅ
Jangan ambil ringan jika anda mengalami:
โœ… Batuk berlarutan lebih 2 minggu.
โœ… Batuk berdarah.
โœ… Sesak nafas atau sakit dada.
โœ… Demam yang berpanjangan.

Amalkan langkah pencegahan seperti minum air secukupnya dan berhenti merokok untuk kesihatan paru-paru yang lebih baik. ๐Ÿ’ง๐Ÿšญ

Kenali Batuk Anda, Rawat Dengan Bijak.

22/04/2026

๐Ÿ›‘ OZEMPIC: RAWATAN KENCING MANIS, BUKAN JALAN PINTAS KURUS!
Akhir-akhir ini, ubat Ozempic (Semaglutide) sering menjadi bualan hangat. Namun, sejauh manakah kita memahami fungsi sebenarnya? ๐Ÿค”

Ozempic merupakan ubat injeksi yang dikhaskan untuk rawatan penyakit kencing manis (Diabetes Melitus Tahap 2) bagi membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia bukanlah ubat yang dicipta khusus untuk tujuan kosmetik atau menurunkan berat badan secara sembarangan.

Bagaimana ia berfungsi? ๐Ÿง ๐Ÿซ€
Semaglutide meniru hormon Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) yang memberi kesan positif kepada organ dalaman kita:

Otak: Mengurangkan selera makan. ๐Ÿฝ๏ธ

Jantung: Membantu menurunkan tekanan darah. โค๏ธ

Hati: Mengurangkan penghasilan gula. ๐Ÿ“‰

Perut: Melambatkan penghadaman & meningkatkan rasa kenyang. ๐Ÿฅจ

Pankreas: Meningkatkan penghasilan insulin. ๐Ÿงช

Kenapa perlu berhati-hati? โš ๏ธ
Penggunaan tanpa nasihat doktor pakar sangat berisiko! Tanpa pemantauan rapi:

Risiko 'Yo-Yo': Berat badan boleh melonjak semula jika pemakanan dan aktiviti fizikal tidak dijaga. ๐Ÿ“ˆ

Kesan Sampingan Tidak Dijangka: Keberkesanan bagi mereka yang tiada penyakit kencing manis belum dibuktikan sepenuhnya secara klinikal untuk tujuan lain.

Dos Tidak Tepat: Hanya doktor yang boleh menentukan dos yang selamat mengikut keperluan tubuh anda.

Kesihatan anda adalah pelaburan paling berharga. Jangan mudah terpengaruh dengan trend tanpa merujuk kepada yang pakar! ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ

Kenali Ubat Anda. Gunakan Dengan Bijak.

22/04/2026

"Sakit kepala, terus nak cari ubat tahan sakit... Tapi, ubat apa yang sesuai?" ๐Ÿค”๐Ÿ’Š

Bukan semua ubat tahan sakit itu sama! Bergantung kepada tahap kesakitan kita, ada jenis yang boleh dibeli sendiri di kedai, dan ada yang memerlukan preskripsi doktor. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ

Jom kenali 3 Jenis Ubat Tahan Sakit supaya kita lebih bijak menggunakannya:

1๏ธโƒฃ Analgesik Antipiretik: (Contoh: Paracetamol) โ€“ Untuk sakit ringan seperti sakit kepala atau demam. Boleh beli tanpa preskripsi.
2๏ธโƒฃ NSAID (Ubat Antiradang): (Contoh: Ibuprofen, Mefenamic Acid) โ€“ Untuk sakit sederhana seperti sakit gigi atau sakit sendi. Perlukan preskripsi doktor.
3๏ธโƒฃ Analgesik Opioid: (Contoh: Morphine, Tramadol) โ€“ Untuk sakit yang serius seperti selepas pembedahan atau kanser. Wajib di bawah pemantauan ketat doktor.

Ingat: Jangan ambil ubat sesuka hati. Jika sakit berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda! ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿฉบ

22/04/2026

Ibu menyusu pun manusia biasa, boleh jatuh sakit juga. ๐Ÿค’๐Ÿ’–

Jangan biarkan diri menanggung sakit semata-mata kerana keliru tentang pengambilan ubat. Dengan teknik yang betul, ibu boleh tetap sihat dan penyusuan bayi tidak terganggu. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜„

Jom simpan (save) tips ini untuk rujukan masa hadapan:
โœ”๏ธ Susukan bayi sebelum makan ubat.
โœ”๏ธ Perah dan simpan stok susu awal-awal.
โœ”๏ธ Guna ubat sapu (luaran) jika boleh.
โœ”๏ธ Konsultasi dengan pakar kesihatan untuk kepastian.

Paling penting: Jangan segan untuk bertanya kepada ahli farmasi atau doktor tentang kesesuaian ubat yang anda ambil ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ’Š

22/04/2026

Antibiotik BUKAN "ubat ajaib" untuk semua penyakit! ๐Ÿ’Šโš ๏ธ

Ramai yang masih keliru. Antibiotik hanya untuk jangkitan BAKTERIA, bukan VIRUS. Kalau kita salah guna, bakteria jadi makin kuat dan kebal.

Kenapa bakteria jadi kebal (kerintangan)?
๐Ÿ‘‰ Ubat tak habis makan.
๐Ÿ‘‰ Guna ubat berlebihan tanpa keperluan.
๐Ÿ‘‰ Kawalan kebersihan yang lemah.
๐Ÿ‘‰ Kurang ubat baharu dihasilkan.

Sayangi nyawa anda dan keluarga. Gunakan antibiotik dengan berhemah. Jika ragu-ragu, tanya ahli farmasi anda! ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ’Š

22/04/2026

Bakal ibu, pernah terfikir ubat apa yang selamat untuk kita? ๐Ÿค”๐Ÿ‘ถ

Tempoh kehamilan adalah waktu yang sangat istimewa, tapi kita tetap kena berhati-hati bila nak makan ubat. Jangan ambil mudah, kesihatan si manja dalam kandungan bergantung juga kepada kita!

Ini antara jenis ubat/rawatan yang SELAMAT dan disarankan untuk wanita hamil (mengikut nasihat doktor/farmasi):

๐Ÿ’Š Suplemen Antenatal: Penting untuk perkembangan janin (Asid folik, zat besi, kalsium).
๐Ÿฉบ Ubat Penyakit Kronik: Jangan berhenti makan tanpa arahan doktor! (Insulin, metformin, dll).
๐Ÿฉน Ubat Am: Untuk sakit-sakit ringan (Paracetamol, dsb).
๐Ÿ’‰ Vaksin: Langkah pencegahan penyakit berjangkit (Tetanus, Influenza).

Pesan PENTING: Sentiasa rujuk doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat atau suplemen. Jangan self-medicate ya!

Jom share post ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sedang hamil! โค๏ธ

Address

Jalan Residensi, 10450 Georgetown Pulau Pinang
George Town
10300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042175100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang:

Share