Klinik Kesihatan Felda Bersia

Klinik Kesihatan Felda Bersia A government clinic located at Felda Bersia, Gerik.

Menutup tirai 2025 dengan rasa syukur dan penuh makna.Tahun ini membawa pelbagai cerita. Usaha senyap di lapangan, kerja...
31/12/2025

Menutup tirai 2025 dengan rasa syukur dan penuh makna.

Tahun ini membawa pelbagai cerita. Usaha senyap di lapangan, kerja berpasukan yang tidak pernah mudah, cabaran yang membentuk ketabahan, dan detik kecil yang memberi kesan besar kepada komuniti yang kita khidmati. Semua ini dirakamkan dalam FELEBRATE 2025, sebagai warkah penghargaan buat warga kesihatan dan komuniti Felda Bersia.

Terima kasih kepada semua yang telah berjalan bersama kami sepanjang tahun ini - warga Klinik Kesihatan Felda Bersia, rakan strategik, komuniti, dan setiap individu yang mempercayai perkhidmatan kesihatan primer sebagai nadi kesejahteraan masyarakat.

๐Ÿ“˜ FELEBRATE 2025 boleh dibaca di sini:
https://anyflip.com/kdmub/ikal/

Sempena menyambut Tahun Baru 2026, kami membawa harapan yang sama; untuk terus terbang lebih tinggi, bekerja dengan lebih baik, dan melakukan lebih banyak kebaikan untuk komuniti yang kami cintai.

Semoga langkah kita terus kukuh, niat kita terus jujur, dan perkhidmatan kita terus memberi makna.

Ada yang tak sempat hadir kerana cuti sekolah.Ada yang datang walau penat, walau jadual padat.Dan yang hadir semalam  me...
30/12/2025

Ada yang tak sempat hadir kerana cuti sekolah.
Ada yang datang walau penat, walau jadual padat.

Dan yang hadir semalam memang lit ๐Ÿ”ฅ

Sesi Fit Felbers terakhir untuk 2025 bersama Coach Matron Noorlida bukan tentang angka di penimbang. Ia tentang komitmen. Tentang memilih untuk muncul, walaupun bukan semua orang dapat.

Kita tutup tahun ini bukan dengan azam kosong, tapi dengan badan yang bergerak, komuniti yang hidup, dan niat yang jelas. Momentum ini bukan untuk berhenti di Disember. Ia sedang dibina, perlahan tapi konsisten, untuk dibawa masuk ke 2026.

Teruskan langkah kecil.
Teruskan sokong satu sama lain.

Kita jumpa lagi pada tahun hadapan dengan semangat yang sama.


Tak perlu jauh, tak perlu laju.Cukup bergerak bersama.Mari mulakan tahun baru dengan sihat, bersama keluarga & sahabat d...
29/12/2025

Tak perlu jauh, tak perlu laju.
Cukup bergerak bersama.
Mari mulakan tahun baru dengan sihat, bersama keluarga & sahabat di Gerik !

๐ŸŽ† SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026 โ€“ GERIK ๐ŸŽ†

Jom warga Hulu Perak kita ber'Fun Walk' 3KM bersama keluarga & sahabat handai!

๐Ÿ“… 31 Disember 2025 (Rabu)
๐Ÿ“ Hentian Bas Gerik, Perak

๐Ÿ‘— Tema Pakaian: Etnik Malaysia

๐Ÿ‘— Jom tampil anggun dengan busana tradisional pelbagai kaum ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐ŸŽ Hadiah Wang Tunai RM100 (5 kategori) Menanti Anda Yang Terpaling ikut tema.

๐Ÿ“ฃ Jangan lepaskan peluang memeriahkan suasana dan melangkah ke tahun 2026 bersama komuniti Gerik!

๐Ÿ‘‰ Jumpa anda di sana!






Ramai memulakan perubahan dengan azam tahun baharu. Namun kohort Fit Felbers ini memilih sesuatu yang berbeza. Mereka ma...
22/12/2025

Ramai memulakan perubahan dengan azam tahun baharu. Namun kohort Fit Felbers ini memilih sesuatu yang berbeza. Mereka mahu menamatkan tahun ini dengan pelaburan terbaik untuk diri sendiri: kesihatan.

Bukan perubahan drastik.
Bukan janji kosong.
Tetapi langkah kecil yang dibuat secara konsisten, kerana mereka faham bahawa kesihatan bukan projek bermusim.

