25/04/2022
Kerap alami masalah “angin” dalam perut merupakan petanda anda alami masalah penghadaman.
“Angin” yang terhasil BUKAN dari makanan, tetapi hasil tindakbalas bakteria dalam sistem pencernaan. Semakin lama makanan berada dalam sistem penghadaman, semakin banyak tindak balas bakteria dan banyak gas yang dibebaskan.
Untuk mencegah masalah ini.
Anda perlu “mengaktifkan” pergerakan usus dengan aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Jika anda jenis makan-tidur, maka sistem penghadaman pun akan bergerak perlahan.
Bantu makanan untuk dihadamkan dengan cepat dengan mengunyah makanan dan makan dengan perlahan. Jangan main telan sahaja.
Elakkan sembelit dengan memastikan anda ambil makanan kaya fiber dan minum air secukupnya.
Ambil makanan kaya probiotik seperti tempe,yougourt, kambucia, kefir, budu, kimchi.
Jika anda alami masalah untuk hadam makanan mentah, boleh masak dengan cara merebus, kukus atau goreng.