05/03/2026
[πππππππππ ππππππ]
Perak Organization Of Safety, Health And Enviroment (POSHE) yang diketuai Dr. Krsnaraj bersama barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2025β2027 telah mengadakan kunjungan hormat ke JKKP Perak dan disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Hazlim bin Husain, Pengarah JKKP Perak.
POSHE membentangkan profil persatuan serta perancangan gerak kerja bagi sesi baharu. Dalam sesi tersebut, Pengarah JKKP Perak menyatakan bahawa fungsi persatuan amat penting dalam membantu kerajaan memperkasa agenda KKP, dan program anjuran boleh dijalinkan kerjasama strategik bersama jabatan.
Perbincangan turut memberi fokus kepada isu psikososial di tempat kerja yang menunjukkan peningkatan dan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh melibatkan majikan, pekerja serta pengamal KKP. Selain itu, perkara berkaitan pemansuhan dan penguatkuasaan peraturan baharu di bawah AKKP turut disentuh, dengan penekanan supaya maklumat dan kefahaman mengenainya diperluaskan kepada pihak industri. Kerjasama bersama Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Sumber Manusia juga dilihat penting bagi memastikan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu, selari dengan pelaksanaan OSHMP30 yang baharu bermula.