Sesi Fit Felbers bersama Coach Matron Noorlida petang semalam membuktikan satu perkara: apabila komuniti bergerak bersama, perubahan lebih mudah dikekalkan.

Teruskan usaha.
Teruskan hadir.
Teruskan percaya pada proses.


19/12/2025

โ€œIngat, peranti bukan pengasuh.โ€

Anak-anak perlukan perhatian, bukan skrin. Luangkan masa bersama mereka, dengar cerita mereka, dan jadi pelindung dunia Internet mereka.


Program FIT FelBers terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Inisiatif penurunan berat badan berasaskan kom...
19/12/2025

Program FIT FelBers terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Inisiatif penurunan berat badan berasaskan komuniti ini dibangunkan melalui pendekatan co-creation, dengan sokongan pasukan kesihatan & panel penasihat Klinik Kesihatan Felda Bersia, Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak serta semangat komuniti Felda Bersia yang luar biasa.

๐Ÿ“… Sesi yang telah berlangsung:
โ€ข 11 Disember 2025: dikendalikan oleh Fisioterapis En Wan Zero Weng
โ€ข 15 Disember 2025: bersama Fisioterapis Nurul Anis Arisya
โ€ข 18 Disember 2025: kembali bersama En Weng

Apa yang paling membanggakan adalah kehadiran yang konsisten, usaha yang berterusan, dan keyakinan yang semakin jelas dalam kalangan peserta. Setiap sesi bukan sekadar senaman, tetapi satu langkah ke arah perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan mampan.

Momentum ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada peserta, malah menunjukkan bagaimana perubahan boleh berlaku apabila komuniti bergerak bersama, disokong oleh pasukan kesihatan yang komited.

๐Ÿ“Œ Sesi seterusnya:
๐Ÿ—“๏ธ 22 Disember 2025

Teruskan melangkah.
Teruskan berusaha.
Perubahan ini milik kita bersama.

Walaupun tidak semua daripada kami di Klinik Kesihatan Felda Bersia berpeluang bertemu YB Datoโ€™ Lukanisman bin Awang Sau...
17/12/2025

Walaupun tidak semua daripada kami di Klinik Kesihatan Felda Bersia berpeluang bertemu YB Datoโ€™ Lukanisman bin Awang Sauni secara peribadi, cara kepimpinan beliau tetap sampai melalui tindakan dan pendekatan yang konsisten.

Kehadiran beliau dalam lawatan kerja, keterlibatan dalam sesi-sesi penting di Perak, serta kesediaan memberi ruang kepada suara pelaksana mencerminkan satu bentuk kepimpinan yang menghargai realiti di lapangan, bukan sekadar di peringkat perancangan.

Khidmat bakti YB Datoโ€™ sepanjang memegang amanah dalam portfolio kesihatan telah menyumbang kepada pengukuhan sistem dan semangat warga kerja kesihatan. Atas sumbangan tersebut, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan berterusan dalam tanggungjawab baru yang bakal digalas.

Terima kasih atas jasa dan komitmen kepada kesihatan awam serta kesejahteraan rakyat.

๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ซ๐’‚๐’”๐’‚๐’“ ๐’Œ๐’† ๐‘ณ๐’‚๐’‘๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—”๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ, ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐—Ÿ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ป

Hari ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datoโ€™ Lukanisman bin Awang Sauni atas segala sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang memegang amanah sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Perkenalan saya dengan YB Datoโ€™ bermula sejak beliau mula menabur bakti di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022. Sepanjang tempoh tersebut, beliau secara konsisten mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap isu-isu kesihatan negara.

Dedikasi tersebut beliau pamerkan bukan sekadar di peringkat dasar, malah menerusi penglibatan langsung menyantuni warga kerja kesihatan di lapangan.

Sebenarnya, dedikasi beliau terhadap sektor ini bermula jauh lebih awal. Sebelum dilantik ke jawatan eksekutif, YB Datoโ€™ telah pun aktif dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) berkaitan Kesihatan, Sains dan Inovasi.

Beliau merupakan antara suara penting dalam perbincangan dasar kawalan tembakau dan Generational End Game (GEG); satu usaha kompleks yang menuntut keseimbangan antara kesihatan awam dan realiti pelaksanaan. Latar belakang ini jelas mencerminkan kefahaman mendalam dan minat beliau terhadap kesejahteraan rakyat.

