20/12/2025
Syukur alhamdulillah untuk peluang berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Gerik.
Terlalu banyak pengalaman diperolehi sepanjang tempoh ini.
Terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Gerik atas kerjasama yang diberikan kepada saya selama saya berkhidmat di Hospital Gerik.
Alhamdulillah.
Semoga Hospital Gerik terus memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa akan datang.
Dr Roshida binti Md Rashid
Pengarah Hospital Gerik
4 Sep 2023 - 8 Dis 2025.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada ๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ซ ๐๐จ๐ฌ๐ก๐ข๐๐ ๐๐ญ ๐๐ ๐๐๐ฌ๐ก๐ข๐ atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan yang amat bermakna sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ข๐ค.
Tirai satu perjalanan telah berlabuh, membuka lembaran baharu di tempat dan suasana yang berbeza.
Pohon kuini banyak dahan,
Tempat bubut mencari makan;
Terima kasih atas sumbangan,
Jasa bakti kekal di ingatan.
Bunga mawar harum mewangi,
Dipetik di waktu pagi;
Walau jauh terpisah nanti,
Doa tulus sentiasa di hati.
Seluruh warga kerja Hospital Gerik mendoakan semoga Dr Roshida terus melangkah dengan cemerlang serta sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang. ๐ท