27/05/2025
MAGIK SAJA BELUM CUKUP!
Dalam mencari rezeki, magik sahaja tak cukup. Magik kalau kita maksudkan sebagai energi positif, doa, afirmasi, manifestasi, dan usaha batin memang sangat membantu.
Ia ibarat sumbu yang menyalakan api semangat dan membuka pintu rezeki dengan cara yang tak disangka.
Tapi, magik mesti berjalan seiring dengan tindakan sebenar. Macam menanam benih bunga: kita boleh bayangkan bunga yang cantik, doakan tanah itu subur, tapi kalau tak siram, tak baja, tak jaga dari serangga bunga tu takkan hidup.
Jadi rezeki datang bila :
Niat betul & hati bersih, supaya tindakan kita berkat.
Usaha gigih & konsisten , walaupun kecil, tapi setiap hari.
Ilmu & strategi , tahu apa nak buat dan kenapa.
Doa & tawakkal , sebab rezeki bukan kita yang pegang, tapi Allah yang beri.
Gabungkan magik + kerja sebenar atau apa yang kita usahakan selari tindakan, itu yang akan cipta keajaiban dalam hidup anda. Tak kira samada anda seorang wanita bekerjaya, surirumah, mahu pun bisnes sendiri. Anda hebat! 😉😘