Khususnya di Negeri Perak, sentuhan keprihatinan YB Datoโ€™ amat kami rasai. Kehadiran beliau dalam lawatan kerja ke negeri ini pada tahun 2025, serta kesudian beliau berinteraksi dan mendengar sendiri cabaran kami di peringkat pelaksana, membuktikan sikap keterbukaan beliau. Pendekatan "turun padang" inilah yang amat kami hargai.

Kini, apabila YB Datoโ€™ Lukanisman diberi kepercayaan menggalas portfolio baharu, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Saya yakin pengalaman luas, nilai kepimpinan, dan perspektif kesihatan awam yang beliau bawa akan terus memberi impak positif kepada negara, walau di mana jua beliau ditempatkan.

Terima kasih YB Datoโ€™ Lukanisman atas segala jasa kepada sistem kesihatan negara. Semoga sentiasa diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul amanah yang mendatang.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡Hari ini, 17 Disember 2025, Klinik Kesiha...
17/12/2025

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ
๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

Hari ini, 17 Disember 2025, Klinik Kesihatan Felda Bersia berbesar hati menerima kunjungan daripada Pasukan Inovasi Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi sesi lawatan, perkongsian dan perbincangan berkaitan pembangunan inovasi perkhidmatan kesihatan di peringkat fasiliti.

Pasukan yang hadir terdiri daripada:

โ€ข Dr. Noor Atika binti Azit, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Awam)
โ€ข Dr. Noorul Emilin binti Abdul Khalid, Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Awam)
โ€ข Haji Mahadzir bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri (Kesihatan Awam)
โ€ข Mohamad Faizrul Nazwan bin Mohd Nazer, Penolong Pegawai Perubatan
โ€ข Mohamad Khair bin Awang Hamat, Penolong Pegawai Perubatan
โ€ข Tan Sin Yin, Ketua Jururawat
โ€ข Rosfaeza binti Roshidi, Ketua Jururawat
โ€ข Matron Norlida binti Haji Khalid, Penyelia Jururawat Kesihatan (Kesihatan Awam)
โ€ข Rosfiza binti Ramli, Pembantu Akauntan
โ€ข En. Jufri bin Ahmad, Pembantu Khidmat Am

Sepanjang sesi ini, pihak Klinik Kesihatan Felda Bersia telah berkongsi pengalaman dan pendekatan pembangunan inovasi yang berteraskan design thinking, bermula dengan fasa empathise bagi memahami keperluan sebenar di lapangan, serta diperkukuh dengan prinsip pengurusan perubahan Kotter. Pendekatan ini meletakkan manusia sebagai teras, sama ada petugas kesihatan mahupun komuniti kami.

Inisiatif yang dikongsikan termasuk SINAR, MediTrack dan HER Kit, di samping perbincangan dua hala yang terbuka dan membina, serta perkongsian pandangan dan maklum balas yang amat bermakna daripada pihak pasukan JKN Kedah.

Semangat inovasi dalam perkhidmatan kesihatan tidak lahir daripada kemewahan atau kemenangan, tetapi daripada keinginan yang tulus untuk melakukan sesuatu yang lebih baik demi pesakit dan komuniti. Ia bermula dengan keberanian untuk mencuba, kesediaan untuk terus belajar, dan kerendahan hati untuk mendengar serta menerima pandangan orang lain. Dalam keterbatasan, di situlah inovasi sering menemukan bentuknya yang paling jujur dan bermakna.

Pihak Klinik Kesihatan Felda Bersia amat menghargai kesudian pasukan JKN Kedah untuk berkunjung dan berkongsi pandangan. Diharapkan hubungan baik dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan, termasuk peluang kolaborasi rentas negeri. Insya-Allah, kami juga berharap berpeluang untuk berkunjung ke Negeri Kedah p**a satu hari nanti.

14/12/2025

Hebahan Ramalan Awal Banjir Negeri Perak 14 Disember 2025 (9.00 Malam)

13/12/2025

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING

Dimaklumkan bahawa talian telefon Klinik Kesihatan Felda Bersia (05-792 2602) buat sementara waktu tidak berfungsi.

Sehingga dimaklumkan kelak, talian tersebut sedang dalam proses penggantian.

๐Ÿ“ž SEBARANG URUSAN PENTING / KECEMASAN
Sila hubungi talian atas panggilan (on-call) klinik:
011-4089 4737

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih atas kerjasama dan kefahaman semua.

- Klinik Kesihatan Felda Bersia
Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak

Address

Klinik Kesihatan Felda Bersia, Jalan Sekolah
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057922602

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Felda Bersia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Felda Bersia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram