29/08/2025
Penantian suatu penyeksaan
Next follow up mata di hospital bulan November 2025. Confirmed, ada katarak pada kedua belah mata. Kanan lebih banyak berbanding kiri.
Spek mata sekarang hampir 3 tahun tak tukar. Akibat pernah jatuh, lens dah ada kesan calar, warna bingkai mula menggelupas. Coating lens pun dah nampak berkedut.
Kesannya, penglihatan jadi kabur. Berbayang. Tak puas tengok muka orang, rasa tak clear.
Bayangkan, kereta kita lama tak basuh. Habuk debu mula menebal di permukaan kereta dan cermin..
Siap orang boleh conteng guna jari. Tulis ‘I luv u’ , ‘i wuz here’. Contoh ya contoh. Siapa ex-asrama mesti terbiasa nampak contengan di merata sekolah.
Ok, kali ni bayangkan lagi. Kita tengok mana-mana, sentiasa ada lapisan ‘habuk tebal’ ni. Mesti rasa nak lap dan cuci mata bagi ‘clear’.
Tapi kalau dah ‘layer habuk’ di dalam mata, kita tonyoh ke tenyeh mata guna jari, takkan mampu hilang.
Kena jalani prosedur bersama doktor pakar mata untuk buang katarak ni.
Jadi, klien tak pasti nak buat cermin mata baru atau tidak.
Saya simple.
Saya terangkan betul-betul.
Tak perlu tukar pun tidak mengapa, sebab power sedia ada dengan yang baru ni, hanya ‘improved’ penglihatan sikit saja. Tak signifikan.
Sebab katarak dalam mata masih ada.
Mungkin kalau buat baru pun, ‘vision’ rasa sama je macam spek mata sedia ada.
Tapi, bagi sesetengah orang, perubahan walaupun kecil sangat besar nilainya.
Nak tunggu bulan 11, terasa jauh dan lama lagi.
Dan saya percaya, beliau inginkan penampilan nampak lebih baik. Kerana cermin mata sedia ada dah nampak uzur.
Saya pesan.
Kalau niat buat cermin mata baru bertujuan untuk nampak lebih jelas ‘significantly’ berbanding sekarang, tak perlu buat.
Sebab saya tak janji, mata akan nampak sangat terang dan jelas.
Namun, kalau ada sebab lain tertentu, dan puan pun memang ada bajet lebih untuk cermin mata, silakan.
Dengan coating lens baru nanti, mungkin dapat membantu sikit.
Tapi.
Ada orang rasa membazir.
Memang tak dinafikan, tunggu turn di hospital kerajaan bukan sekejap. Beberapa kali temu janji, baru selesai.
Tunggu jelah walaupun berbulan atau hampir bertahun untuk selesaikan dahulu pembuangan katarak.
Kemudian, baru fikir cermin mata baru.
Terserah.
Saya tidak paksa. Saya takkan paksa. No hidden agenda.
Yang penting, saya dah terangkan secara jujur. Akhirnya, kita buat keputusan terbaik untuk diri kita.
Bukan untuk orang lain.